“Hari tu aku tanya nak kahwin dengan kau, kenapa kau tak jawab?” soal Fazrul Naim sebaik sahaja terlihat kelibatku yang masuk ke dalam wadnya. Seperti biasa, aku memeriksa tekanan darah beserta menyediakan ubat yang harus dia ambil dan meletakkan di atas meja sisi katilnya. Aku cuba untuk tidak mempedulikan pertanyaan Fazrul Naim sebentar tadi.
“Eh kau dengar tak apa aku cakap ni?”
“Saya tak ambil serius pun.” Jawabku acuh tak acuh.
“Aku seriuslah!” tegasnya kembali.
“Jangan main-main boleh tak? Saya ada kerja lagi ni. Kalau pihak atasan nampak nanti, kata saya curi tulang pulak bersembang dengan patient lama-lama…” aku membalas keras.
“Isy dia ni…”
“Apasal nak ajak saya kahwin? Tak takut ke saya ni bini orang ke? Tunang orang ke? Girlfriend orang ke? Main langgar je awak ni. Sodok tak pakai helmet. Macam mana tu?” bertubi-tubi aku memuntahkan pertanyaan padanya! Geram!
“ Kalau girlfriend dengan tunang tu, aku tak takut lagi lah Cik Imaan. Sedangkan kapal terbang pun orang boleh hijack, ape lagi setakat tunang? Kot bini orang tu surrender la. Tapi aku yakin kau belum jadi bini orang.”
“Mana tahu? Memandai je!”
“Sebab aku tak nampak kau pakai cincin pun kat jari kau? Ha nak tipu aku ke?” duganya. Selepas itu dia tergelak-gelak sendiri.
Tak padan dengan kepala berbalut, ada hati nak ajak aku kahwin! Dah la kasar, manners tak ada, kuat mengusik. Menyampah aku! Gila lurus bendul dia ni fikir. Asal tangan bercincin je mesti dah jadi tunang, bini orang. Mentang-mentanglah jari aku kosong je. Hisyy…
“Taknak.” aku mengemas perkakasku dan segera keluar berlalu. Tak lama kemudian, aku sendiri tersenyum sendirian. Kelakar betul, soal cincin pun jadi isu ke? Hahah!
Imaan, kau memang sesuatu. Magnet apa yang kau pakai ni? Aku rasa pelik evrytime depan kau. Dan wajah kau sangat mengingatkan aku pada seseorang bila aku tenung lama-lama. Macam pernah kenal sebelum ni. Tapi entahlah kat mana, agaknya sebelum ni kau pernah datang dalam mimpi aku agaknya, offer diri jadi bini aku kot? Hehehe… tengoklah, aku akan confirmkan nama kau yang akan aku sebut time aku lafaz akad nikah nanti!
* * *
Hampir 3 bulan telah berlalu, aku tidak bersua lagi dengan Fazrul Naim. Genap sebulan dia berumah tangga di hospital, doktor memberikan kebenaran untuk dia pulang. Aku tidak merasa kehilangan, cuma sedikit terkilan kerana sewaktu dia meninggalkan hospital ketika itu aku sedang bercuti, jadi aku tidak sempat mengucapkan selamat jalan kepadanya. Bukan rasa jatuh hati, walaupun ku rasa dia agak menjengkelkan hatiku, namun dia antara pesakit dibawah jagaanku untuk tempoh masa yang agak lama. Ingatkan sempat lah kot nak melambai-lambai, gaya lambaian terakhir seorang primadona ke kan… Ah sudah Imaan Tihani, stop being that ridiculous!
Susuk tubuh sebagai seorang pegawai TUDM,Fazrul Naim cukup mengingatkan aku kepada Abang Taufiq. Ya, Kapten Izzuddin Taufiq. Arwah abang kandungku. Satu-satunya abang yang aku ada, juga anak lelaki tunggal dalam keluargaku. Dia seorang bekas juruterbang TUDM. Melalui rekod perubatan yang kulihat sewaktu mula-mula menerima fail pesakit yang bernama Fazrul Naim, dia seusia abang Taufiq seandainya arwah abangku itu masih hidup.
Abang… dia gugur sebagai perajurit Negara. Kejadian yang menimpa Fazrul Naim, sungguh membuatkan rinduku pada Abang Taufiq kian mencengkam. Arwah abang terkorban kerana kecelakaan sewaktu membuat pertunjukan udara semasa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA). Dia menerbangkan Pilatus PC-7 juga dan pesawatnya terhempas berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kira-kira 3 tahun lepas.
Aku akui, berat bagiku untuk menerima hakikat pemergiannya. Kami amat rapat. Abang, dia gemar sekali mengusikku. Aku teringat beberapa bulan sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selamanya…
“Hani, nanti bila sampai masanya, abang kenalkan Hani dengan kawan baik abang. Nak tak? Confirm dia berkenan punya dengan Hani nak buat bini dia! Hehehe…” gurau abang Taufiq. Ketika itu aku baru sahaja menamatkan diploma kejururawatanku disebuah universiti di ibu kota.
“ Kawan abang tu handsome tak? Kalau muka macam Fizz Fairuz ke, Shaheizy Sam ke.. Hani nak lah. Kalau hitam, main panas macam abang ni Hani taknak, tak handsome! Wekkk” aku menjelir lidah kepada abang Taufiq. Abang tergelak kecil melihatkan aku.
“Mestilah handsome, macho, smart bergaya macam abang. Hehehe! Kawan abang tu baik orangnya Hani. Kalau boleh, biarlah kalau katakanlah abang mati nanti tak sempat nak jaga Hani dan adik-adik, abang percaya nak amanahkan Hani, adik-adik dan mak ayah pada kawan baik abang tu. Tapi syarat dia kena jadi adik ipar abang dulu lah! Amacam? Cun kan cadangan abang?” ujar abang Taufiq.
“Hisyy.. abang ni cakap pasal mati-mati pulak. Hani tak suka lah dengar. Abang kena hidup sebab kena jaga Hani dengan family kita. Deal?” aku memintas kata-kata abang.
“ Bulan 9 ni abang ada LIMA kat Langkawi. Abang dengan kawan baik abang nanti akan buat pertunjukkan udara masa pameran tu berlangsung. Nanti Hani datanglah Langkawi, boleh abang kenalkan kawan abang pada Hani, okay?” abang menggosok-gosok kepalaku. Habis serabai dah rambut aku. Aku mengangguk tanda teruja.
Ya… pertunjukan udara itulah yang telah meragut nyawa abangku. Ajal abang telebih dahulu datang menjemput. Dan ketika aku ke sana untuk bertemu abang Taufiq dan rakannya itu, berita kematiannya terlebih dahulu sampai kepadaku sebelum kukhabarkan kepada keluargaku untuk menguruskan jenazah abang di bawa pulang ke kampung.
Rakan baik abang? Dia terselamat dari nahas tersebut. Namun aku tidak mengenali siapa dia. Kata Mak, sewaktu jenazah abang dibawa pulang ke kampung, rakannya itu dikejarkan ke Hospital kerana cedera dan tidak sedarkan diri. Dia tidak sempat menghadiri pengebumian abang untuk memberikan penghormatannya yang terakhir sebagai seorang sahabat... namun Mak pernah memberitahuku, adakala rakan abang itu ke rumah, menziarahi Mak dan Ayah serta pusara abang.
Jauh mengelamun, aku tidak sedar hingga aku disergah SN Farah yang mahu mengajak aku keluar makan tengahari. Abang, Hani rindu abang. Ada masa,nanti Hani balik ‘jenguk’ abang… desis hatiku.
* * *
“Apasal menung je tadi aku tengok kau, Hani? Berangan teringat boyfriend ke? Mustahil. Kau mana ada boyfriend. Hehehe…” Kata Farah sewaktu aku mahu menyenduk nasi dan melihat-lihat lauk pauk yang disediakan di kafeteria hospital. Aku tersenyum ke arahnya sambil menatang pinggan berisi nasi.
“Aku teringat arwah abang aku la, Farah. Entahlah, ingat tak lagi dulu kita ada patient yang pilot airforce pesawat jatuh terhempas tu? Aku terus teringat kat abang aku. Arwah abang aku dulu meninggal sebab lebih kurang macamtu la. Masa dalam perkhidmatan.” aku bercerita semasa kami duduk dan memesan minuman.
“Ooo…patutlah. Ingat je dia tu. Kak Za cakap dia ramah, kuat mengusik nurse kat sini. Eh tapi bukan ke dah lama la patient tu discharge? Apasal pulak boleh teringat tiba-tiba ni?” soal SN Farah.
“Random.” Aku menjawab pendek.
“ Tapi kau nak tahu cerita tak?”
“Cerita apa?”
“Masa hari dia discharge tu, dia ada cari kau juga. Kira masa dia nak balik tu, dia jumpa lah semua nurse, staff nurse, MA dengan doktor yang jaga and rawat dia selama dia kat sini. Kira nak berterima kasih lah macam tu…”
“Ohhh.” Aku terdiam sebentar.
.
.
.
.
.
BERSAMBUNG...