CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10, 2011

hingga saat itu (P5)

Selesai menelaah tajuk Kinematics untuk dijawab dalam kuiz Fizik yang bakal diadakan esok, aku cepat-cepat menghidupkan komputer ribaku yang berjenama Acer itu. Secebis kertas yang mengandungi link blog milik Afifah beserta nama blognya yang kuperolehi daripada Addura beberapa hari lepas segera kukeluarkan dari poket seluarku yang bersangkut di belakang pintu. Kulihat Faqar dan Adif mula merebahkan diri di atas katil setelah lights-off (aku pun tak faham kenapa nak kena buat lights-off lagi kat kolej. Oh lupa, ni kolej berasrama penuh laa bukan Kolej Mak Saya). Esok hari Jumaat, budak-budak IB ni ada CAS time. Patutlah depa tidoq awai!




Maysa.

Macam brand Hana Tajima je. Aku tergelak kecil. Si Afifah ni gila brand tu ke sampai letak nama kat blog dia? Aku klik pada paparan blog kepunyaan Afifah. Nak mula dari mana ni? Erm okay, start dengan bulan Disember dulu. Birthday aku. Hehe…

PARTY LIKE THIS!
15 December 2008. 2:00 a.m

Penat keluar dengan Joey. Damn.. awesome gila party tu! Silap besar la Kiki ngan geng-geng dia tu tak join. Oh ya by the way, today was a bless. Seeing Naz again. A silver pendant was in return bila Naz balik dari China pergi family vacation that day. Babe, I love you!what do I gave him as an exchange? Ohho… its an untold secret here…dear blog, you tak boleh tahu! Haha. Well… more surpise to come in two weeks time. It’s New Year! Okay dear, I’ll wait  for the next surprise Naz! Wuargh.. penat! Penat! Let’s call it a day. Bed is yelling..Bye2 Maysa! Mmmmuaahhh~

Posted by FifyAzizi. 0 comment.

Terkebil-kebil mataku tatkala membaca post pertama itu. Erk… Khairunnisa Afifah kah ni? Parti? Cara penulisannya juga jauh benar bezanya dengan karakter yang dipamerkan oleh Khairunnisa Afifah yang kukenali. Siapa Naz? Oh mungkin boyfriend Afifah agaknya. Namun aku masih mengingati pesanan Addura, jangan sesekali cepat melatah ataupun jump to conclusion sewenang-wenangnya. Aku meneruskan pembacaanku ke post yang seterusnya. Kali ini, aku memilih untuk membaca post bulan Januari 2009. Barangkali kejutan yang dimaksudkannya itu ada dalam post bulan Januari.

HATE YOU.
7 January 2009. 8:00 p.m

I hate you Naz! I hate you! That was the worse New Year Celebr8tion ever! Sanggup you buat I macam ni. Sanggup you nak buat benda tak senonoh tu kat I?? Shit! I benci you! You claim that you love me, by dong such a thing? Guess what, I never wanted to see your face again! I hate you! And jangan sesekali harap I akan maafkan you! Tak guna!

Posted by FifyAzizi. 1 comment.

Jane_kiddodido : Babe, kau sabar lah weh. Naz tu memang stok lelaki tak guna. Thank god, kau xjadi pape that night.

Apa yang nyaris terjadi pada Afifah malam itu? Debarku kian kuat menggoncang naluri lelakiku untuk terus mencungkil rahsia yang satu-persatu terungkap. Tanpa sedar, sudah hampir satu jam, mataku tidak lari dari bergelumang dengan aksara-aksara yang terpapar di blog Afifah. Aksara yang sedang ‘bermain-main’ dengan susunan yang pelbagai, dalam menterjermahkan suatu kisah… sisi lain gadis itu, Khairunnisa Afifah…

KEMBARA MAYSA.
Posted 27 February 2009 1:30 a.m

Kembara Maysa = Suatu kembara yang bermaruah.Maysa ertinya yang bermaruah. Ya… aku mahu mengembara dan mencari semula identiti diriku. Atau lebih tepat lagi, meraih semula maruah diriku. Harga diriku sebagai seorang gadis yang bergelar muslim. Aku mahu dalam setiap langkahku yang menapak, adalah sederap menuju cinta dan redha Ilahi. Susur hitam itu membuatkan hatiku benar-benar galau, kadangkala buatku tak daya lagi mahu melangkah. Ya Allah, terus berikan aku kekuatan. Walaupun kurasakan kekuatan yang menampan semakin memudar, iman yang tersisa semakin menipis… jangan kau palingkan hatiku ini dari terus tulus merindui-Mu Ya Khaliq… aku tahu, dengan lumpur dosa yang membaluti tubuhku ini tidak selayaknya aku mengemis kasih-Mu namun kau kekalkan dan tetapkanlah hatiku untuk terus mencari redha-Mu, Ya Rabbul Izzati…

Posted by AfifahAzizi. 3 comments.

Aku menelan air liurku perlahan. Aku terus menggerakkan tetikus untuk membaca komen yang ditinggalkan untuk post itu.

Nur_kasih91 : Be strong ya sis, Allah bersama orang yang sabar. La tahzan. Minta kekuatan dari-Nya sentiasa! =)

MissQ: Awak kene kuat! Don’t let the past haunt you. Move on!

AfifahAzizi : to Nur_kasih91 n MissQ = thanks a bunch..insya Allah. I know, to have the future to come in, I have to let go off the past. I’m trying. Praying hard too.

Khairunnisa Afifah ternyata gadis yang cekal. Setelah ku membaca beberapa (kukira bukan beberapa, namum hampir keseluruhan post di blognya) barulah ku mengerti mengapa dia bersikap sedemikian rupa.
Rupa-rupanya dia pernah liar suatu ketika dahulu.

Dia pernah teruk suatu ketika dahulu.

Setiap hamburan kata-katanya lewat blog yang ku baca, dia kembali insaf setelah mengalami satu peristiwa hitam yang hampir meragut maruahnya.  Dia juga bukan datang dari keluarga yang sangat menitik beratkan perihal agama. Meski datang dari keluarga yang senang, kekayaan melimpah ruah, namun dia ternyata tidak benar-benar bahagia dengan gaya hidup sebegitu. Aku terpana dan tersandar di kerusi sambil mataku terarah menghadap laptop diatas meja belajarku. Aku meraup mukaku perlahan. Tiba- tiba aku terasa malu bercampur segan terhadap Afifah. Ternyata gadis itu, benar- benar lain daripada yang lain. Aku malu kerana berperasaan sebegitu terhadap Afifah.

            Dari blognya juga aku mula faham, betapa dia sedang berusaha untuk menjadi sebenar-benar muslimah yang menjaga dirinya. Seorang muslimah yang kuat serta istiqamah melawan kehendak nafsunya. Dapat kurasakan bahawa, bukannya mudah baginya untuk berperang dengan kehendak nafsu, tatkala hati masih lagi berkocak dengan kesilapan masa lalu. Semua itu menjadi benteng kekuatan mengapa gadis pemilik nama Khairunnisa Afifah itu benar-benar nekad tidak mahu lagi melakukan sebarang tindakan yang memungkinkan dia mengulangi kesilapan yang sama. Tersilap langkah, dia mungkin terjerumus semula ke lembah yang bisa menghancurkan dirinya itu.
Aku menutup skrin laptopku perlahan. Terus ku berbaring dikatilku. Sambil mendakap bantal pelukku, aku membayangkan wajah Afifah. Jauh benar beza kita, Afifah. Tak layak rasanya saya nak berdampingan dengan awak. Hidayah Allah begitu indah terlahir buat awak.

Aku malu kerana tidak pernah aku menyangka Afifah setabah itu. Dia sangat istimewa. Islam yang diperolehnya bukan sepertiku. Walaupun aku tidak pernah pergi sejauh seperti apa yang telah dia perbuatkan, namun di mana kekuatan ku untuk cuba berusaha menjadi muslim yang lebih baik? Tidak mengharapkan kepada Islam yang kuperolehi dari kedua ibu-bapaku semata-mata? Kadangkala aku merasa bahawa nasibku lebih baik daripadanya kerana aku mempunyai keluarga serta ibu bapa yang sangat menitik beratkan soal didikan agama, tidak seperti Afifah. Namun, aku…? Aku…. I always take that thing for granted! Tidak seperti Afifah yang mencari setiap cahaya hati yang diperlukannya untuk kembali bernafas, dan bersemangat meneruskan hidup.

Aku sungguh malu!

Tanpa aku sedar, butiran jernih dan hangat mula menitis dari kelopak mataku. Masih terbayang-bayang sedikit potongan ayat yang seolah-olah berupa doa yang kubaca didalam blog itu tadi. Terkesan benar hatiku ketika membaca ayat itu. Sayu sekali. Aku dapt merasakan betapa tulusnya hati Khairunnisa Afifah apabila berdepan dengan Rabbul Izzatinya.

“AKU YAKIN JANJI TUHAN YANG MAHA MEMELIHARA. SESSUNGGUHNYA AKU DIDALAM PELIHARAAN-NYA SELAGI MANA AKU MEMELIHARA-NYA DIDALAM HATIKU. JIWAKU, HATIKU MILIK-MU YA ALLAH. PELIHARAKANLAH IA SEBAGAIMANA AZAMKU UNTUK MENJADI SEBAIK-BAIK WANITA YANG TERPELIHARA. AKU MOHON YA ALLAH. TIDAK PERNAH DALAM SUJUD TANGISKU KEPADA-MU, AKU LUPA UNTUK MENZAHIRKAN KEINGINANKU UNTUK MENCINTAI-MU SETULUSNYA YA ALLAH…”

Aku teringat kata-kata Ustaz Farhan dalam suatu kuliah Maghrib di Surau Al-Furqan yang kuhadiri tidak lama dahulu. Sesungguhnya barangsiapa yang Allah kehendaki beriman, Allah akan mengurniakan kefaqihan (kefahaman) dalam beragama kepadanya. Subhanallah… Afifah…

Aku berdoa pada Allah, mudah-mudahkan kau dikurniakan kekuatan, istiqamah dan pemahaman yang mendalam untuk meneruskan perjuanganmu Afifah. Semoga Allah bersama disetiap keberadaanmu. Amin.

BERSAMBUNG...

hingga saat itu (P4)

Lately rajin pulak bertembung dengan budak A Level tu. Dahlah aku tak kenal pun siapa dia, rimas dibuatnya. Apa yang dia nak sebenarnya dari aku? Ataupun, dia nak mengorat Addura ke? Tahulah Mak Cik Addura tu siapa je yang tak kenal dia dalam kolej ni. Ramahnya bukan main lagi. Kot ye pon nak mengorat si Addura, mata tu macam mintak kena korek je asyik pandang kat aku. Geramnya…!” bebelku sendirian setelah sampai ke bilik dari menghadiri usrah di surau dan meletakkan beg di atas meja studiku. Tudung kutanggalkan, lantas disangkut pada birai penyidai berwarna ungu di tepi loker.   

            Sebuah novel dicapai dari atas loker. Novel Versus hasil nukilan Hlovate menjadi novel tatapanku pada bulan itu. Kulontarkan tubuhku di atas katil. Alhamdulillah, nikmatnya dapat baring sekejap. Aku meneruskan pembacaanku sehinggalah aku mendengar pintu bilikku dikuak. Sarah Erissa, teman sebilikku dan Addura melangkah masuk. Mukanya dibasahi peluh. Baru pulang dari berjogging agaknya di Taman Tasik Seremban.

            “ Eh Afifah, sorang je? Mana Addura? Bukan ke awak berdua pergi usrah sama-sama tadi waktu saya nak keluar berjogging?” soal Sarah Erissa kehairanan apabila melihatkan aku keseorangan di dalam bilik.

            “ Ha’ah. Baru je sampai bilik ni. Addura ‘tersangkut’ kat tengah jalan. Macam awak tak biasa si Addura tu, kalau lalu lalang ramahnya mengalahkan YB. So saya balik dululah, taknak ‘tersangkut’ sekali.” sengihku.  Tawaku dan Sarah Errisa mengapungi ruangan kamar E008 yang memuatkan 3 set katil bujang beserta loker dan meja studi setiap satunya.

            “ Oh faham. Faham sangat dah. Tapi kali ni ‘tersangkut’ dengan siapa pulak? Jalan mana pulak yang ‘traffic-jam’ hari ni?” tanya Sarah kembali separa bercanda.

            “ Kat depan tangga nak naik ke Dewan Makan. Entah lah, Sarah. Saya tak kenal sangat siapastudent lelaki tu. Geng A Level rasanya. Sebab saya tak pernah nampak muka dia dengan geng-geng budak IB. Saya malas nak berlama-lamaan kat situ, jadi saya minta diri dulu nak balik bilik. Nanti awak tanyalah sendiri kat YB Addura ye?” balasku kemudian. Sarah tersenyum kemudian terus berbaring di katilnya. Aku kembali meneruskan pembacaanku.

      “ Assalamualaikum…” sapa Addura lalu menerobos masuk ke dalam bilik. Salamnya dijawab serentak olehku dan Sarah.

          “ Haa, YB. Baru balik dari sesi beramah mesra dengan rakyat ke? Lambat balik. Kesian katroommate kita ni sorang-sorang kat bilik.” tegur Sarah Erissa. Addura mengherotkan bibirnya ke arah Sarah. Tak semena-mena dia membaling bantal ke arah Sarah namun sempat di capai olehnya. Sarah menjelirkan lidahnya ke arah Addura. Adura mencemikkan mukanya. Aku hanya ketawa melihatkan kerenah mereka. Macam budak-budak!

            “ Apa lah awak ni, suka sindir saya YB lah. Apa lah. Lepas ni apa? Juruhebah majlis kahwin pulak ke? Takde, tadi ada orang tegur saya, so saya tegurlah dia balik. Berbual kejap. Tuan Puteri Khairunnisa Afifah ni yang nak balik dulu. Bukan sengajalah…” terang Addura dengan nada yang hampir mahu merajuk.   

“Kenapa baik sangat dengan budak A Level tu Addura? Tak eloklah. Bukan ada urusan penting pun antara awak dengan dia…” kataku kemudian.

            “ Aik, jealous ke cik kak? Laa…saya kan peramah dengan semua orang. Tegur-tegur biasa je lah. Bukan ada apa-apa pun. Nanti dikatakan sombong pulak…” balas Addura.

            “Eh, Addura. Budak A Level mana yang awak baik sangat ni?” sampuk Sarah Errisa. Jelas riak wajahnya ingin tahu siapa pelajar A Level yang kumaksudkan sebentar tadi.

            “Alfian. Hanif Alfian.” pendek Addura membalas sambil mengangkat-angkatkan keningnya.

            “ Hah? Alfian? Hanif Alfian top student A Level tu ke? Perghh….” buntang mata Sarah Erissa tatkala sepotong nama tersebut terluncur keluar dari mulut comel Addura. Terus dia bingkas bangun dari pembaringannya lalu memandang wajah Addura dengan riak wajah separuh tidak percaya. Terkebil-kebil mataku melihatkan perlakuan Sarah.

            “ Kenapa Sarah? Awak ni tiba-tiba je macam terkejut sangat ni kenapa?” aku pelik melihat reaksi Sarah.

            “ Ya Allah, Afifah. Awak tak tahu betapa topnya Hanif Alfian tu among girls A Level! Muka ala-ala Ashraf Muslim, tough, rugby player, smart and cool… perempuan mana tak crush bila tengok dia? Tapi Hanif Alfian tu dia jenis tak bercakap sangat dengan girls. Cool gila! Eventhough saya sendiri budak A Level, sama-sama ambil course Engineering tapi tak pernah sekalipun kitorang bercakap. Apa lagi nak bertegur sapa macam tu. Wah, Addura! Eh apa yang awak dengan dia bualkan, Addura? Cepatlah cerita! Takkan dengan roommate sendiri pun nak berahsia, kan..kan?” teruja sungguh Sarah Errisa bercerita. Ah sudah, ni nak buka kedai kopi ke apa ni? Oh no… gossip girls ni dah nak mula operasi.

            “ Tu lah pasal. Sebelum ni ada sesekali je saya bertegur sapa dengan dia. Tapi sekadar katFacebook jelah. Tak sangka tadi dia tegur saya dulu. Terkejut jugak saya tadi. Alah, takde bualkan apa sangat pun, tegur-tegur biasa je…” ujar Addura membuka cerita insiden di tepi Dewan Makan sebentar tadi.

            “ Sarah, Addura. Sudah-sudahlah tu bergossip. Apa yang nak dikisahkan sangat dengan Hanif Alfian tu. Dia top ke, dia hebat ke, dia tough ke... tak ada kaitan dengan kita pun cik-cik puan sekalian. Kot ye pun nak bercintan cintun ke apa, habiskan dulu IB and A Level ni. Ingat tu apa tujuan kita datang sini?” aku sekadar mengingatkan mereka.

            “ Ala Afifah, tegur-tegur biasa je pun tadi. Bukan ada apa-apa pun. Biasalah saya,exaggerated sikit…”  Addura memandang ke arahku.     

            “ Ye saya tahu awak tu peramah. Tegur orang tu, tegur orang ni. Satu kolej kenal awak kan , Cik Addura? Tapi ikhtilat tu kena jaga ye. Lagi pulak awak tu perempuan. Kalau awak nak bertegur sapa tu boleh, tapi untuk benda yang perlu je kot. Seboleh-bolehnya pergaulan tu kena jaga. Takut timbul fitnah pulak nanti...” syarahku panjang lebar.

    “Ikhtilat?”

            “ Ikhtilat tu ada kaitannya dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dalam Islam tak larang pergaulan antara lelaki dan perempuan, tapi harus terbatas dengan syarak. Kadang- kadang boleh timbul fitnah juga dari situ. Kalau untuk urusan yang tak perlu, tak payah lah ramah-ramah sangat. Ingat apa yang saya cakap tadi. Kita ni perempuan. Terbatas sikit. Jangan sampai kena cop tak tahu malu pulak. Itu sebab saya jarang nak bertegur sapa dengan lelaki tak tentu fasal,” lembut Afifah menambah. Addura mengangguk tanda mengerti. Sarah Erissa turut mengangguk sama.

            “ Oh ya, saya rasa kan Afifah, Alfian tu sukakan awaklah. Ada dia tanya kat saya pasal awak tadi…” Addura bersuara kembali. Aku yang sedang membaca novel tersentak. Kualihkan pandangan mataku tepat ke arah Addura.

            “ Jauhi dia dan jangan pernah sesekali awak beritahu apa-apa pun pasal saya pada dia…” keras nadaku disitu.

            “ Dia cakap dia tertarik dengan awak sebab awak lain. Lain dari mana-mana student perempuan kat kolej ni. Awak kan alim, senyap, lagi lah lelaki nak dekat dengan awak. Hanif Alfian tu top studentA Level kot. Perfect package lah! “ kata Addura. Riak wajah Afifah masih tajam memandang Addura.

“ Ha’ah betul! Betul! Betul! Kalau saya jadi awak Afifah, rugi kalau saya buat tak tahu kat Hanif Alfian tu. Siapa yang tak nak lelaki perfect package macam dia tu?” sokong Sarah Errisa.

            “Awak jangan nak mengada-ngade ye Cik Addura yang comel.  Cik Sarah Errisa yang baik hati pun sama. Teirma kasih jelah ye atas niat baik tu. Untuk pengetahuan awak berdua, saya tak berminat pun dengan dia. Awak pun tahu kan saya macam mana. Saya dah taknak go through semua tu lagi sekali. Saya nak jadi sebenar-benar diri saya. Seperti apa yang parents saya amanahkan dalam nama yang saya bawa. Sebenar-benar Khairunnisa Afifah…” ujarku sambil tersenyum.

            “Apa tu?”

            “ Sebaik-baik wanita yang terpelihara…” ringkas dan bersahaja aku menuturkannya. Sarah dan Addura saling berpandangan dan menjungkitkan bahu. Aku kemudian kembali menatap novel ditanganku sambil tersenyum.

 ***

Dah dekat 3 minggu lebih, takkan tak ada apa-apa respon dari Addura kot? Aku bermonolog sendirian. Hatiku benar-benar dicubit penasaran.

“ Alfian, saya rasa baik awak lupakan jelah niat awak nak bersahabat dengan Afifah. Seems like dia tak berminat pun dengan semua ni…” keluh Addura suatu hari sewaktu terserempak denganku di Hexagon, tempat yang disediakan untuk para pelajar kolej ini bagi memudahkan urusan perbincangan dan tugasan-tugasan mereka secara berkumpulan. Selain Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) yang menjadi tumpuan utama, Hexagon merupakan alternatif bagi para pelajar sekiranya PSP begitu sesak terutama sekali pada waktu petang.

            Aku hanya mampu menghela nafas panjang. Khairunnisa Afifah ternyata bukan gadis yang sebarangan. Meski perwatakan dan penampilannya nampak biasa, namun dia sangat-sangat menjaga dirinya.  Memang benar telahanku. Huluran persahabatan yang cuba aku jalinkan ditolak sementah-mentahnya. Nak tackle Afifah, bukan dengan wang, bunga dan coklat. Ia tak sama. She’s very different. Not like the other girl. And that thing makes me wants her even more! Sabar Alfian… Sabar…

            “ Kenapa dia macam tu ye, Addura? Saya tak faham la. I meant, saya hormati keputusan dia taknak bergaul rapat dengan mana-mana lelaki. Tapi saya bukan nak buat apa-apa pun dengan dia. Sekadar berkawan. Itu sahaja. Terfikir nak rapat dengan dia, memang mana-mana lelaki pun nak…” sedikit hampa nadaku membalas.

            “ Sebenarnya, banyak benda yang awak tak tahu pasal Afifah tu Alfian. Saya sendiri akui, dia memang bukan macam student perempuan yang lain kat sini. Dia dah hadapi banyak saat-saat sukar dalam hidup dia. Sampaikan kadangkala dia rasa dia tak berdaya nak bangun sendiri. But she’s a very strong and courageous girl I’ve ever met. Sejarah lampau dia yang buatkan dia jadi begitu. Saya tak rasa dia akan patah balik after all apa yang dia dah go thorugh...” Addura menerangkan kedudukan yang sebenarnya kepadaku.

            “ Maksud awak, Addura? Sejarah lampau? Saya still tak faham…” aku masih kurang mengerti.

            “ Macam ni la Alfian, Cuma ada satu cara je lagi yang saya rasa awak boleh dekati Afifah secara elok. View her blog. Read some of the older post before. Mungkin dari situ, sedikit-sebanyak awak boleh figured out lifestyle dia dulu macam mana,” cadang Addura. Mukaku yang ibarat berselubung awan mendung kumulonimbus sebentar tadi kini kembali ceria.

“ Satu je yang saya boleh katakan. Khairunnisa Afifah yang awak impikan tu, dia bukan macam tu dulu. Banyak perubahan yang dia perlu lawan dalam usaha dia nak jadi Khairunnisa Afifah yang awak kenal sekarang. Tak apalah, saya tak boleh nak cerita banyak-banyak sangat. Nanti bila awak dah baca blog dia, awak akan faham kenapa saya cakap macam ni ,” Addura menambah.

Aku tersenyum lega. Ada rahsia yang perlu dicungkil, ada perkara yang perlu ditaksir dari gadis bernama Khairunnisa Afifah itu. Setelah mengucapkan teirma kasih dan meminta link blog milik Afifah,aku berlalu dari situ.


bersambung...

hingga saat itu (P3)

Bosan betul. Keputusan peperiksaan IELTS bakal keluar tidak lama lagi. Demam peperiksaan tidak lah begitu ketara melanda diriku pada semester ini. Hanya pada semester depan, merupakan semester terakhir bagiku untuk aku menduduki peperiksaan A2. Sudah pasti aku akan membuat persediaan yang secukupnya bagi memastikan diriku tidak tercicir daripada mendapatkan keputusan yang terbaik. Belakangan ini, entah mengapa aku seringkali teringatkan Afifah. Malah, sejak peristiwa lewat petang itu, aku mudah sahaja terserempak dengannya di kolej. Namun gadis itu seperti hidup dalam dunianya sendiri. Tidak mempedulikan orang lain selain dari rakan baiknya, Addura. Satu yang aku sukai, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.  

Perasaan yang klise dan aneh mula menjalar…apakah aku… Afifah… ah, tidak. Perlahan aku menggeleng-gelengkan kepalaku sambil menampar-nampar pipiku. Alfian…sedar sikit! Kau datang sini nak belajar, bukannya nak cari bakal isteri! Gentaku di dalam hati.

Pagi itu, aku sedang menuruni tangga untuk turun ke pejabat. Mengambil cek elaun bulanan yang dikeluarkan oleh MARA.  Ternampak pula Afifah sedang mendaki tangga yang sama untuk  naik ke atas bersama Addura. Hanif Alfian, ini peluang baik punya!

Cepat-cepat ku menuruni tangga dan berpura-pura terlanggarnya. Laptop ditangannya hampir terlepas. Tanpa aku sedari, tanganku dan tangannya tersentuh, gara-gara aku mahu menyambutlaptopnya yang nyaris terlucut dari terhempas ke lantai.

“Astaghfirullah..” terluncur kata-kata itu dari mulutnya. Segera dia menarik tangannya. Matanya masih tunduk. Sedikitpun tidak terarah ke wajahku. Dia tunduk sambil memegang tudungnya yang labuh melitupi tubuhnya untuk mengutip buku-buku dan kalkulatornya yang terjatuh tadi. Nanti dulu Afifah, aku masih belum selesai disitu. Ketika dia mahu mengatur langkahnya semula, aku berpura-pura menghadang laluannya pula. Dia ke kiri, aku kekiri. Dia bergerak ke kanan, begitu juga aku. Nasib baik tidak ramai orang, mudah sikit urusan nk menyakat minah ni! Hehe…. Riak tidak selesa mula terpancar dari wajahnya.

“ Saya minta lalu boleh?  Maaf, jangan ganggu saya. Saya tak ada sebarang urusan pun dengan awak…” pendek dan tegas sekali nadanya bercakap. Matanya yang kebiasannya redup itu kini tajam menentang wajahku. Kali ini, Afifah tidak menundukkan pandangannya lagi. Malah, jelingan tajam yang penuh rasa meluat yang aku dapat sebagai imbalan. Bagaikan terkena renjatan listrik, aku ibarat tergamam seketika dan menelan air liurku. Dan terus dia menepisiku menggunakan laptop yang dipegangnya.  Tangannya segera mencapai dan menarik Addura untuk pergi dari situ. Berlalu begitu sahaja sekali lagi, sama seperti kejadian lewat petang itu. Mak aih. Garangnya.  

Itulah pertama kali, aku mendengar suara Afifah. Pertama kali juga, aku memulakan perkenalan dengan seseorang dengan cara yang begitu ‘sopan’ . Jelingan serta tepisannya sangat keras dan tajam. Hatiku benar-benar terasa sesuatu yang aneh dan tidak menyenangkan. Namun itulah, daya penarik ibarat medan magnet yang terus mengheret aku menghampiri Khairunnisa Afifah, pemilik wajah persis pemain sinetron dari seberang, Nia Ramadhani itu. This girl is really special. She really makes me go crazy… macam mana nak dekat dengan minah ni? Aku mendongak ke atas melihatkan kelibat tubuhnya yang semakin ditelan susuk para pelajar yang makin sesak menuruni dan menaiki tangga. Aku tersenyum tak semena-mena kerana perasaan malu juga tiba-tiba datang menyapa. Apakah?  Sudah Alfian,  Don’t tell yourself that you are now in love with Afifah!

*** 

Afifah menutup lembaran al-Quran itu perlahan. Naskhah al-Quran berwarna merah jambu itu ditarik ke dalam dakapannya, dikucupnya dengan penuh sayu. Beberapa titis air mata hangat, jatuh membasahi pipinya yang mulus itu setelah empangan matanya gagal dibendung lagi.

Masih jelas tergambar di fakulti memorinya, suatu saat ketika dia masih bersama Kak Afiqah. Gadis yang sudah dianggapnya seperti kakak kandungnya sendiri. Makin dikenang, makin laju butiran hangat itu menuruni pipinya. Terkenang kisah suatu saat, bagaimana insan itulah yang menuntunnya dalam menyelusuri jalan yang telah dia pilih ini. Jalan yang dia tidak pernah sesekali termimpi untuk menjadi Khairunnisa Afifah seperti sekarang.  

            “ Afifah and Afiqah… eh nama kita dah dekat-dekat kan? Entah- entah suatu hari nanti, Afifah boleh lead muslimat jugak. Macam akak…” gurau Kak Afiqah.

            “ Eh akak ni, merepek jelah. Afifah tak terfikir pun sampai macam tu sekali. Kita ni jauh beza kak, Afifah ni banyak lagi yang kurang. Baru sikit-sikit nak belajar. Afifah malulah akak cakap macam tu…”

            “ Apa nak malunya dik? Apa yang akak cakapkan ni tak mustahil kan? Dengan kuasa Allah, apapun boleh terjadi.” aku senyum sambil melontarkan pandanganku ke arah pintu gerbang kolej. Dah nak sampai kolej rupanya. Ketika itu, aku baru sahaja selesai menghadiri usrah di Taman Tasik Seremban bersama Kak Afiqah. Jadi, aku berjalan beriringan dengannya sambil membimbit buku notaku yang kudakap erat ke pelukanku.

“ Kak..”

“ Ye, dik?”

“ Kak, macam manalah agaknya kalau akak tak cari Afifah waktu tu?” nada suaraku mulai bergetar.

            “ Sudahlah dik. Perkara yang dah lepas tu tak payahlah Afifah ingatkan lagi. Ingat apa yang akak pesan dulu? Meskipun benda tu pahit untuk ditelan, anggaplah apa yang jadi ni sebagai ujian, bukannya musibah yang buatkan kita nak salahkan Allah atas apa yang berlaku. Allah sayang pada Afifah. That’s why Allah beri ujian. Bukankah ujian itu tarbiyah dari-Nya?” pujuk Kak Afiqah.

            “ Tapi ujian tu ngeri sangat, kak. Afifah takut, kalau-kalau ujian macam tu datang lagi. Afifah tak kuat, nak face benda macam tu sekali lagi.

“ Kuatkan semangat, Afifah. La yukalifullahunafsan, illa wus’aha. Ayat yang kita tadabbur sama-sama tadi. Surah al-Baqarah ayat 286. Allah takkan bebankan sesuatu pada kita, dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung. Segala ujian yang Dia berikan, adalah dalam kadar kemampuan kita. Setiap helaan  nafas kita meranduk ujian dari-Nya, dia titipkan bersama kekuatan. Apa lagi yang perlu digusarkan, dik? Benar, berkata-kata mungkin mudah bagi mereka yang tidak merasainya, tapi akak bangga Afifah dah sampai ke tahap ni. Bukan senang nak dapat kekuatan macam ni. Cemburu pulak akak. Adik akak ni jadi manusia pilihan Allah untuk diberi ujian. Subhanallah.” canda Kak Afiqah sambil menepuk-nepuk bahuku perlahan. Kata-kata Kak Afiqah mampu meruntuhkan tembok perasaanku yang nanar ketika itu. Emosiku benar-benar tempang, meladeni fasa yang penuh kerapuhan ketika itu. Aku tidak  sanggup lagi.

            “ Terima kasih, Kak Afiqah.” balasku kemudian beserta dengan secangkir senyuman ke arahnya.
Lamunanku terhenti seketika. Terkenangkan Kak Afiqah yang sudah jauh berada di rantau orang. Kak, Afifah rindu akak… gumamku. Aku terus mendakap Quran kecil beserta terjemahan pemberiannya itu. 

***

Dah lambat ni, mati! Macam manalah boleh tertidur sampai tak sedar diri ni? Match dah start. Aduh… payah jugak jadi sorang-sorang je budak A Level dalam bilik ni, budak-budak IB ni mana reti lepak bilik nak kejutkan aku!

Aku bergegas mencapai t-shirt berkolar merah untuk dipadankan dengan trek yang kupakai. Mataku kemudian tertancap pada beberapa orang pelajar perempuan yang baru sahaja keluar daripada surau. Dalam keramaian itu, mataku sempat menangkap kelibat seseorang. Ah, Afifah! Dia dan Addura keluar dari surau lalu berjalan beriringan menaiki tangga menuju ke Dewan Makan. Mahu pulang ke blok.

            “ Hai, Addura. Ada apa kat surau tadi?” aku sempat berselisih dengan mereka dan menegur Addura. Addura mengukir senyuman manisnya. Nasib baiklah kawan si makcik rimau ni peramah orangnya. Khairunnisa Afifah terus membatu. Tidak mempamerkan sebarang reaksi. Kayu betul! Hoho…kayu pun kayu lah… sopan benar budaknya…..

            “ Baru habis usrah kat surau dengan Ustaz Farhan tadi. Alfian nak pergi mana? Riadah eh?” balas Addura ramah.

            “ Ha’ah, ada match kat court depan LT1. Erm, korang berdua ni bagus ye. Pergi usrah. Sempat lagi even sekarang peak semester. Tapi baguslah isi masa dengan berfaedah. Good for both of you...“ aku berbasa basi. Sengaja mahu menarik perhatian Khairunnisa Afifah. Namun dia masih terus diam, membatu dan buat-buat tidak tahu. Geramnya!

            “ Addura, kalau awak nak berbual lagi, saya nak balik dulu. Assalamualaikum…”  Afifah tiba-tiba bersuara dan mengatur langkah. Aku dan Addura hampir serentak menjawab salamnya sambil Addura mengunjukkan reaksi wajahnya yang terpinga-pinga.

            “ Maafkan kawan saya tu Alfian. Afifah memang macam tu. Dia kurang bergaul sangat dengan lelaki. Tak selesa katanya,” hujah Addura kemudian. Ohh…baru tau, patutlah kerek semacam makcik rimau tu. Aku sekadar mengangguk tanda faham.

            “ Addura, sebenarnya ada banyak benda saya nak tanya pada awak pasal Afifah. Tapi bukan sekarang lah. Sebab saya pun dah lambat ni. Maybe some other time perhaps?” cadangku. Haish... stress betul macam ni. Hatiku akan sentiasa dipagut rasa tidak puas hati selagi aku belum dapat mengenali Khairunnisa Afifah.

            “ Baik. Takde hal. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Addura memulakan langkahnya menapak ke asrama.


BERSAMBUNG...

hingga saat itu (P2)

Hari ini,masuk minggu ketiga sesi kuliah telah berjalan. Ini bermakna, 3 minggu juga aku telah bergelar pelajar tahun 2 sekaligus akan turut bergelar senior dalam program persediaan A Level di kolej ini. Junior bakal menjengah pada minggu hadapan. Keputusan peperiksaan semester bagi pelajar IB dan keputusan peperiksaan AS bagi pelajar tahun 1 semester lepas pun telah dikeluarkan serentak dan ditampal di papan kenyataan semasa. Kecoh sekali suasana dihadapan papan kenyataan pelajar tersebut yang dikeremuni ramai untuk melihat keputusan masing-masing. Ku mencari namaku dalam senarai.

HANIF ALFIAN BIN HISHAM AZIZI.

Nasibku agak baik kerana aku berjaya menempatkan namaku antara sepuluh pelajar terbaik kolej yang mengambil kursus kejuruteraan cemerlang dalam peperiksaan AS yang telah kududuki. Terima kasih Ya Allah!

            Ku picingkan mataku melihat senarai keputusan sepuluh pelajar terbaik bagi setiap kursus yang ditawarkan di kolejku itu iaitu Perubatan, Pergigian, Perakaunan, TESL dan juga Tindikan serta Bioteknologi. Rata-rata pelajar yang tersenarai itu kukenali, kerana kolej ini tidaklah begitu besar dan aku hampir mengenali seluruh pelajar yang mendaftar pada semester yang sama denganku walaupun kami ternyata mengambil kos yang berlainan. Namun,iris mataku tidak berganjak sedikitpun apabila aku melihat sepotong nama yang tertera dalam senarai pelajar yang mengikuti kursus Perubatan. Sungguhpun namanya pernah kudengari namun, pemilik nama itu sungguh tidak aku kenali dan tidak pula aku dapat mengecam wajahnya dalam keramaian pelajar yang membanjiri kolej yang tidaklah sebesar mana ini.

            KHAIRUNNISA AFIFAH BINTI KAMIL ARIFF. Siapakah dia?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Afifah!”

Afifah lantas berpaling dan mencari arah gelombang suara yang mencecah cuping telinganya. Terlihatkan Addura, secangkir senyuman segera dileretkan, menyerlahkan lesung pipi di pipi kanannya. Afifah berhenti betul-betul di hadapan ruang legar Bangunan Razak itu sambil menanti Addura menghayun langkah ke arahnya.

“ Lajunya awak jalan… terlebih energy ke apa? “ sengih Addura.

“ Terlebih ATP je kot, Addura. Awak dari mana ni?” tanya Afifah kemudian. Senyumannya masih bersisa. Comel.

“ Amboi- amboi, best student lah katakan. Habis semua term Bio keluar ye? Saya dari Wisma Pelajar tadi. Baru habis kelas Econs… saya tak pergi minum pagi pun, sebab saya puasa sunat hari ni. Eh awak tau tak, diorang cakap list result peperiksaan semester lepas dah keluar kat notice board. Jom tengok nak?” ajak Addura mesra.

“ Ada-ada ajelah awak ni, Addura. Laa… kolej tampal kat notice board ke result semua orang? Alamak, malunya saya! Kalau dapat result tak best, macam mana ye? Err, Addura, saya takutlah. Tak berani nak tengok result sendiri. Awak tengokkan?” ujar Afifah. Ada getar dalam nada bicaranya itu. Gementar mungkin.

“ Laa makcik ni, jomlah!” Addura menarik lengan baju Afifah dan mendaki tangga untuk ke papan kenyataan yang dimaksudkan. Mereka berdua berpapasan menaiki tangga. Ternyata, sudah terlalu banyak pelajar sedang mengerumuni papan kenyataan tersebut, masing-masing berebut kerana mahu melihat keputusan peperiksan empunya diri. Terlihatkan situasi itu, Afifah berhenti dan statik sebentar. Langkah Addura turut terhenti apabila Afifah menghentikan langkahnya.

“ Kenapa ni, Afifah?”

“ Masya-Allah, ramainya orang! Nanti kejaplah, Addura. Takkan kita nak menyelit-nyelit kat situ? Dah la ramai lelaki. Saya seganlah…” Afifah teragak-agak bersuara.

“ Alah, kita redah je dulu, nanti confirm diorang ke tepi. Budak-budak lelaki kolej ni mat-mat gentlemenbelaka. Jomlah cepat.” gesa Addura. Dia tahu benar, Afifah memang kurang selesa berada dalam kelompok yang ramai seperti itu, apalagi bersesak-sesak. Namun, hatinya tak dapat ditahan-tahan lagi untuk melihat keputusan peperiksaan miliknya!

“ Addura, takpelah. Nanti habis kelas pun boleh tengok lagi. Kejap lagi lah. Serius saya segan. Tak mahulah. Nampak tak manis. Nanti habis kelas ye kita tengok result?” pujuk Afifah semula. Addura sudah menarik muka. Tanda tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Afifah sebentar tadi. Aduh Addura, budak ni kalau bab merajuk confirm susah nak pujuk! Namun kata-kata itu hanya mati di dalam hatinya.

“ Congrats, Afifah!! You are among the top scorers for medical student.” Rasyida yang merupakan teman sekelasnya melewati mereka tiba-tiba menepuk bahu Afifah lalu mengucapkan tahniah. Afifah terkejut dan seolah-olah tidak percaya.

“ Eh, betul ke? Saya belum tengok lagi result saya. Thanks ye, Syida.” mata Afifah ketara sekali mempamerkan reaksi gembira yang teramat sangat. Kebetulan, kumpulan pelajar lelaki yang mengerumuni papan kenyataan tadi, sudah berkurangan. Kini, tibalah pula giliran Addura dan Afifah menghampiri papan kenyataan tersebut dan melihat keputusan peperiksaan mereka. Tertera nama KHAIRUNNISA AFIFAH BINTI KAMIL ARIFF, berada pada kedudukan pertama senarai pelajar yang mengikuti kursus persediaan Perubatan. Manakala nama ADDURA INSYIRAH BINTI MOHAMMAD berada pada ranking ke-7 dalam senarai pelajar mengikuti kursus Pergigian. Kedua-dua mereka saling berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum lebar dan puas. Lantas mereka berpelukan.

Allhamdulillah Ya Allah, terima kasih. Semoga dengan kejayaan ini tidak menjadikan aku hambaMu yang takbur dan riak. Moga dengan sedikit ilmu yang Engkau pinjamkan ini, dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Bantulah aku Ya Allah, agar aku dapat menggunakan ilmuMu ini untuk kumanfaatkan. Amin.

Itulah harapannya. Doa Khairunnisa Afifah di dalam hati sambil mulutnya tidak putus-putus mengucapkan syukur kepada Rabbnya.

***

            Sudah masuk 10 kali aku bergolek-golek di atas katil. Aku benar-benar tidak senang duduk. Otakku ligat berfikir dan tercari-cari jawapan kepada persoalanku sejak beberapa hari lepas. Siapa Khairunnisa Afifah ni?

KHAIRUNNISA AFIFAH.

Damai dan tenang sekali aku mendengar namanya. Pertama kali namanya menampar gegendang telingaku, seolah-olah semacam aku sudah mendengar namanya sebelum ini.  Ya…aku pernah bertemunya barangkali. Wajah gadis penuntut jurusan Perubatan itu ternyata sukar muncul diruang maya benakku sehinggakan aku gagal mengingati walau secebis rupa parasnya. Kata Zulfaqar, Afifah merupakan seorang pelajar yang low profile. Dia tidak suka menonjolkan dirinya di hadapan teman sekampusnya dan juga jarang melibatkan diri dalam kebanyakan program yang dianjurkan oleh pihak kolej melainkan apabila ada keperluan bagi dirinya untuk turut serta. Patutlah aku tidak mengenalinya, aku berkira-kira di dalam hati.

Ditambah pula dengan status dirinya sebagai pelajar yang mengikuti program persediaan yang agak kritikal berbanding dengan diriku, membuatkan dia jarang bersosial seperti pelajar-pelajar yang mengambil jurusan lain.

Aku faham benar. Pelajar yang mengikuti program International Baccalaureate (IB) memang sentiasa sibuk dengan dunia mereka. Seperti Adif yang mengambil kursus Tindikan. Mahu jadi guru Biologi dan Kimia katanya. Posisinya sebagai pengerusi kelab Pemimbing Rakan Sebaya dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej memerlukan masanya banyak dihabiskan di luar bilik. Kadangkala, selagi maghrib belum menjelma, jarang sekali aku melihat Adif tersadai  kepenatan di atas katilnya melainkan hari minggu. Kasihan juga aku melihat Adif. Namun, hanya simpati yang mampu kuluahkan dan dalam masa yang sama bersyukur kerana tidak  sesekali terjerumus ke dalam program yang aku boleh katakan agak menyeksa jiwa itu.

            Puas berbaring, aku bingkas duduk sambil menggaru-garukan kepala. Hatiku dihambat sedikit rasa tidak puas hati dan sedikit geram kerana daya inkuriku membuak-buak mahu mengenali susuk pemilk nama Khairunnisa Afifah itu. Silap besarlah ni Alfian, top student tu. Mustahillah satu kolej boleh tak kenal! Frust! Frust!

            “ Faqar, jom gerak main basket! Aku tak senang duduk dalam bilik petang-petang ni. Jom keluar peluh sikit!” aku mengejutkan Zulfaqar yang baru hendak terlelap setelah pulang dari kelas tutoring.

            “ Kau ni kacau betullah. Bagilah aku lelap 5 minit. Lagipun aku tak solat Asar lagi ni. Penat bro, bersengkang mata kat kelas tutoring Chemistry petang tadi, betul-betul mencabar keimanan aku, kau tau? Kejap ek, lepas aku solat kang kita main…” Zulafaqar kembali menarik bantal dan membenamkan bantal tersebut ke mukanya.

             Jam 5.30 petang, aku dan Zulfaqar keluar dari Blok Farabi. Kami berpapasan menuju ke gelanggang bola keranjang yang terletak berhampiran dengan Dewan Kuliah di Bangunan Razak. Sewaktu aku berjalan dan berbual-bual kosong sambil melantun-lantunkan bola ke atas jalan, kelibat dua orang pelajar perempuan yang melewati pintu pagar blok akademik dari jauh sudah kelihatan. Sah..budak IB ni! Getusku perlahan. Dah lewat petang camni la baru nak balik bilik. Sibuk print lab reports yang tak ada penghujungnya tu, tah apa kebenda pasal CAS program la, study grouplaa..segala macam mak nenek kena buat! Ngomelku sendirian.

            “ Plup!” pendrive milik salah seorang gadis yang berjalan beriringan dari arah yang bertentangan itu terjatuh. Disebabkan oleh keadaan permukaan jalan yang agak landai,maka pendrivetersebut menggelongsor lalu terkena kakiku. Kulihat gadis itu bergegas menuju ke arahku dan seraya menunduk untuk mengambil pendrive kepunyaannya. Namun, tanganku lebih pantas bergerak. Aku tunduk lalu menyambar pendrive di atas jalan itu sebelum sempat dia mengambilnya.

            Gadis itu terpana seketika melihatkan pendrive miliknya berada di tanganku. Aku lantas menghulurkan semula alat penyimpan data itu kepadanya. Gadis itu tidak mendongak sedikitpun. Dia menadah telapak tangannya yang putih melepak dan lengan kurungnya yang dilapisi oleh stoking tangan berwarna hitam menandakan dia mahu haknya dikembalikan semula. Digenggam kemas telapak tangannya apabila pendrive tersebut sudah bertukar tangan. Erat. Takut jatuh lagi agaknya. Aku tersenyum.

            “ Err..thanks. “ segera gadis itu berlalu pergi. Aku tercengang seketika. Mak aih…bapak sombong minah IB ni! Kerek gila… Aku memerhatikannya dengan pandangan yang sinis dan tajam sehinggalah kelibatnya tidak lagi kelihatan setelah dia dan rakannya itu memasuki pekarangan Blok Aisyah. Zulfaqar yang berada disampingku sedari tadi terus menepuk bahuku.

            “ Woi, kau apa hal? Takkan sangkut ngan minah tu kot? “ senda Zulfaqar.

            “ Takde la bro, aku bengang gak la ngan minah tuh. Bapak kerek kot.  Kau dengar tak cara dia cakap terima kasih kat aku tadi pun? Dah la tak tengok muka aku langsung…Thanks… “ kataku sambil mencemikkan bibirku dan mengajuk cara gadis berbaju kurung rona biru itu mengucapkan terima kasih kepadaku tadi.

            “ Weh sengal, tu la Afifah. Khairunnisa Afifah yang kau kecoh sangat tanya kat kitorang hari tu…” balas Zulfaqar kemudian dengan riak muka yang selamba. Aku membuntangkan mataku ke arahnya.

            “ What?? Apasal la kau tak cakap ngan aku siang-siang?? Aku punya laa nak tau minah tu yang mana satu. Dah la aku jarang jumpa budak-budak IB. Macam kau lain la,boleh hari-hari jumpa. Budak IB jugak.Kau ni, memangla…” terselit nada kekesalan di hatiku. Andai kutahu gadis itu adalah Afifah, alahai….

            “ Siang lagi la ni. Bukan malam. Maghrib pun belum. Apalah kau ni. Weh mangkuk, Afifah tubudak most wanted kat IB list tau. Dia memang low profile, tapi semua orang boleh kenal dia sebab dia pandai. Confirm semua budak IB kenal dia. Kau bajet ,budak-budak IB jumpa each other ke tiap-tiap hari? Aku budak Biotech ok?? Si Afifah tu budak Medic!“ balas Zulfaqar dengan nada yang separuh jengkel.

            “ Hek eleh, kau ni kecohlah pulak. Tak payah emo-emo. Kau tunggu dan lihat je apa yang akan jadi dengan Afifah tu lepas ni. Seronok mengusik budak control ayu macam dia tu.Hehe…” usikku nakal.

            “ Woi dah, tak payah nak bikin onar. Basket…basket beb!!!” Zulfaqar menarik lengan bajuku menghala ke arah gelanggang.

Suatu hari kau akan kenal siapa aku. Ni Alfian la! Heh…


bersambung...

hingga saat itu (P1)

Semester Tiga sudah bermula. Terasa longlai kakiku untuk menapak semula ke kolejku yang terletak sebuah negeri yang cukup sinonim dan terkenal sebagai sebuah negeri yang penuh tradisi dan beradat bagi menyambung semula kuliah dan pengajianku. Dua semester telah berjaya kulalui, peperiksaan fasa pertama yang terpenting bagi seorang penuntut program A-Level iaitu AS  juga telah kududuki tempohari. Keputusan? Ah,biarlah Allah sahaja yang menentukan. Cenderung untuk aku mengakui, aku sudah melakukan yang terbaik dan hanya Allah sahaja yang berhak mengukir segala keputusan yang bakal tercoret di atas kertas-kertas peperiksaan yang telah kucontengi dengan segala formula  matematik, hukum-hukum fizik dan kimia. Segala ilmu dibenakku telah kumuntahkan  dalam kertas-kertas yang bakal disemak oleh pemeriksa. Alfian,redha sajalah! Desisku didalam hati.

Melangkah masuk ke blok Farabi,aku mengatur langkah sendirian sambil menggalas beg sandangku yang berisi pakaian dan buku yang kubawa pulang untuk ditelaah pada cuti semester yang lepas. Langkah ku atur menaiki tangga satu persatu untuk ke bilikku yg terletak di tingkat dua itu.Aku menjeling jam ditangan kananku. Jarum pendek itu menunjukkan angka 12 menandakan ketika itu sudah pukul 12 tengah hari. Menerjah masuk ke bilikku sambil mengucapkan salam, kulihat Adif sedang mengemaskan buku-bukunya diatas meja. Awalnya mamat ni sampai…getusku sendirian. Adif hanya meleretkan sebuah senyuman melihatkan aku.

            “Kau bertolak dari Kedah pukul berapa?” tanya Adif.

            “ Malam semalam. Pukul 10.30 malam. Aku sampai Seremban pukul 6.30 pagi. Masuk surau , aku solat subuh. Then, aku tertidur sampai pukul 10 pagi tadi. Lepak-lepak kejap,cari barang sikit baru aku gerak balik kolej. Kau sampai pukul berapa? Awal pulak. Bukan selalu muka kau ke yang payah nak balik awal? Faqar pun belum sampai lagi..” balasku sambil mengerling ke arah katil yang terletak berhampiran tingkap dan menghadap ke Dewan Makan kolej. Masih kosong dan mejanya juga  masih berhabuk. Tanda si pemilik katil, Zulfaqar yang merupakan seorang lagi teman sebilikku yang belum sampai.

            “ Balik awal? Biasa lah bro, semangat sem baru.Hehe…Ala Faqar tu, rumah dekat takpe lah sampai lambat pun. Apa nak kisah? Weh,cepatlah kemas katil kau tu. Lepas tu kita keluar cari makan. Apa perut kau tak buat konsert ke tengah-tengah hari macam ni? Aku belanja. Cepatlah !” gesa Adif.

            “ Cantik la. Tak sia-sia aku bela kau jadi roommate aku selama ni..hehe!” aku menyeringai ke araf Adif. Ku bersihkan segala habuk-habuk yang melapisi tilam dan meja belajarku. Kemudian aku masukkan baju-bajuku ke dalam loker dan segera ku kunci semula.

            “ Dah siap. Jom gerak!” aku mencuit bahu Adif. Adif segera mencapai dompet dan memasukkannya ke dalam poket seluar jeans berjenama Levis yang dipakainya. Selepas mengunci pintu bilik, kami bergegas turun ke pos pengawal dan menerobos masuk ke dalam perut teksi yang sedia menunggu kami di luar pagar kolej setelah kudail nombor perkhidmatan teksinya sebentar tadi. Teksi itu terus meluncur laju menghala ke Seremban Parade,destinasi yang kami ingin tujui.

* * *

Afifah membuka matanya dan perlahan dia menggenyeh-genyehkan matanya. Bingkas dia bangun dan mengeliat-geliat puas. Dicapai penyepit rambut yang berada di atas meja studinya sambil berjalan menghala ke arah tingkap. Birai satin bertona hijau pucuk pisang itu diselak, terus sahaja cahaya menderu masuk menerjah kamarnya. Pemilik mata yang bundar dan redup itu mengecilkan mata tatkala cahaya menentang tampangnya. Matanya serta-merta terarah ke jam dinding yang bercat hijau pudar itu. Dah pukul 9.00 pagi! Afifah menggaru-garu perlahan kepalanya yang tidak gatal. Astaghfirullah…Afifah, macam mana lah boleh tertidur balik lepas Subuh tadi ni? Habis plan nak kemas bilik! Benar, dia sangat kepenatan malam semalam. Sesampainya di Blok Aisyah jam 10 malam semalam, dia segera memacu langkah ke arah bilik lalu terus menjunamkan tubuhnya di atas tilam. 12 jam perjalanan tren dari Pasir Mas ke Seremban untuk pulang menyambung semula semester yang masih berbaki, cukup untuk membuatkan punggungnya berasa kebas, sementelah pula di dalam tren, hanya MP3 yang menjadi peneman. Solat Subuhnya pagi tadi pun, jika tiada jam penggera berbunyi alamatnya terpaksalah diqadakan.

Afifah tergelak kecil sambil duduk semula di atas katil sambil merenung dua buah beg bagasi dihadapannya. Dua beg besar mahu dipunggah semula. Mak oi, dua beg tu! Buku-buku yang termuat di dalam loker harus dikeluarkan dan disusun semula di atas rak buku. Baju-baju dari dalam beg harus disumbatkan ke dalam loker, kemudian kasut yang berhabuk harus dibersihkan juga lantai harus disapu. Afifah oh Afifah, jadi orang gaji tak bergaji le jawabnya kau hari ni. Batang hidung si Addura ni petang nanti barulah nak timbul.

Haish… apa nak buat dulu ye?Mandi dululah bagi segar badan. Alang- alang, boleh solat sunat Dhuha sekali. Ya Allah… permudahkanlah urusanku.

Bismillahirahmannirrahim… Afifah melangkah keluar dari kamar E008 dan menuju ke bilik air.
______________________________________________________________________________

Aku menutup perlahan buku Longman A-Level Chemistry yang berwarna hijau itu. Aku memicit dahiku perlahan. Berpinau rasanya mataku bergelumang dengan segala formula kimia sejak satu jam setengah tadi. Tajuk Organic Chemistry seolah-olah mencabar kekuatan kantuk tidurku untuk beradu tenaga dengannya.  Ku intai ke katil sebelah, Zulfaqar sedang khusyuk menaip sesuatu. Lab report lagi lah tu…asyik-asyik lab report… kesian aku tengok budak-budak IB ni, diorang ni belajar nak jadi doktor ke nak jadi reporter? Gerutuku di dalam hati. Kulihat pula Adif yang sedang meniarap di atas katilnya. Jarinya sedang aktif menari-nari di atas keyboard komputer riba miliknya.

“ Kau tengah buat lab report ke, Adif? Kan kau dengan Faqar ni stok-stok buat lab report…hehe! Aku tengok budak lain takde pulak nak sibuk-sibuk habiskan kerja. Korang ni spesies skemalah ye?” aku bergurau. Adif mengangkat mukanya yang asyik sedari tadi menghadap skrin laptop, lalu memandang ke arahku. Dia meleretkan senyuman.

 “ Ewah-ewah, bukan main lagi kau kan… stok-stok muka skema buat lab report ni la yang bila kau main DOTA tak pernahnya kau boleh beat tau?” Zulfaqar tiba-tiba bersuara. Pecah berderai tawa Adif sambil mengangkat-angkat keningnya. Tawaku turut pecah bersama gurauan Zulfaqar.

“ Takde la bro, aku tengah betulkan first draft EE aku ni. That day, Madam Julia mintak suruh betulkan sikit. So, aku nak betulkan awal-awal dan aku boleh rileks dah lepas ni.” Adif membalas.

“ EE? Binatang apa tu?”spontan sahaja bahasa Kedahku terkeluar sambil aku mengerutkan dahi. Adif tergelak lagi buat kesekian kalinya.

“ EE tu bukan binatang lah. EE tu Extended Essay. Macam mini tesislah based on subjek yang kau belajar dalam IB ni. Since aku buat subjek Biologi, so aku buat dengan Madam Julia. Alah, kau kan budak MRSM dulu, lebih kurang macam buat projek STEM tu lah,” terang Adif bersungguh-sungguh. Aku pelik. Projek STEM apa pula ni?

“ Setahu aku, masa aku kat MRSM Kubang Pasu dulu aku just buat Projek SEM Type III je. Takde buat projek STEM macam kau cakap tu…” tokokku kemudian.

“ Ha’ah, projek SEM tu lah! Silap! Hehe… maaflah, aku bukan budak MRSM macam kau, so aku tak tahu menahu pun pasal Projek SEM ke, STEM ke. Sebat je yang mana ada,” Adif menepuk dahinya perlahan. Aku tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Buat lawak betullah roommate aku ni.

 “ Kau buat subjek Biologi, bro? Pergh… mantap juga kau ni. Kalau aku, awal-awal lagi aku dah angkat tangan surrender! Fizik boleh tahan lagi. Kalau Biologi, mintak maaflah. Tak sanggup aku,” kataku kepada Adif. Belum sempat Adif membuka mulut, Zulfaqar membalas.

“ Dah tu, takkan kitorang nak tanya lagi kenapa kau ambil course Engineering kat kolej ni. Kenyataan kau itu sungguh retorik. Ternyata sudah terkandung jawapan dalam kata-katamu itu wahai sahabat… Kalau kau minat Bio, mesti kau dah ambik Biotech macam aku ni…” sengih Zulfaqar separuh berfalsafah. Payahlah kalau cucu sasterawan ni dah buka mulut!

Kata-kata Zulfaqar itu ada benarnya. Bergelar sebagai salah seorang penuntut yang bergelumang dengan ilmu kejuruteraan, aku amat meminati subjek fizik. Subjek  itu, boleh kuibaratkan seperti teman wanita keduaku. Teman wanita pertama? Sudah pastinya, pasukan bola sepak kegemaranku Manchester United! Memiliki seorang girlfriend sewaktu tanggal umurku baru mencecah 20 tahun,ku rasakan begitu awal. Bagiku, with a great knowledge and education,itulah yang mahu kujadikan modal untuk aku mendapatkan seorang suri di hatiku suatu hari nanti. Kini adalah masa yang aku tidak mahu sia-siakan untuk menjana modal-modal tersebut. Tetapi tidak kunafikan, dalam kesibukan dan keghairahanku menuntut ilmu, boleh dikatakan aku lebih relaks jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekolejku yang mengikuti kursus kedoktoran mahupun pergigian di bawah program persediaan International Baccalaureate (IB) kerana aku mengikuti program persediaan A-Level Cambridge Programme di kolej ini.


bersambung...