CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 23, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira (part 1)

“Abang kena duty weekend ni. Sorry sayang. Kita postpone dulu trip pergi pantai tu boleh?”

Aku segera melonggarkan rangkulan Ammar. Bersedia mengarahkan impuls seterusnya untuk menggerakkan otot-otot dimukaku membentuk satu jalinan halus didahi, mempamerkan reaksi protes terhadap kata-kata si dia sebentar tadi. Dia buat hal lagi… satu keluhan terpacul keluar dari bibirku.

“Leen boleh faham kan?” nada suara Ammar mencerun, ada riak bersalah tatkala melihat tampangku langsung tidak berubah sedari tadi.

“ Ya… Leen faham. Biasalah ni...”

Bernikah dengan seorang pegawai tentera, memang menjadi mimpi indah sejak aku pertama kali melihat seorang pengantin yang cukup cantik mengenakan gaun rona putih disamping leftenan hatinya, berpapasan beriringan sambil dilembayungi susunan pedang yang membentuk gerbang untuk mereka. Kira-kira hampir 16 tahun dulu. Waktu aku cuma berusia 10 tahun. Gila. Sejak dari hari itu, aku melakar angan-angan mahu menjadikan diriku pemegang status isteri seorang perajurit suatu hari nanti.  Menyarung gaun putih sambil erat memaut lengan cinta hatiku. Smart apa! Ya, mimpi indah yang berjaya buat aku terbayang-bayang tatkala aku menempuh zaman remaja dan alam percintaanku sehinggalah aku berjumpa dengan Ammar Rafiqin.

Ku anggap wanita sepertiku sudah cukup tabah, bahkan mungkin ada yang beranggapan tindakanku seolah-olah agak ‘kamikaze’ apabila berkeputusan untuk menerima lamaran Ammar Rafiqin.

“Kau biar betul Leen? Tabah gak laa kau ni, boleh tahan kena tinggal. Kalau dia keluar rumah ada misi apa-apa ke, berlayar ke, tak ada kat rumah selalu? Pergh ,tahan sental la weh! Kalau aku mau menangis tak berlagu dah!”

“Leen, lepas ni bukan laki kau je aku nak salute, ngan kau sekali aku tabik spring baik punya!”

“ Fuyohhhh, abang tentera tuu! Lepas ni kalau gaduh jangan main tembak-tembak guna M-16 pulak!”

Kata mereka, aku jenis wanita ‘berani mati’. Cuba beritahu aku, wanita mana dalam dunia ini rela diperlakukan sedemikian rupa? Maksud aku, tidak banyak masa dapat diluangkan bersama gara-gara kekangan kerja. Al maklumlah, tugas seorang tentera sudah cukup dibayangi dengan pelbagai tugasan untuk keselamatan negara, hingga keluarga dan isteri diletakkan dalam senarai prioriti entah tangga ke berapa. Berpuluh? Beratus agaknya.

Ditinggalkan demi tugas yang menanti. Ya, ini juga sudah aku maklumi. Contoh terdekatku, Mak. Mak juga bersuamikan seorang tentera. Suasana keluargaku yang menjadi seorang tentera dan berkahwin dengan tentera, seolah-olah menjadi tradisi dalam keluarga. Aku hanya menjadi penyambung legasi. Ah, perasan. Mungkin itu juga faktor pemangkin mengapa aku mahu memilih seorang tentera sebagai calon teman hidupku. Ayah juga menjadi penyokong tegar.

Kisah aku dan Ammar?

Ya, barangkali tidak seperti pasangan normal lain yang bercinta. Penuh dengan SMS, call, date dan sebagainya. Bukan nak kata hubungan kami ni abnormal, namun dengan keadaan superbusy, aku dan dia kadangkala tidak punya ruang untuk bermanja-manja bagai nak gila.

Kadang-kadang dah plan weekend untuk luangkan masa bersama baik punya, kena cancel. Gara-gara tugasnya kembali menguasai carta prioriti. Aku tersembam kalah.

Kata temanku, hubungan aku dan Ammar kelihatan hambar. Tidak punya banyak variasi dalam merancakkan perhubungan. Namun, aku selesa begini. Statement yang litar pintas dari Cik Adleen Nadzurah. Kekuatan aku untuk terikat dengan Ammar mudah sahaja. Kupercaya dia mampu melindungi dan membimbing aku. Saat bersamanya buat aku rasa selamat. Tidak pernah sesekali dia menyentuh aku, baik secara sengaja mahupun tidak, dia cukup menghormati sifat keperawanan yang aku miliki. Ammar juga bukan jenis lelaki yang banyak songeh, karakter ‘give and take’nya sangat supermantap! Dia bijak mengambil hatiku, dan berusaha untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perhubungan kami meski terpaksa berperang dengan hakikat tugas yang dengki akan perhatian yang diberikannya kepadaku.

Itulah kunci yang buat aku masih bertahan dengan Ammar Rafiqin. Meskipun sudang berulang-ulang kali diberi amaran olehnya,

“ Adleen sayang, jadi girlfriend tentera ni tak mudah tau. Banyak benda gila boleh jadi last minute, mental selalu teruji. Awak kena kuat sokong saya!”

Aku mengangguk tanda faham untuk kesekian kalinya. Entah, dah macam kena suntikan pelalian dah. Tahap imunisasi aku dengan gaya kerja Ammar dah kira hampir kebal dah.

“Sebab tu saya sayang awak. Tak ramai perempuan kat luar sana yang boleh faham, tugas seorang tentera macam mana. Walaupun diorang tahu dan faham, tapi belum tentu diorang boleh pilih dan sanggup untuk go through semua ni. Macam awak.” Itu jawapan keramat dari mulut Ammar. Cukup untuk dapat perfect score kenapa aku juga sayang dia. Pengorbanan. Suatu yang aku pelajari sepanjang menguliti detik-detik mengenali lelaki bernama Ammar Rafiqin. Bukan suatu yang mudah.

“Kenapa pilih saya?” soalku kembali.

“Saya mencari teman hidup. Bukan sekadar teman wanita yang sekadar boleh kongsi gelak ketawa saya. But in every ups and downs. Grow old with me. Enlighten my life not only as a girlfriend, but as a loyal wife and a beautiful incredibly strong mother to my children. That’s perfectly match to describe you in a glance.”

Aku dah tak larat reshape hati aku everytime Ammar keluarkan ayat yang boleh buat hati aku cair meleleh-leleh. Ammar bukan jenis lelaki yang sentiasa mengekspresi rasa melalui kata-kata, namun bila sekali keluarkan ayat macam ni, cukup buat aku terharu dan sebak. Ah, cengeng betul. He’s a man with action, not charming me by words. Biasalah tu, expectation dari seorang pegawai tentera. Gagah, macho dan kemas. Memang selera aku. Tampan? Sedap pada mata aku memandang sudahlah. Janji anak-anak aku tak ada yang hodoh gara-gara gen tak hensem terlepas kat anak-anak. Haa…. Apakah??? Merepek sudah.

Ah, nasiblah tapi. Siapa suruh awak buat saya crush kat awak? Heheh…

Takkan pernah aku lupakan saat itu, Ammar baru sahaja setahun ditauliahkan sebagai Leftenan. Sedang aku, masih di tahun terakhir pengajianku. Dinner kali ke-30 setelah menjalin perhubungan hampir 4tahun. Kali ke-30? Kalau kira blood count versi dating Adleen dan Ammar, ni memang dah tahap kritikal hampir nazak. Tapi nak buat macam mana, dah jarang jumpa punya pasal.

“Dr. Adleen Nadzurah, saya nak lamar awak jadi isteri saya. Lalu bawah pedang dengan Lt. Ammar Rafiqin jom?” Ammar merenung wajahku tanpa riak canda. Tersungging senyuman dibibirnya.

Terasa nak melompat dan meloncat. Sudu dan garfu ditanganku terhenti pergerakkannya bergeser dengan pinggan nasi goreng yang tersedia didepan mata. Aku mengangkat wajahku menala Ammar Rafiqin. Pipiku berona macam serbuk blusher tumpah satu bekas. Saat itu, terasa mimpi indah zaman hingusan kembali menerjah. Dah besar rupanya aku…dah sampai turn aku pulak nak lalu bawah pedang, dan ini bukan main-main! Mataku tak semena-mena membentuk butiran jernih hangat, menakung di tabir mata. Terharu. Sungguh tak percaya!

Hari yang diimpikan tiba. Ammar segak menyarung sut putih tanpa celanya, sedang aku disampingnya memilih gaun pengantin dari warna yang sama supaya nampak sepadan. Kulingkarkan jemariku memaut lengan kepunyaan Ammar Rafiqin, lelaki yang telah selamat menjadi suamiku yang halal dengan sekali lafaz sewaktu akad nikah tidak lama dahulu. Bising pancaragam bergema di luar dewan majlis resepsi. Gemuruh lagi dahsyat fluctuate daripada time nak akad hari tu. Bukan setakat rama-rama dalam perut dah ni, rasa macam iras-iras anak gajah menari dalam perut pun ada.

“Chill sayang, it’s show time.”  Ammar menggenggam tanganku.

Dengan lafaz bismillahirrahmannirahim, kaki kananku dan Ammar sama-sama menghayun di atas permaidani merah, pedang-pedang menjulang ke atas memayungi langkahku dan Ammar. Bahagia begini. Sempurna sudah impian zaman hingusan.

Tidak akan pernah aku lupa juga saat itu.

Itu cerita setahun dahulu. Aku dan Ammar masih bahagia sehingga kini. Sayangnya masih menghangatkan jiwaku. Tidak pernah dia gagal dalam memberikan kecintaannya kepadaku. Cuma satu yang tiada beza dari awal perkenalan sehinggalah sudah melangkah ke gerbang perkahwinan, jadual kerjanya masih sahaja sama. Last minute dan gila. Seperti sekarang. Ditambah pula dengan jadual on call ku yang juga tak kurang gilanya, tsunami jugalah yang membadai dijiwa.

“Kenapa ni sayang, moody sangat ni… abang minta maaf okay? Duty mengejut ni. Bukan tinggalkan sayang nak pergi berperang pun…hehe” Ammar memujuk sambil memeluk bahuku. Aku memang sudah sedia tarik muka tujuh belas sambil menyilangkan siku menghadap jendela. Tangan Ammar tak semena-mena bergerak ke perutku. Dielusnya perlahan. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya mendarat dibahuku. Aku bersandar di dadanya.

Tidak aku nafikan, memang aku moody dan stress belakangan ini. Bukan sebab pressure kerja je, morning sickness completing the package. Baru tujuh minggu, dah ada gaya sentimental tak pasal-pasal. Pembawakan budak agaknya. Ammar nak pergi kerja pagi-pagi pun time aku salam tangan and dia cium dahi aku dah menangis, habis hilang muka legend. Padahal bukan tak biasa kena tinggal. Ni kes nak batalkan trip pergi pantai pun aku dah nak emo. Leen… Leen…

“ Leen ok je ni. Macam tak biasa pulak. It’s okay. Hormon tak betul kot. “ sengihku kemudian sambil berpusing menghadapnya. Aku menarik tangan Ammar menuju ke dapur.

“Nak pergi mana?” soal Ammar.

“Makan aiskrim. Hazelnut chocolate sauce. Denda kena habiskan satu tube aiskrim dengan Leen, since tak jadi trip pergi pantai!” tingkahku. Ammar menepuk dahi. Hah, padan muka!

Dalam hatiku seringkali menyebut dan mengingatkan, tugas suami yang harus menjadi keutamaan. Jalan ini 
yang telah kupilih, inilah harga pengorbanan yang harus dibayar untuk mencintai seorang pegawai tentera, tugasnya bukan mudah. Banyak pahit yang harus ditelan, bukan sekadar hanya indah istiadat dipayungi pedang menjadi perencah rasa hati sebagai tanda cinta buat Lt. Ammar Rafiqin, namun motto kerjanya juga sebati menjadi sebahagian dari hidupku. Juga hidup para isteri tentera diluar sana. Atapun mana-mana wanita yang bergelar isteri.



SEDIA BERKORBAN.

Monday, July 4, 2011

akhir sebuah mujahadah (P2)

Rayyan Izdihar. Benar kata Mama. Lelaki itu juga menjadi salah satu sebab yang mendorongku untuk berubah. Namun aku bukan berubah kerana dia! Izdihar hanya pemangkinnya sahaja, lewat peringatan serta tazkirah yang diberikannya tanpa henti-henti terhadapku.


Namun antara aku dan Izdihar juga ada yang menghijabkan kami, tidak kira bagaimana sekalipun sokongan dan dorongannya terhadapku, aku tidak lagi boleh membiarkan keadaan itu terus terjadi. Dia bukan muhrimku dan apabila perasaan yang aneh mula menjalar dalam diriku terhadapnya, aku cepat-cepat beristighfar dan berpatah balik ke jalan yang sepatutnya. Aku sedar yang aku mulai menaruh perasaan terhadapnya, dan begitu juga dia. Namun cinta dunia yang sungguh indah itu merupakan suatu bentuk ujian juga buatku dan darinya. Melawan perasaan dan menghindari hubungan yang haram disisi Yang Maha Pemberi Cinta… Mujahadah yang bukannya senang untuk kulalui, sementelah pula mujahadahku untuk mentarbiahkan Mama masih lagi memerlukan kekuatan yang jitu .


Malam itu, ketika segala-galanya terbongkar dan diketahui Mama…itu merupakan malam terakhir aku berhubungan dengan Rayyan Izdihar. Akibat terlalu letih ,aku tertidur didepan skrin komputer dan segala kebenaran telah terhampar dihadapan Mama. Aku tidak pasti sama ada aku harus memberitahu Izdihar tentang perkara itu atau tidak. Setelah mendapat nasihat dari Najihah, aku cuba menghubungi Izdihar untuk mencari jalan penyelesaiannya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Halily, izinkan saya untuk bertemu kedua-dua ibu bapa awak. Kalau awak tidak keberatan.  Sebab saya rasa masalah ini ada kaitannya dengan saya, biarlah saya yang bertanggungjawab juga. Saya akan cuba untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya pada Mama awak. Mungkin saya boleh ambil pendekatan ini untuk memperbetulkan fahaman dia yang selama ini dianggapnya salah…” Rayyan Izdihar bersuara.

Aku jadi gugup. Namun aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Beberapa hari selepas itu, aku memberitahu Mama bahawa aku ingin menemukan Mama serta Papa dengan Rayyan Izdihar. Mama pada mulanya berkeras namun setelah dipujuk Papa, Mama mengalah. Aku bagaimanapun masih belum mampu untuk tersenyum . Hatiku masih belum lega kerana aku benar-benar khuatir akan penerimaan Mama dan Papa terhadap Izdihar.

Akhirnya hari yang dijanjikan itu tiba. Rayyan Izdihar datang ke rumahku. Sewaktu kedatangannya, aku menjadi tidak tentu arah. Aku tidak tahu sama ada patut atau tidak aku menunjukkan muka dihadapan Izdihar ataupun tidak. Aku jadi malu. Meski dia rakan sekolejku, namun antara aku dan dia tidak pernah bertentang mata, ataupun bercakap secara langsung dengannya. Medium penghubung antara aku dan dia cumalah melalui alam maya semata-mata.

“ Assalamualaikum Pakcik, Makcik…” Izdihar melangkah masuk ke dalam rumah lalu menghulurkan tangan kanannya  kepada Papa. Mereka bersalaman. Papa hanya tersenyum. Dapat ku lihat riak wajah Mama yang sangat dingin. Papa mempersilakan Izdihar duduk. Papa duduk bersebelahan dengan Mama, dan Izdihar betul-betul duduk bertentangan dengan Mama.

“ Izdihar, makcik nak tanya elok-elok dengan kamu ni… apa yang kamu dah buat dengan Halily? Apa yang kamu dah rasuk pemikiran dia?” aku tidak sangka Mama begitu berterus-terang tanpa berbasa-basi.

“ Aisyah, kita ni nak berbincang elok-elok. Lagipun Izdihar tu tetamu kita. Sabar…” Papa memegang tangan Mama.

“ Baiklah, saya cuba taknak mengeruhkan keadaan lagi. Sebenarnya begini, saya  cuma mengingatkan dia tentang kewajipan dia sebagai seorang muslimah. The main thing yang selalu saya katakan padanya, jangan berasa selesa dengan Islam yang sedang dia amalkan selama hari ini, kerana tidak semuanya betul. Saya ambil pendekatan menegur Halily dari segi rasional dan logik, supaya Halily boleh berfikir dengan sendirinya. Kesedaran dan tindakan Halily, itu bergantung kepada pemahaman dan kekuatan dirinya untuk berubah. Saya faham bagaimana situasi keluarganya, jadi saya cuma memberi panduan kepada Halily untuk dia mengatasi masalah yang sedang dia hadapi,” petah benar Izdihar berhujah. Aku yang sedari tadi mengintai dari celahan daun pintu kamarku, berasa benar-benar kagum mendengarnya!

“ Kenapa Halily yang kamu jadikan sasaran nak berdakwah? Sedangkan ramai lagi student lain yang serupa. Kenapa kamu tak approach sahaja mereka yang lain?” duga Mama.

“ Pakcik dan Makcik seharusnya berasa bersyukur, kerana mempunyai anak seperti Halily. Dia seorang gadis yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dia ada sekarang, malah berusaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan dirinya. Sebagai ibu bapa Halily, memang Pakcik dan Makcik dah berjaya mendidik Halily. Namun janganlah disebabkan sedikit perubahan itu, Pakcik dan Makcik mempersoalkan tindakannya. Halily pun sudah matang, dia bijak membezakan antara  perkara yang sepatutnya dia lakukan ataupun tidak. Nabi sendiri pernah berpesan, seorang Muslim itu haruslah menjadi seorang yang lebih baik dari dirinya yang sebelumnya.

Mengenai approach saya pada student yang lain, saya sebenarnya secara umum sering berdiskusi tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan dakwah, mostly dengan student di kolej saya dan Halily juga salah seorang daripadanya. Jadi soal approach atau tidak dengan student lain itu bukan isunya, kerana bukan hanya Halily seorang sahaja yang menjadi mad’u saya. Lagipun saya percaya kepada niat saya untuk berkongsi ilmu dan selagi saya yakin apa yang saya buat tu tidak salah, insyaAllah segalanya tidak menjadi masalah…” lontaran kata-kata Izdihar begitu baik sekali.

“ Tapi apa yang Pakcik tahu dari Makcik, kamu ada menyimpan perasaan pada Halily?’ tanya Papa pula. Aku yang mendengar hanya mampu menepuk dahi. Alamak… kenapalah Papa dan Mama ni direct sangat?

“ Yang sebenarnya, jujur saya katakan bahawa saya memang tertarik padanya. Namun itu fitrah manusia. Meskipun begitu, saya sendiri faham dan tahu antara saya dan Halily ada hijabnya. Jadi, saya sebelum ini memang dah berniat untuk menjauhkan diri saya daripada Halily. Malah saya sedang usahakannya sekarang. Saya tak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan sebelum sampai pada masanya. Niat saya datang ke rumah Pakcik hari ni pun, untuk memperjelas kedudukan yang sebenarnya. Bukan semata-mata kerana Halily. Saya harap jelas segala penjelasan yang saya berikan pada Pakcik dan Makcik. Maaf seandainya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan Pakcik dan Makcik. Sesungguhnya saya cuba sedaya upaya saya untuk menjelaskan agar Pakcik dan Makcik berpuas hati…” jawab Izdihar dengan sopan. Aduh, tertib sekali cara Rayyan Izdihar. Tidak mustahil satu hari nanti dia mampu memenangi hati mad’unya dengan nasihat dan tutur katanya yang penuh hikmah.

“ Izdihar, maafkan Makcik. Sebelum ini memang Makcik ada tanggapan buruk pada kamu. Dari cara Makcik tengok kamu, Makcik percaya kamu orang yang baik. Teruskanlah berkawan dengan Halily. Makcik tak larang. Bimbinglah Halily. Asalkan masing-masing tahu dan pandai menjaga diri…” Mama tiba-tiba bersuara. Aku tersentak. Seolah-olah terasa seperti dipanah petir! Mamakah yang berkata sedemikian? Kutoleh ke arah wajah Papa. Tidak ada riak-riak membangkang dari air muka yang dipamerkannya.

“ Terima kasih atas kepercayaan itu Makcik,Pakcik. Tapi saya rasa Halily dah cukup kuat untuk membawa tarbiyah dalam dirinya. Saya akan serahkan segalanya pada dia secara total untuk membina jalan dakwahnya. Sekadar menyokong, saya doakan sajalah yang terbaik untuknya. Lagipun, saya dah cakap tadi. Saya takut timbul perasaan yang tak sepatutnya bukan kena pada tempat dan masanya. Sampai pada masa yang sesuai, insya Allah saya akan datang ke sini kembali bersama dengan orang tua saya. Tapi buat masa ini,  biarlah keadaan macam ni dulu. Bukannya apa, saya takut disebabkan itu, terhalang jalan dakwah saya. Hati ni perlu dijaga Makcik…” Izdihar memegang dadanya dan tersenyum ke arah Mama.

Selepas itu kulihat mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Izdihar bijak menarik dan menjentik titik keserasian dalam hati Mama dan Papa. Aku bersyukur. Sangkaanku pada mulanya ternyata meleset. Malah, ia terjadi luar jangkaan ku, malah lebih baik dari apa yang aku jangkakan. Aku keluar menghidangkan minuman kepada mereka. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk menundukkan pandanganku terhadap Izdihar. Segan pula rasanya. Tidak lama selepas itu, azan Isyak berkumandang. Rayyan Izdihar meminta izin untuk solat dirumah itu lalu dia bangun dan menuju ke arah bilik air untuk berwudhuk.

Malam itu, setelah sekian lama rumah itu tidak berseri dengan solat jemaah, solat kami sekeluarga pada malam itu diimamkan oleh Rayyan Izdihar. Terasa syahdu sekali alunan suaranya mengalunkan tarannum. Aku hampir tidak khusyuk dibuatnya. Perasaan yang sama melewati hatiku setiap kali dia menjadi imam mengetuai solat di kolej. Bacaan doanya juga begitu mengasyikkan aku. Namun aku tidak terlepas berdoa untuk mendoakan, supaya Allah membuka pintu hati Mama dan sekaligus menentukan jalan yang terbaik buat aku dan Izdihar. Setelah selesai solat Isyak, kami menikmati makan malam bersama dan selepas itu, Rayyan Izdihar meminta diri untuk pulang.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pagi itu aku agak tergesa-gesa berkemas. Aku mahu pulang awal ke kolej, apabila memikirkan ada tugasan yang perlu segera kusiapkan. Setelah siap berkemas, kakiku menari-nari turun memijak anak tangga dan menghampiri dapur, hajatku mahu menolong  Mama menyiapkan sarapan.

“Lily, tolong Mama hidangkan sarapan ni kejap. Mama nak naik atas bersiap. Lepas sarapan, Mama dengan Papa akan hantar Lily terus pulang ke kolej…” arah Mama. Aku menuruti perintahnya.

Aku mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar dan meletakkanya di atas meja makan. Ku terlihat kelibat Papa yang sudah sedia menunggu di hadapan meja, menantikan sajian sarapan. Aku bergegas semula ke dapur untuk membancuh kopi dan mengambil pinggan untuk dibawa ke meja makan. Namun kali kedua aku menghampiri meja makan, Mama sudah sedia duduk disebelah Papa. Seolah-olah hampir terlepas  dulang yang berisi pinggan dan teko kopi yang kutatang, apabila terlihatkan Mama. Perlahan aku menghampiri meja makan tersebut, meletakkan dulang tanpa sedikitpun mataku berkelip memandang ke arah wajah Mama…


“Alhamdulillah Mama…” aku mengalirkan air mata kegembiraan lantas memeluk Mama. Mama membalas pelukanku.


Terima kasih Ya Allah! Kau mendengarkan permintaanku! Mama telah bertudung labuh kini Ya Allah… hidayah Allah telah sampai kepada Mama. Allah sudah mencampakkan perasaan keinginan dan pemahaman itu kedalam hati Mama.

“ Lily… Mama mungkin tak sempurna lagi menutup aurat. Kalau ada apa-apa yang perlu nak tegur Mama, nanti beritahu Mama ya?” Mama mengesat air matanya. Aku mengangguk laju. Aku benar-benar gembira!

“ Anak beranak ni buat drama lah pulak depan meja makan ni… sudah-sudah, kejap lagi sebelum Papa hantar Lily balik kolej, kita singgah mana-mana butik yang jual tudung dan busana muslimah. My treat today…okay? “ seloroh Papa. Berderai ketawaku dan Mama.


Terima kasih Ya Allah. Terima kasih juga buat Rayyan Izdihar. Tidak sabar rasanya aku mahu mengkhabarkan berita ini kepadanya. Sesungguhnya benar kata awak pada saya, Izdihar… permulaan cabaran memang susah dan tidak kiralah apa pun caranya…pengakhiran itulah yang lebih bermakna. Mujahadahku untuk mentarbiyahkan Mama ternyata tidak sia-sia. Meskipun aku faham bahawa Mama masih perlu masa untuk berubah, namun sekurang-kurangnya kesedarannya ke arah itu sudah ada. Azamku, aku mahu terus mentarbiyahkan lebih ramai orang yang kusayangi selepas ini, setelah ku merasai sendiri nikmat kemanisan yang Dia berikan apabila mampu tersenyum puas melihatkan perubahan dari tarbiyah yang telah diusahakan dengan penuh sukar…. Buat Rayyan Izdihar pula, biarlah Allah sahaja yang menentukan. Yang ku pasti kini, hatiku sedang tersenyum girang.

akhir sebuah mujahadah (P1)

“ Mama, err Lily rasa.. Lily nak pakai tudung labuhlah…” tuturku teragak-agak untuk menyatakan keputusanku itu pada Mama. Mama yang ketika itu sedang menghirup kopi buatannya tiba-tiba tersedak. Papa yang sedang membelek-belek surat khabar, terhenti pembacaannya. Lalu pandangannya dialihkan kepadaku.

                “ Apa Lily cakap ni?” Mama merenungku tajam. Dia menurunkan sedikit cermin matanya dan mencerun tepat ke arah iris mataku. Aku membalas renungan Mama dengan yakin sekali. Kuyakin tidak ada apa yang harusku takutkan kerana aku membuat keputusan yang betul.

                “ Mama, I think I’m doing the right thing. Pakai tudung labuh apa salahnya? Lagipun, labuhkan sikit je. Sempurnakan lagi aurat yang memang dah sedia ditutup pun. I hate you staring at me like that… macam Lily buat salah besar gila…” aku membalas.

                “ Lily, jangan nak berlagak alim dengan Mama. Pagi-pagi Ahad ni tak payah nak buat lawak dengan Mama dan Papa. Buat apa nak ikut fashion kolot macam tu? Pakai tudung labuh tu rimas tau tak? Selekeh and tak kemaslah Mama tengok orang pakai. Tak berkenan langsung Mama tengok. Sebab tu Mama tak pernah pakai pun tudung labuh-labuh macam tu… Apa, selama ni Mama ni jahil sangat ke? Bukannya Mama tak pakai tudung... ” tokok Mama kemudian. Nadanya sedikit marah dan tidak puas hati dengan kenyataanku sebentar tadi. Aku mendengus geram.

                “ Mama, tudung yang kita pakai sekarang ni tak cukup sempurna lagi tutup auratnya, Ma. Buat apa pakai tudung tapi sanggul terbonjol-bonjol. Buat apa pakai tudung kalau baju kita still jarang? Pakai tudung tapi tak labuhkan bahagian dada, konon nak tayang rantai yang panjang berjela-jela tu? Lily punya shawl yang berlambak-lambak kat dalam wardrobe tu pun Lily taknak pakai dah. Sebab apa? Jarang tau Mama…” jelasku pada Mama. Aku mengendurkan sedikit nada percakapanku. Takut- takut aku terlangkau sempadan sehingga aku dikira meninggikan suara terhadap kedua-dua ibu bapaku. Aku masih pandai menjaga adabku. Namun aku agak tercabar juga sebenarnya apabila Mama berkata sedemikian.

                “ Lily, jangan nak menjawab dengan Mama! Ni apa kes tiba-tiba dah pandai nak persoalkan apa Mama buat? Mama salah itu, Mama salah ini? Mama dah tak nak dengar lagi Lily sebut pasal benda-benda ni lagi dah…” tegas Mama.

 Aku merenung muka Papa yang sedari tadi hanya diam memandang pertelingkahan antara aku dan Mama. Aku mengundurkan kerusi dan berjalan meninggalkan meja makan itu. Perit sekali rasanya apabila reaksiku mahu berubah ke arah yang lebih baik diperlakukan sedemikian rupa. Yang paling ku kesali, Mama… tidak langsung memberi peluang kepadaku untuk berhujah lebih panjang tentang sebab dan mengapa aku harus berbuat begitu.

                “ Ni semua salah abang. Beriya-iya sangat nak hantar Lily belajar kat kolej tu. Saya dulu dah cakap dah, budak Lily tu akan terpengaruh jugak dengan kawan-kawan dia kat sana tu.  Saya suruh awak hantar dia belajar ke Australia, awak nak dia study kat sini dulu. Tengok apa yang dah jadi sekarang? Diorang ajar anak kita jadi ekstrimis! “ bentak Mama pada Papa.

                “ Hey, Aisyah! Syaitan apa yang dah merasuk awak pagi-pagi ni? Yang awak nak bising tak tentu arah ni kenapa? Biarlah budak tu nak bertudung labuh pun. Apa salahnya? Ekstrim sangat ke budak tu sampai dia nak bertudung labuh pun awak nak pertikaikan? “ marah Papa pada Mama. Tak kusangka, cadangan yang kukatakan pada mereka tadi telah mengocak ketenangan pagi Ahad itu. Pagi yang sepatutnya menjadi pagi yang ceria, apabila kami dapat berkumpul bersama-sama tiba-tiba bertukar mendung, gara-gara aku.

                “ No way Abang, I think something is not right with our girl. Dia tak macam tu dulu. Cakap saya ni tak pernah dilawannya Abang tau tak? Saya nak siasat tengok dengan siapa dia berkawan and siapa dah hasut dia untuk buat benda-benda ekstrim macam ni. Saya tak suka lah Lily terpengaruh dengan benda- benda macam tu. Rosak budak tu nanti… “ ujar Mama. Tegang sekali bunyinya.

                “ Suka hati awak lah Aisyah. Tak kuasa saya nak melayan perangai awak yang pelik ni. Anak nak berubah jadi baik, bukannya nak sokong. Fikir benda bukan-bukan pula. Saya tak faham betul  dengan perangai awak…” bingkas Papa dan meninggalkan meja makan. Meninggalkan Mama tercengang-cengang.

                Aku yang bersandar disebalik dinding, hanya mampu menangis mendengarkan tuduhan Mama yang sebegitu. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “ Kadangkala Allah nak uji kita ni, dengan sesuatu yang kita sayang. Untuk uji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya.  Sesuatu yang kita sayang itu, contohnya macam orang yang kita sayang… kita akan ajak dia sama-sama cari redha Allah bersama-sama dengan kita. Kadangkala kita mampu nak tarbiyah orang lain, tetapi orang yang terdekat dengan kita sendiri kadang-kadang kita tak mampu nak tarbiyah. Semua tu ujian sebenarnya… macam firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 56…” kata-kata Ustazah Adawiyyah pada petang ketika aku menghadiri usrah mingguan itu sedikit sebanyak mencuit perasaanku.

                Alhamdulilah, sejak tinggal di kolej ini… hidayah Allah semakin dekat menghampiriku. Aku mula meneliti semula hidupku. Memperbetulkan arah tujuan dan sekaligus mendidik hati yang sudah semakin keras ini dengan perkara- perkara yang boleh mendekatkan aku kepada-Nya. Aku senang sekali menghadiri usrah,kuliah-kuliah agama yang menjadi sebahagian daripada program di kolej. Aku juga tidak berat hati untuk melangkah pergi berjemaah disurau. Sesuatu yang aku jarang dapati apabila berada dirumah.
Papa bukannya tidak bersolat dirumah, tetapi kami jarang berjemaah. Itu sahaja. Aku juga beruntung kerana mendapat teman sebilik yang selalu menjuruskanku ke arah program-program yang bercorak islamik ini. Secara kebetulan pula, mereka berdua merupakan naqibah yang mengendalikan program-program usrah bersama pelajar kolej. Aku sering mengambil kesempatan itu untuk pergi menyertai mereka dan berkongsi ilmu bersama dengan yang lain. Dari seorang Islam yang biasa, Islam yang hanya kupamerkan pada nama… aku cuba untuk berubah dan menghayati cara hidup Islam itu sendiri diamalkan dan lebih dibudayakan. Kata Izyan teman sebilikku, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Dalam dan tersirat sekali ayatnya itu seringkali membuatkan aku berfikir.

                Malah sejak aku menghadiri usrah serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Adawiyyah, hidupku lebih terisi. Rohaniku mendapat santapannya juga dan dalam masa yang sama menambah pengetahuanku terhadap sesuatu yang selama ini kupandang ringan. Pertanyaan dari Syaima kepada Ustazah Adawiyyah tiba-tiba menyedarkankan kekhayalanku sebentar tadi. Jauh benar fikiranku ini menjelajah…getusku perlahan. Aku tersenyum dan memandang Ustazah semula sambil memberi perhatian terhadap soalan yang ditimbulkan oleh Syaima sebentar tadi…

                “ Ujian Allah melalui orang yang kita sayang? Macam mana tu, Ustazah? Macam menarik je bunyinya…”

                “ Macam ni Syaima, sebab apa kita rasa nak berdakwah kepada orang lain? Sebab rasa cinta dan kasih sayang kita terhadap dia. Ujian nak mentarbiyahkan seseorang yang kita sayang itu lebih sukar sebenarnya, kerana kita lebih terdorong untuk berputus asa sekiranya kita tak dapat nak tarbiyahkan dia. Kenapa Ustazah cakap macam tu? Sebab ianya melibatkan perasaan sayang. Contohlah kalau kamu ada adik yang tak nak sembahyang, kesabaran yang lebih tinggi sebenarnya diperlukan untuk kamu istiqamah nak ajak dia berubah dan menunaikan solat.  Sebab kamu sayangkan dia kan? Ujian tu kan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi, betul kan Syaima?” terang Ustazah Adawiyyah kepada Syaima. Syaima mengangguk tanda mengerti.

                Aku mengangkat tangan. Ingin bertanya sesuatu kepada Ustazah Adawiyyah. Tergerak hatiku untuk bertanya kerana topik yang dibincangkan ini kena benar dengan diriku.

“Tapi kalaulah setelah dinasihati pun dia tak nak dengar nasihat kita? Apa kita nak buat ustazah? Mestilah kita rasa sedih kan? Sedihlah tengok orang yang kita sayang tapi hidupnya berdosa…” aku menyoal.

“Kadangkala, disebabkan kita sayang dia, dan kita tak nak dia terjebak dengan dosa dan kemurkaan Allah.. sebab tu kita nak dia cepat-cepat berubah dan dengar cakap kita. Tapi kita sebenarnya terlupa, hati dan hidayah itu milik Allah. Kita mahukan perubahan itu secara mendadak dan drastik, tentulah sukar bagi dia nak berubah. Rasulullah sendiri pun tak dapat nak tarik bapa saudaranya, Abu Talib yang sangat dikasihinya untuk memeluk agama Islam. Kamu pun tahu bukan ,betapa tingginya pengorbanan dan sumbangan Abu Talib dalam melindungi Baginda namun disebabkan hidayah Allah tidak menghampirinya, maka Abu Talib bukan tergolong ke dalam salah seorang ummat Nabi Muhammad yang beriman dengan Islam. Lihat Halily, di sini Allah nak tunjukkan kepada Baginda bahawa hidayah itu memang milik mutlak Allah. Jadi, cara yang terbaik ialah dengan memberikannya masa dan dalam masa yang sama kita jangan putus-putus berdoa, mudah-mudahkan Allah membuka pintu hatinya untuk berubah…Insya-Allah. Menjawab pertanyaan kamu tak, Lutfiana Halily? “ Ustazah Adawiyyah menjelaskan dengan begitu panjang lebar. Aku tersenyum tanda berpuas hati. Setelah itu Ustazah Adawiyyah menambah lagi dengan kisah-kisah zaman para sahabat yang turut berdepan dengan situasi yang sama ketika dalam perjuangan mereka meneruskan misi dakwah, sedikit sebanyak melegakan keresahan hatiku.

Sabar itu sebahagian daripada iman, Lily. Teruskan berusaha untuk jentik perasaan Mama kau! Azamku didalam hati.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “ Sejak bila dah pandai berstokin ni Lily? Mama hantar ke kolej tu suruh jadi doktor, bukan jadi ustazah!” perli Mama sewaktu aku pulang berhujung minggu dirumah. Ketika itu, aku mahu keluar untuk berjumpa rakan baikku yang baru pulang dari Mesir disebuah restoran untuk makan tengahari. Aku hanya mengenakan blaus longgar dan agak labuh serta tudung yang ku pin dikiri dan kanan bahuku. Buntang mata Mama melihatkan aku mengenakan handsock serta stoking yang membaluti kakiku itu.

                “ Mama, please don’t start it again. Lily kan pakai kasut so Lily pakailah stoking. Tak selesalah kalau pakai kasut tak pakai stoking. Mama ni, macam tak pernah tengok Lily pakai stoking pulak! Sebelum ni kalau Lily pakai stoking tak pernah pulak Mama nak bising…“ kataku sengaja mencari helah. Sebenarnya aku juga tak kuasa lagi hendak mencari gaduh dengan Mama. Hanya itu yang kunyatakan sebagai alasan, sedangkan hakikat sebenar aku mengenakan stoking itu adalah kerana ia sebahagian daripada auratku. Ku dituntut melakukannya jadi kulakukannya...lillahi Taala.

                “ Jangan ingat Mama tak tahu yang Lily berubah ni mesti sebab budak lelaki tu kan? Dia yang suruh Lily pakai tu, pakai ini… jangan buat itu, jangan buat ini. Sampai sekarang dah berani nak melawan cakap Mama kan?” kata-kata dari Mama membuatkan aku tersentak. Terhenti langkahku tatkala aku mahu membuka pintu Myvi yang diparkir di depan rumah. Aku berpaling dan memandang kearah Mama. Aku berjalan mendekati mama semula. Mama sekadar tercegat berdiri dimuka pintu sambil mengangkat keningnya. Lelaki? Dari mana Mama dapat tahu?

                “ Lelaki mana pulak ni Mama?” soalku pura-pura tidak mengerti.

                “ Siapa Izdihar?” soal Mama kembali. Aku menelan air liurku. Soalan yang bertubi-tubi menerjah ke benakku sekarang…Dari mana Mama dapat tahu tentang Izdihar? Rayyan Izdihar…

                “ Izdihar mana pulak ni Mama? Nothing la Ma, kalau ada pun he’s a friend of mine. Bukan siapa-siapa pun. Please Ma, jangan buat assumption yang bukan-bukan…” rayuku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Mama mengetahui siapa Rayyan Izdihar.

                “ Last night I went to your room. I thought you stay up late buat kerja. Ended up I found something. Mama nampak Lily tertidur depan komputer tu. When I came closer, Mama nampak ada YM conversation between Lily and Izdihar. From the content yang Mama baca and I scrolled it down, enough for me to know and understand everything that happened now… you’ve changed a lot because of him right? Tell me the truth Lily…!” desak Mama. Ternyata Mama telah mengetahui segala-galanya. Tiada apa lagi yang mampu kusembunyikan kini.

                “ Mama, I promise we’ll discuss about this later okay? I’m already late so let me go now. Assalamualaikum Mama…” aku mencium tangan Mama seraya berlalu pergi.

                Sepanjang pemanduanku untuk berjumpa dengan Najihah Syauqina, aku benar-benar terganggu. Namun aku cuba untuk bertahan dan meneruskan pemanduanku dengan hati-hati. Setelah berjumpa dengan Najihah, barulah kuhamburkan segala-galanya beserta dengan linangan air mataku. Najihah yang mengetahui segala-galanya mengenai aku hanya mampu memelukku dan memujukku supaya aku bersabar.