CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira (part 2)


Penat! Penat! Penat!

Aku menghempaskan badan ke atas katil. Beg tangan kulorotkan ke tepi meja solek. Terlentang. Mataku menengadah menghadap siling dengan kipas laju berputar. Ya Allah… ni baru anak sorang, kalau dua orang? Tiga orang? Mau syahid jugak aku lepas ni. Tak apa Leen, ni jihad seorang ibu. Sabar sikit ye…
Mataku lari memandang ke arah katil Harris Auzai’e. Anak itu terlena kepenatan. Kasihan anak bujangku yang seorang tu, kecil-kecil lagi dah kena tinggal. Dah dua minggu tak berayah. Mana taknya, Ammar dah dua minggu berlayar ke Langkawi. Aku senyum sambil menggeleng sendirian.

Cakap pasal kena tinggal, masa aku nak deliver Auzai’e dulu, rasa macam dramatik sangat hidup aku. Ammar tak ada. Waktu tu dia dihantar berkursus ke Labuan seminggu. Time dekat-dekat nak due tu sebenarnya Ammar macam berat hati nak tinggalkan aku. Konon nak mintak surat pelepasan dari COnya. Alasan : isteri hampir bersalin. Katanya, buat aku terbersalin dalam rumah sorang-sorang macam mana? Aku dah tergelak. Lepas tu, dengan confidentnya aku cakap,

“It’s OK abang. Leen due dalam seminggu lebih lagi. Sempat punya tunggu abang balik.”

Bajet la time tu tak ada apa-apa lagi. Lepas 3 hari Ammar ke Labuan, tak pasal-pasal dah ada tanda-tanda nak melahirkan. Bayangkan, betapa seksa time tu. Time contraction tu dah makin kerap, aku just sempat inform jiran aku. Minta dia temankan aku drive pergi hospital. Mujur hospital pun tak jauh, dalam base ni aje. Masa tu ada juga termenyesal kahwin dengan pegawai tentera, dari zaman dating sampai zaman dah kahwin and aku nak bersalin anak pertama, jarangnya Ammar boleh lekat dengan aku lama-lama. Termenyesal lah tapi. Nak kata menyesal gila tu, tidaklah. Dah jodoh aku dengan pegawai tentera, kuasa Allah. Siapa boleh halang? Lagi pun, dah aku sendiri yang pilih… so, bila jadi macam ni, tak boleh la nak merungut-rungut. Tak bersyukur la pulak. Dah boleh berlaki tu pun kira besar rahmat dah. Haihh…

Nangis oi time tu. Habis hilang legend muka aku. Mau taknya, diri sendiri tengah berjuang separuh mati nak sabung nyawa keluarkan seorang lagi mujahid kecil, suami tersayang tak ada di sisi. Aku sempat pesan kat jiran aku, suruh dia hubungi Ammar, since aku try contact sebelum masuk dewan bersalin tak dapat-dapat. Mak dan Ayah kat Kedah dah diberitahu.

Aku selamat melahirkan zuriat Ammar yang pertama, jam 5.15 pagi seberat 3.23kg kat Hospital Angkatan Tentera Lumut secara kaedah normal. Alhamdulillah, bayi lelaki kami yang pertama sempurna dan dilahirkan cukup sifat. Tak ada sebarang complication meski tarikh kelahirannya 5 hari lebih awal daripada jangkaan. Nasib baik yang sambut kelahiran anak aku ni member jabatan aku jugak, Dr. Sarah. Masa Sarah letakkan baby boy tu atas dada, Sarah sempat bisik kat telinga aku,

“ Good job, Leen. Strong baby boy with strong mother! Congrats!”

Aku tersenyum bangga. Terasa keperitan tatkala keseorangan melahirkan buah cinta aku dan Ammar tanpa ditemani suami ketika itu, hilang begitu sahaja tatkala aku melihat dan mengucup wajah kesayangan hamba yang comel itu. Kulitnya cerah persis Ammar. Rambut tak berapa nak lebat sangat, sah ni terkenan gen aku dulu masa time baby agaknya. Mak, we have the same record! I repeat the history, delivery anak sulung tanpa suami disisi. Teringat dulu, masa Mak lahirkan aku. Sama sahaja, ketika itu ayah sedang berada di perairan Johor. Hakikat tugas juga menjadi penyebab.

Esoknya, Ammar yang bergegas pulang dari Labuan sampai ke Lumut menjenguk aku dan anak kami. Mujur ada tiket flight untuk terbang pulang.

“Leen, this is the countless time abang say sorry to you, but this is the biggest one. And thank you again, sebab hadiahkan miracle ni buat abang. I love you so much, Adleen.” ujar Ammar mengucup dahiku dan saat aku melihat dia memangku bayi kami, air mata ini jatuh buat kesekian kalinya. Makin lebat pula menuruni pipi ketika dia mengalunkan azan ditelinga bayi kecil itu. Doaku, moga anak itu membesar menjadi anak yang sentiasa menjadi kebanggaan aku dan Ammar, ibu dan ayahnya.

“Apa nak letak nama anak kita ni, sayang? Since abang tak ada time Leen bersalin, abang la yang bagi nama. Aci kan macam tu, Dr. Adleen Nadzurah?” Ammar senyum mengusik sambil meletakkan semula bayi kami disebelahku.

Hah,  Lt. Ammar ni. Mula la nak cari pasal lagi ni. Aku meninggikan sebelah keningku memandang Ammar.

“Hah yelah tu Lt. Ammar Rafiqin. Aci lah sangat. Mana aci macam tu? Leen yang lahirkan dia. Sorang-sorang pulak tu. Patutnya Leen la yang bagi nama! Kan?” aku pun tak mahu kalah.

“Ewah-ewah. Macam la anak dia sorang je, ni anak abang juga tau. Kejam betul. Bagi la chance kat ayah dia yang bagi nama…kesian baby, dah la time dia nak keluar, ayah dia takde.”

“No no no… habis, ibu dia nak letak mana?”

“Harris. I like that name.”

“ Tambah sikit lagi, Auzai’e. Leen suka nama tu. Ada nama pemimpin ulama’ nama macam tu. Hehe…” aku sehabis boleh nak letak nama yang dahsyat-dahsyat sikit kat anak aku.

“Amboi, ibu dia ni. Bukan main lagi pilih nama. Harris Auzai’e bin Ammar Rafiqin. Perfect.” Aku menggenggam jemari Ammar. It fits perfectly. Once again. Perfect.

Rengekan Auzai’e yang menangis meminta susu segera mematikan khayalan tingkat tinggiku. Tersenyum lihat anak bujangku yang dah hampir mencecah usia 8 bulan. Sorry Auzai’e, ibu terberangan kejap! Time-time macam ni kalau Ammar ada, dia yang tolong bagi susu untuk Auzai’e. Aku mengangkat Auzai’e lantas menyusukannya. Senyap la kejap hero ibu yang sorang ni…

Bila Ammar tak ada, biasalah, semua benda kena uruskan sendiri. Hantar anak pergi nurseri, shopping barang dapur yang dah habis, bagi settle semua chores dalam rumah. Bukan nak kata waktu Ammar ada, dia yang buatkan semua benda. Tapi, ringanlah sikit beban kalau dia ada nak menolong-nolong. Nak tambah lagi dos penat yang asyik overdose ni, Harris Auzai’e yang masih menyusu. And dah nama pulak baby boy, memang sangat kuat menyusu. As a doctor, memang aku tahu yang susu ibu baik untuk bayi yang nak membesar, aku memang target nak breastfeed anak walaupun sesibuk mana pun aku bekerja menggila-gila terkejar-kejar dalam wad and hospital,so aku dah sediakan stok terbaik punya untuk Auzai’e if aku nak tinggalkan dia kat nursery pun. Tapi no doubt, memang penat la buat macam tu. Sebab send off anak bujang yang sorang tu ke nursery. Pergi balik nak kena ambil. Mak came out with an idea.

“Tulah mak dah pesan, hang ambil lah bibik jaga Auzai’e tu. Nurseri sekarang banyak yang tak boleh percaya sangat. Hang pun kerja tu, jadual on call tak menentu. Ammar pun sama naik sibuk macam hang. Kesian kat budak tu nanti. Jangan dok buat gaya superwoman sangat…”

Pesan Mak kembali terngiang-ngiang di cuping telinga. Aduh Mak, bila time macam ni, terasa pulak apa Mak kata tu betul. Aku tunduk merenung Auzai’e yang asyik menyusu. Pipinya ku elus-eluskan perlahan, tanganku mengusap kepalanya.

Bukan taknak ambil bibik Mak, tapi Leen rasa dah memang tanggungjawab Leen siapkan makan minum Ammar, sediakan keperluan Auzai’e. Takut if ambil bibik, tanggungjawab tu nanti jadi sambil lewa. Lagi parah if bibik tu tangkap cintan sama Bapak Ammar tu, hooo lagi aku rasa nak meraung. Ah, merepek la kau ni Leen! Ammar sayang kau kot. Tapi walaupun kebarangkalian tu nak terjadi memang sangat tipis, minta dijauhkan la kan.

Alah, dahh tak sampai setahun dah nak habis internship. Lepas ni jadual makin okay la kot. Setakat ni penat-penat macam ni, biarlah dulu. Aku boleh tahan lagi. Anak baru sorang, nanti lah kalau Harris Auzai’e dah beradik mungkin boleh dipertimbangkan cadangan mengambil bibik tu. Teringat satu ceramah agama yang kudengar di corong radio tidak lama dahulu. Seorang ibu dan isteri yang solehah, apabila dia berusaha untuk melengkapkan rumah tangga, melayani suami serta anak-anak dan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya itu dengan sabar dan ikhlas, itu dikira sebagai jihad. Setiap keringat dan tenaga yang dihabiskan itu ada harga yang tidak ternilai dan ganjaran yang Allah berikan untuk itu sangat tinggi disisiNya. Insya Allah.

Dah terlena balik si Auzai’e. Aku membaringkannya semula di atas katilku. Auzai’e tidur dengan ibu lah malam ni. Teman ibu. Tak dapat peluk Lt. Ammar, peluk Ammar Jr. ni pun boleh la. Kesian anak ibu ni…hehehe

Jam dah hampir pukul 11 malam. Tiba-tiba telefon bimbitku menjerit minta diangkat. Berdering lagu Everyday I Love You by Boyzone. Aku tersenyum lagi. Sudah mengagak siapa. Okay, ini panggilan booster dose and ubat paling mujarab sekali kalau tengah penat tahap dewa sekalipun. Confirm boleh hilang penat tu. Rindu? Tak payah cakap lah, apa salah rindu suami sendiri, dapat pahala lagi apa. Aku segera mengangkat panggilan. Khuatir lena Auzai’e terganggu dek ringtone tersebut.

“Hello, assalamualaikum sayang.” pemanggil di dalam talian menyapa. Ah bahagia. Penat macam kena hempap batu berpuluh-puluh tan ghaib begitu aja. Kan dah cakap… heheh