CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 21, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira. part 4

After a few month yang sibuk lepas aku enroll masuk medical school, and dah dekat sikit dengan Sg. Besi, barulah ada chance nak jumpa dengan Ammar. Yelah, sebelum ni pun bajet-bajet long distance relationship la konon.

“Leen, saya nak jumpa awak. Awak sibuk tak?”

“Sibuk.” Aku mengusik. Aku mengesan ada nada berat yang Ammar lepaskan. Frust la tu.

 “Ganggu schedule awak ke? Saya nak pergi jumpa awak, awak tak benarkan pulak…”

Aah mula la tu buat nada kesian. Tak heran. Nak jumpa-jumpa konon. Bajet date ke apa?

“ Even sekejap pun tak boleh ke Dr. Adleen?”

“Takpayah mengada la Lt. Ammar ye. Ada jodoh kita jumpa jugak even tak planned pun.”

“Tapi kalau takde usaha langsung nak jumpa, takkan lah boleh jumpa macam tu aje kan?” Ammar masih lagi terus-terusan mengasak benteng pertahanan aku yang dah makin cair sebab dia guna pantulan cahaya matahari terik .aiyakkk… tak putus asa betul hamba Allah yang sorang ni mengajak aku keluar.

Aku tak pernah bagi kata putus bab-bab dating ni pada Ammar hinggalah usia perkenalan kami sedar tak sedar dah menginjak setahun. Dia masih stay dengan aku. Tak reti give up ke dia ni? Heran pulak aku. Yang aku ni pun satu hal jugak, sakan mendera mental dia. Ok, by right slow-slow aku baru mula nak mengaku lelaki yang letak Default Picture dia kat FB pakai baju uniform biru 2B ni seorang yang sweet. Err…apakah?

Until that day, yang aku tak pernah expect pun. Macam miracle jadi dalam hidup aku. Masin mulut aku kot. Huhu… waktu tu…

Exam final 1st year dah habis!!!! Aku pergi Mid Valley together with housemate aku bajet nak berfoya-foya sempena habis final 1st year. Hari tu, aku ingat Ammar baru habis military training, masuk hutan 5hari. Pagi tu siap MMS gambar poyo dia posing dalam hutan pakai baju loreng kat aku dengan megahnya. Tergoncang jantung sikit. Sikit jelah pun… aku tak bagitau pun dia plan aku nak pergi Mid Valley that same day dia balik. By right aku tahu yang dia akan dapat weekend that week after balik UPNM. Apa kisah, aku tak sibuk-sibuk pun nak ambil tahu but since dia dah bagi tahu, tadah telinga jelah dengar kan?terambil tahu secara tak sengaja… Air liur dia yang habis bagitau. Haha… So  that same day aku shopping sampai tak hingat dunia, around lewat petang dalam pukul 6 petang nak balik la. Entah kenapalah kan hari tu, punya sesak manusia ramai gila nak balik petang tu, so I was stuck kat Mid Valley sampai kena lepas tren 4 kali! Sardin tin pun tak pack macam mana pack nya orang dalam koc tren hari tu.

Tiba-tiba HP aku bergegar. Ammar call. Tak perasan text dia kot, terus dia call. Huh. Mengalahkan aku ni bini dia aje!

“Adleen, awak kat mana?”

“Saya? Saya dengan kawan-kawan saya.” Time tu dah almost pukul 8 malam. Aku ni jenis penakut sikit kalau ada kat luar bila malam-malam ni. Suara pun dah ada tone cuak. He sensed that.

“Kat luar kan ni? Kat mana? I’ll go to you. Risaulah awak kat luar. Awak tu perempuan.”

 Okay aku tahu yang dia time tu bukan tengah main-main and memang dia tengah risaukan aku.

“Err, takpayah lah kot. Tapi saya kat Mid Valley ni. Stuck orang ramai tak boleh nak balik.” Ayat bajet nak suruh Ammar kesiankan aku. Aku tepuk dahi. What dee laa kau ni Adleen…taknak bagitahu kat mana tapi terbagitau jugak akhirnya.

“ Saya baru naik tren kat Bandar Tasik Selatan ni. Saya nak balik rumah kakak saya kat Sg. Buloh. Tunggu saya kat Mid Valley. Saya escort awak balik. Fullstop. No compromise. No negotiation. Dan… saya nak jumpa awak.” Tegas dia bersuara. Kali ni memang keluar aura tentera dia tu. Wuarghhh cuak! Aku tak berani melawan dah.

“Ammar, listen here. Saya dengan kawan-kawan saya lah. Segan kot! Orang ramai ni. Gila apa nak buat macam tu. Jangan buat kerja gila ok. Saya boleh balik sendri lah. Awak tahu tak time constraint? Kita tak mungkin jumpa dengan keadaan orang ramai macam ni!”aku berkeras. Buat-buat berani nak melawan jugak. Haiyahhh!! Degil punya Adleen. Haa buat hal. Buat hal lagi. Orang dah offer nak tolong escort balik rumah jual mahal cakap tak payah. Tapi jawapan yang keluar dari mulut Ammar buat aku terdiam.

“Adleen, if ada jodoh, Tuhan nak temukan kita, kita jumpa lah. Okbye.” Terus talian terputus. Kurang asam betul. Boleh dia letak phone call aku macam tu aje. Pergh dia ingat dia siapa? Aku dah hembus kiri kanan dah, berdoa sangat-sangat kalau boleh taknak dia jumpa aku hari tu. Kawan-kawan aku dah gelak-gelakkan aku. Mana aku taknak jumpa, dengan aku selebet, kusut masai and rupa diri aku sangat menyedihkan setelah seharian outing bermati-matian!

Around 9 malam, tren sampai, aku gigih berusaha nak masuk ladies koc, tapi percubaan tak berjaya. Oh frust. Ended up masuk koc biasa, turned out naik tren yang paling last. Dah boleh bersusah payah masuk dalam koc pun dah kira besar rahmat. Hoho… tren bergerak. Dan HP aku sekali lagi vibrating, a call from Ammar. Haish, nak apa lagi mamat ni, nak cakap kat aku yang dia turun kat Mid Valley and stuck tunggu aku kat sana tapi aku dah takde eh? Hahaha padan muka!!!

“Adleen, my little princess in purple… pusing belakang, please?”

Eh dia tahu ke aku pakai baju purple hari ni??? Aku dengan automatiknya berpusing ke belakang. Ya Allah… apakah kejadian yang sedang berlaku ni? We're in the same tren. He saw me first! Sumpah, waktu tu aku macam nak luruh jantung dah ni. Sebab first time jumpa dia face to face. Macam nak tampar diri sendiri. Aku yang terkena rupanya. Cis. Ammar sekdar melemparkan senyuman. Ya Allah, sweetnye, lagi sweet dari dalam gambar yang dia send kat aku.hehe…sabar Adleen sabar! Jangan gelojoh! Kulit Ammar is a bit tanned, sebab military sem aku pun faham memang terbakar le kulit tu, but actually Ammar ni berkulit cerah juga rupanya…

Sila dan tolonglah bayangkan perasaan aku macam mana time tu, walaupun satu koc tapi aku  dan Ammar ibarat duduk macam 2 hujung dunia. Aku duduk hujung sebelah sini, dia sebelah sana. Manusia ramai berdiri-diri dalam tren,padat jugak. And I saw him macam bersesak-sesak and bersusah payah nak merempuh orang so that he can come closer to me. Ended up, dia pun surrender. That coach was too packed! Lastly, we both texting for the rest of 30 minutes dalam tren tu. Gila dramatik, aku nampak muka Ammar tapi takleh nak bercakap!

Tak lama lepas tu aku sampai stesen KTM Kepong Sentral, aku cepat-cepat nak turun nak lari dari dia. Lari!!!! Aku tarik tangan Najwa, housemate aku and tak semena-mena nak ajak dia jalan dulu. Tapi disebabkan nak tunggu housemate yang dah split up naik different coach tadi, so aku tak dapat nak lari. Ahh sedih… tiba-tiba, aku rasa macam ada orang cuit bahu aku dari belakang, aku berpaling menghadap dia and I can see Ammar Rafiqin tengah stand still tengok aku dengan muka segan-segan. Again, muka aku macam orang mekap terlajak bubuh blusher oi tengok muka Ammar!

“Err…Hi…” OH Em Geee… aku sangat malu time tu. Najwa dah gelak-gelakkan aku and tinggalkan aku berdua dengan Ammar. Err… Alaaaa Najwa kau nak pergi mana…berdiri tegak-tegak sebelah aku ni! Aku dah nak tumbang ni. Huhu…

“Apasal turun sini?? Buta ke sini Kepong Sentral, bukan Sg Buloh?” marahku. Aku kalau dah berdebar memang macam ni. Semua benda jadi spontaneous je.

“ Tak apa Adleen, at last. Selepas setahun saya dapat jugak jumpa awak. Terlepas tren apa lah sangat, nak jumpa dengan princess sorang ni macam nak kena buat appointment dengan menteri!” Ammar pun macam malu-malu jugak, yelah kot sebab first time kan. Tergaru-garu kepala. Cam hape je!

Precious 10 minutes. Itu sahaja yang boleh aku katakan. Sebab next tren dah sampai dan he had to go. Oh mengapakah sekejap sangat…huhu.. cehh padahal siapa yang mula-mula takna jumpa ni? So before balik, Ammar request nak snap gambar together. Erk? Perlu ke? Aku memang dah segan tahap gaban sebab dengan rupa diri aku yang dah sangat selebet dan aku pun nampak Ammar yang dah keletihan, dengan uniform skema kuning cair dia tu sebab baru keluar kem. Kesian pula, dia macam dah susah payah nak jumpa aku, so bagi lah chance. Tuhan saja yang tahu betapa melimpah ruahnya musim bunga dalam hati ketika tu. Terrifically happy on that day. Tiba-tiba rasa seronok pulak namun agak sadis, sebab first date unofficially kat stesen KTM je!

“Adleen,saya dah katakan pada awak.Mungkin ni petanda baik. Saya… awak… Kita memang ada jodoh.” Dia mengenyitkan mata lalu melangkah masuk ke dalam tren dan melambaikan tangannya. Mahu berpamitan.

Dah aku pulak tiba-tiba terasa poyo hari itu, masa si Ammar lambai tangan konon-konon bajet kena tinggal lah, macam gaya dia nak pergi berjuang aje. Sedih la konon. Then tiba-tiba ada mesej menyapa inbox.
Setakat hari ini 22 tahun saya dah bernafas atas muka bumi ini, hari nilah saya rasa takdir terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya. Adleen Nadzurah, awak takdir terindah dalam hidup saya…=)

Aku tersengih sendirian. Boleh tak aku rasa macam nak meloncat aje kat  stesen KTM waktu tu?? Overjoyed!









Thursday, September 1, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira.(part 3)

“Leen, have you ever regretted being together with me?”

Ammar Rafiqin? Putus fius kah? Aku tengah sedap, baik punya menghirup cendol desert selepas dinner nyaris nak tersedak. Dinner first year anniversary aku dan Ammar bergelar suami isteri. Aku mengangkat wajah memandang Ammar Tepat pada anak matanya yang hitam pekat itu. Dia yang sedang memangku Auzai’e yang berusia baru 2 bulan ketika itu hanya tersenyum. Redup pandangannya terhadapku.

“Kenapa abang tanya macam tu?”

Aku merungkai soalan itu dengan persoalan juga.

Aku terfikir balik…Dulu sebelum Auzai’e keluar, sebelum abang ajak Leen lalu bawah pedang dengan abang, masa Leen tengah gila-gila menonggeng tension study anat and Leen nak menangis mengadu kat abang betapa Leen sangat tension, masa Leen sulking macam budak frust tak dapat lollipop bila abang kena training, tak boleh text and call abang kerap-kerap. Kenapa abang tak terfikir nak tanya masa tu? Kening aku dah terangkat-angkat dah berfikir.

“Leen, abang tanya ni. Boleh pulak angkat-angkat kening camtu? Hehe…” Ammar cuba mengusik.

“Abang ni suka tanya soalan merapu… haih. No definite answer for that.” Aku menjawab malas.

Soalan ni dah berjuta kali dah sebenarnya orang tanya aku. Bukan takat Ammar je tanya. Kenapa pilih tentera? Tak menyesal kahwin dengan tentera? Sedangkan aku punya lebih banyak pilihan sesuai dengan diriku sebagai seorang doktor. Itu kata mereka. Pelik bin hairan aku, mesti ke doktor kahwin dengan doktor jugak? Takde ke doktor kahwin dengan pegawai tentera? Kalau takde, biar aku je yang cipta rekod. Tipu sangat la takde. Nampak sangat. Engineer? Tak minat lah weh, typo aku bukan abang pakai tie and specky. Typo aku abang tentera pegang Steyr! Hehe…

“Leen cantik. Abang ni, dah gelap dah banyak main panas kat kapal. Doktor lagi, bertuah badan abang dapat doktor jadi wife abang. Abang busy bagai nak gila, Leen selalu kena tinggal. Nak spend time dengan anak and isteri susah. Tahap boleh jadi wonder woman dah wife abang ni. Sampai abang rasa Leen dah banyak berkorban untuk abang. Terlalu banyak…macam-mana orang fikir pasal tentera ni. Mostly about the bad things lah…kenapa mula-mula dulu Leen boleh terima abang?”

“Abang ni buat Leen takutlah bila abang tanya macam ni…terlajak dos ubat ke apa? Tanya soalan merepek tahap gaban la. Mencuakkan.”

“Leen dah lupa ke apa Leen janji dengan abang waktu mula-mula Leen terima abang dalam hidup Leen? I’m just trying to keep my promise…”

“Huh?”

“Nak main aci mengelat lah tu…1st anniversary. Remember. Apa Leen janji dengan abang?”

Aku tepuk dahi kejap. Oh my…ya. Janji. Kenapa dan macam mana aku boleh terima Ammar dalam hidupku? Sorry bang, Leen bukan terlupa, nak selak chapter time baru-baru kahwin tu memang kadang-kadang kena guna Google search juga dalam kepala ni.  Teringat saat aku baru bernikah, Ammar mengajukan soalan itu kepadaku, janjiku hanya pada hari ulang tahun pertama perkahwinan kami baru jawapannya bisa terungkai.  

Kenapa tentera? Specifically macam mana boleh terberkenan kat Lt. Ammar Rafiqin? Ok first, tolak tepi dulu soal angan-angan gila aku nak kahwin lalu bawah pedang tu.

Jom naik mesin masa patah balik zaman bunga-bunga cinta 5 tahun lepas.

Waktu tu ingat aku tak skeptik ke fikir pasal tentera ni? Sungguhpun aku gila nak bersuamikan tentera, lifestyle diorang aku tak berapa berkenan sangat. Playboy la, tak jaga solat la, tak jaga aurat la. Kalau kena masuk hutan ke apa, aku tak boleh janji yang diorang ni boleh jaga solat. If kena training teruk-teruk sikit ke nak-nak lagi bulan puasa, aku tak sure diorang boleh tahan ke tak. Ha jenuh. Aku bukan la nak cari yang perfect sangat jadi suami aku, at least benda basic macam tu kalau dia tak boleh jaga… macam mana in the future dia nak jaga and bimbing aku? Asal benda buruk je, mulalah aku nak cop tentera ni. Tapi aku tahulah juga, tak semua tentera macam tu.

Till I meet Ammar Rafiqin. It changes my world, upside down.

It goes until one day, aku pergi wedding lecturer aku. Yang now dah jadi kakak ipar aku, Kak Ammani. Kat sini la first time aku jumpa Ammar. Ammar actually adik kepada lecturer Maths aku kat kolej, before aku masuk medical school. To make it short, aku memang baik dengan lecturer aku, time tu panggil Miss Ammani lagi la kannn… mana nak tau lagi time tu tersangkut secara tak langsung dengan adik dia! Aku pulak bila dah nama pun pergi wedding lecturer, memang secara berjemaah la pergi dengan college mate aku. First time nampak Ammar, dia segak pakai baju melayu rona hitam. Smart la! Tapi buat dek jelah kan, bukannya aku kenal pun dia siapa. Tapi dalam hati…berkuntum-kuntum je berbunga dah hati ni tengok.

“Weh Leen, mamat yang pakai baju melayu hitam tu usha kau. Smart seyh. Diorang kata tu adik Miss.” Ziqa mencuit bahuku.

“Kalau dia boleh jadi jaminan aku boleh sword barrel time aku kahwin nanti, then aku usha dia balik. Haha!” aku punya sengal membalas bila si Ziqa cakap macam tu. Terdoa secara tak sengaja kot time tu. Hehe…
Dipendekkan cerita, Ammar dapatkan nombor aku dari kakak dia. Masa Miss Ammani bagitau yang adik dia berkenan kat aku, dengan bajet legendnya aku melawak secara spontan lagi dengan dia.

“Kalau adik Miss tu tentera, baru saya on! Mudah sikit siri pencarian calon sword barrel..heheh” kesengalan terbukti. Miss Ammani memang sudah sedia maklum, aku ni obsess sikit bab-bab tentera ni. Miss Ammani ketawa berdekah-dekah. Tak padan title lecturer, main bedal je dia depan student sengal cam aku ni, ah nasiblah…

“ Leen, adik aku tu tentera la kalau kau nak tau. Student UPNM la. Precisely, he is a future navy lieutenant. Aku pun taktau camne dia boleh terperasankan kau masa korang semua datang wedding reception aku that day. Terus dia tanyakan aku pasal kau la Leen. Sengal punya Ammar, kot ye pun student aku gak yang dia nak bedal buat awek…” Miss Ammani menambah.

Dan sejak dari hari itu, Ammar memulakan usaha murninya mahu menawan kota A Famosa dalam hatiku. Aku dah buat kubu baik punya, nasib lah kau. Kalau nak, haa mengayat lah aku sampai dapat…

One more thing pasal tentera, aku memang sedia maklum yang diorang memang kasar. Cerita pasal kasar, teringat aku macam nak termenangis jugak la masa first time dapat call dari Ammar. Time tu Ammar baru try nak mengayat aku. Baru kenal lah katakan. Sumpah time ni, aku still prejudis kat dia. Kata orang tak kenal maka tak cinta. So bila dah kenal…bertambah-tambah pula cinta tu! Ah melalut…
“Hello!”

Erk terkejut anak omak! Kau boleh tune down suara kau sikit tak abang navy oi? Kau ni tengah cakap dengan awek ke, dengan kawan satu batalion kau? Tapi dalam hati jelah pun cakap camni. Tak terluah nak cakap kat dia.

“Awak, kot ye pun bagi le salam. Kalau rasa speaker handphone awak tu slow sampai tak dengar suara saya, tak payah la nak jerit-jerit sampai rasa nak bagi cair tahi telinga saya. Haih…”

“Err awak. Maaf. Saya jarang la nak cakap dengan perempuan. Tone suara tak sengaja…hehe!” hek eleh, jarang cakap dengan perempuan konon. Ceh! Sembang lebih! Tanda-tanda nak jual modal kat aku le tuu… first assumption : dasar buaya darat versi muara sungai.

Tak beragak betul time tu aku sound si Ammar. Mujur dia okay. Dalam hati, nak termenangis jugak rasa. Huhu…mau tanya, macam gaya kena sergah je. Nasib baik dalam telefon, boleh le cover terkejut tu. Bajet cool…

Itu pertama kali aku bersua kata dengan Ammar Rafiqin. Memang at first aku saja buat kasar dengan dia, tapi tahan sental tahap dewa dewi gak si Ammar ni. Sabar gila dengan perangai tak betul aku ni. Aku kadang-kadang sampai mati akal macam mana nak buat dia annoying dengan aku. Last-last diri sendiri yang tension. Tension bukan sebab apa, tapi nak mencari jalan nak mendera mental Ammar Rafiqin. Hentakan minda, deraan mental yang tidak berpenghujung… you name it, semua aku gasak dengan Ammar for the first 6 month aku berkawan dengan dia. Hoho… Paling aku suka, time hari dia ada fatigue… wah lagi sakan aku membahan dia.

First trial. Okay lulus. Dia memang sangat penyabar. Okay. Baru 10 markah! Nanti dulu, jangan suka hati sangat.

More to come after this Ammar Rafiqin!

Sunday, August 28, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira (part 2)


Penat! Penat! Penat!

Aku menghempaskan badan ke atas katil. Beg tangan kulorotkan ke tepi meja solek. Terlentang. Mataku menengadah menghadap siling dengan kipas laju berputar. Ya Allah… ni baru anak sorang, kalau dua orang? Tiga orang? Mau syahid jugak aku lepas ni. Tak apa Leen, ni jihad seorang ibu. Sabar sikit ye…
Mataku lari memandang ke arah katil Harris Auzai’e. Anak itu terlena kepenatan. Kasihan anak bujangku yang seorang tu, kecil-kecil lagi dah kena tinggal. Dah dua minggu tak berayah. Mana taknya, Ammar dah dua minggu berlayar ke Langkawi. Aku senyum sambil menggeleng sendirian.

Cakap pasal kena tinggal, masa aku nak deliver Auzai’e dulu, rasa macam dramatik sangat hidup aku. Ammar tak ada. Waktu tu dia dihantar berkursus ke Labuan seminggu. Time dekat-dekat nak due tu sebenarnya Ammar macam berat hati nak tinggalkan aku. Konon nak mintak surat pelepasan dari COnya. Alasan : isteri hampir bersalin. Katanya, buat aku terbersalin dalam rumah sorang-sorang macam mana? Aku dah tergelak. Lepas tu, dengan confidentnya aku cakap,

“It’s OK abang. Leen due dalam seminggu lebih lagi. Sempat punya tunggu abang balik.”

Bajet la time tu tak ada apa-apa lagi. Lepas 3 hari Ammar ke Labuan, tak pasal-pasal dah ada tanda-tanda nak melahirkan. Bayangkan, betapa seksa time tu. Time contraction tu dah makin kerap, aku just sempat inform jiran aku. Minta dia temankan aku drive pergi hospital. Mujur hospital pun tak jauh, dalam base ni aje. Masa tu ada juga termenyesal kahwin dengan pegawai tentera, dari zaman dating sampai zaman dah kahwin and aku nak bersalin anak pertama, jarangnya Ammar boleh lekat dengan aku lama-lama. Termenyesal lah tapi. Nak kata menyesal gila tu, tidaklah. Dah jodoh aku dengan pegawai tentera, kuasa Allah. Siapa boleh halang? Lagi pun, dah aku sendiri yang pilih… so, bila jadi macam ni, tak boleh la nak merungut-rungut. Tak bersyukur la pulak. Dah boleh berlaki tu pun kira besar rahmat dah. Haihh…

Nangis oi time tu. Habis hilang legend muka aku. Mau taknya, diri sendiri tengah berjuang separuh mati nak sabung nyawa keluarkan seorang lagi mujahid kecil, suami tersayang tak ada di sisi. Aku sempat pesan kat jiran aku, suruh dia hubungi Ammar, since aku try contact sebelum masuk dewan bersalin tak dapat-dapat. Mak dan Ayah kat Kedah dah diberitahu.

Aku selamat melahirkan zuriat Ammar yang pertama, jam 5.15 pagi seberat 3.23kg kat Hospital Angkatan Tentera Lumut secara kaedah normal. Alhamdulillah, bayi lelaki kami yang pertama sempurna dan dilahirkan cukup sifat. Tak ada sebarang complication meski tarikh kelahirannya 5 hari lebih awal daripada jangkaan. Nasib baik yang sambut kelahiran anak aku ni member jabatan aku jugak, Dr. Sarah. Masa Sarah letakkan baby boy tu atas dada, Sarah sempat bisik kat telinga aku,

“ Good job, Leen. Strong baby boy with strong mother! Congrats!”

Aku tersenyum bangga. Terasa keperitan tatkala keseorangan melahirkan buah cinta aku dan Ammar tanpa ditemani suami ketika itu, hilang begitu sahaja tatkala aku melihat dan mengucup wajah kesayangan hamba yang comel itu. Kulitnya cerah persis Ammar. Rambut tak berapa nak lebat sangat, sah ni terkenan gen aku dulu masa time baby agaknya. Mak, we have the same record! I repeat the history, delivery anak sulung tanpa suami disisi. Teringat dulu, masa Mak lahirkan aku. Sama sahaja, ketika itu ayah sedang berada di perairan Johor. Hakikat tugas juga menjadi penyebab.

Esoknya, Ammar yang bergegas pulang dari Labuan sampai ke Lumut menjenguk aku dan anak kami. Mujur ada tiket flight untuk terbang pulang.

“Leen, this is the countless time abang say sorry to you, but this is the biggest one. And thank you again, sebab hadiahkan miracle ni buat abang. I love you so much, Adleen.” ujar Ammar mengucup dahiku dan saat aku melihat dia memangku bayi kami, air mata ini jatuh buat kesekian kalinya. Makin lebat pula menuruni pipi ketika dia mengalunkan azan ditelinga bayi kecil itu. Doaku, moga anak itu membesar menjadi anak yang sentiasa menjadi kebanggaan aku dan Ammar, ibu dan ayahnya.

“Apa nak letak nama anak kita ni, sayang? Since abang tak ada time Leen bersalin, abang la yang bagi nama. Aci kan macam tu, Dr. Adleen Nadzurah?” Ammar senyum mengusik sambil meletakkan semula bayi kami disebelahku.

Hah,  Lt. Ammar ni. Mula la nak cari pasal lagi ni. Aku meninggikan sebelah keningku memandang Ammar.

“Hah yelah tu Lt. Ammar Rafiqin. Aci lah sangat. Mana aci macam tu? Leen yang lahirkan dia. Sorang-sorang pulak tu. Patutnya Leen la yang bagi nama! Kan?” aku pun tak mahu kalah.

“Ewah-ewah. Macam la anak dia sorang je, ni anak abang juga tau. Kejam betul. Bagi la chance kat ayah dia yang bagi nama…kesian baby, dah la time dia nak keluar, ayah dia takde.”

“No no no… habis, ibu dia nak letak mana?”

“Harris. I like that name.”

“ Tambah sikit lagi, Auzai’e. Leen suka nama tu. Ada nama pemimpin ulama’ nama macam tu. Hehe…” aku sehabis boleh nak letak nama yang dahsyat-dahsyat sikit kat anak aku.

“Amboi, ibu dia ni. Bukan main lagi pilih nama. Harris Auzai’e bin Ammar Rafiqin. Perfect.” Aku menggenggam jemari Ammar. It fits perfectly. Once again. Perfect.

Rengekan Auzai’e yang menangis meminta susu segera mematikan khayalan tingkat tinggiku. Tersenyum lihat anak bujangku yang dah hampir mencecah usia 8 bulan. Sorry Auzai’e, ibu terberangan kejap! Time-time macam ni kalau Ammar ada, dia yang tolong bagi susu untuk Auzai’e. Aku mengangkat Auzai’e lantas menyusukannya. Senyap la kejap hero ibu yang sorang ni…

Bila Ammar tak ada, biasalah, semua benda kena uruskan sendiri. Hantar anak pergi nurseri, shopping barang dapur yang dah habis, bagi settle semua chores dalam rumah. Bukan nak kata waktu Ammar ada, dia yang buatkan semua benda. Tapi, ringanlah sikit beban kalau dia ada nak menolong-nolong. Nak tambah lagi dos penat yang asyik overdose ni, Harris Auzai’e yang masih menyusu. And dah nama pulak baby boy, memang sangat kuat menyusu. As a doctor, memang aku tahu yang susu ibu baik untuk bayi yang nak membesar, aku memang target nak breastfeed anak walaupun sesibuk mana pun aku bekerja menggila-gila terkejar-kejar dalam wad and hospital,so aku dah sediakan stok terbaik punya untuk Auzai’e if aku nak tinggalkan dia kat nursery pun. Tapi no doubt, memang penat la buat macam tu. Sebab send off anak bujang yang sorang tu ke nursery. Pergi balik nak kena ambil. Mak came out with an idea.

“Tulah mak dah pesan, hang ambil lah bibik jaga Auzai’e tu. Nurseri sekarang banyak yang tak boleh percaya sangat. Hang pun kerja tu, jadual on call tak menentu. Ammar pun sama naik sibuk macam hang. Kesian kat budak tu nanti. Jangan dok buat gaya superwoman sangat…”

Pesan Mak kembali terngiang-ngiang di cuping telinga. Aduh Mak, bila time macam ni, terasa pulak apa Mak kata tu betul. Aku tunduk merenung Auzai’e yang asyik menyusu. Pipinya ku elus-eluskan perlahan, tanganku mengusap kepalanya.

Bukan taknak ambil bibik Mak, tapi Leen rasa dah memang tanggungjawab Leen siapkan makan minum Ammar, sediakan keperluan Auzai’e. Takut if ambil bibik, tanggungjawab tu nanti jadi sambil lewa. Lagi parah if bibik tu tangkap cintan sama Bapak Ammar tu, hooo lagi aku rasa nak meraung. Ah, merepek la kau ni Leen! Ammar sayang kau kot. Tapi walaupun kebarangkalian tu nak terjadi memang sangat tipis, minta dijauhkan la kan.

Alah, dahh tak sampai setahun dah nak habis internship. Lepas ni jadual makin okay la kot. Setakat ni penat-penat macam ni, biarlah dulu. Aku boleh tahan lagi. Anak baru sorang, nanti lah kalau Harris Auzai’e dah beradik mungkin boleh dipertimbangkan cadangan mengambil bibik tu. Teringat satu ceramah agama yang kudengar di corong radio tidak lama dahulu. Seorang ibu dan isteri yang solehah, apabila dia berusaha untuk melengkapkan rumah tangga, melayani suami serta anak-anak dan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya itu dengan sabar dan ikhlas, itu dikira sebagai jihad. Setiap keringat dan tenaga yang dihabiskan itu ada harga yang tidak ternilai dan ganjaran yang Allah berikan untuk itu sangat tinggi disisiNya. Insya Allah.

Dah terlena balik si Auzai’e. Aku membaringkannya semula di atas katilku. Auzai’e tidur dengan ibu lah malam ni. Teman ibu. Tak dapat peluk Lt. Ammar, peluk Ammar Jr. ni pun boleh la. Kesian anak ibu ni…hehehe

Jam dah hampir pukul 11 malam. Tiba-tiba telefon bimbitku menjerit minta diangkat. Berdering lagu Everyday I Love You by Boyzone. Aku tersenyum lagi. Sudah mengagak siapa. Okay, ini panggilan booster dose and ubat paling mujarab sekali kalau tengah penat tahap dewa sekalipun. Confirm boleh hilang penat tu. Rindu? Tak payah cakap lah, apa salah rindu suami sendiri, dapat pahala lagi apa. Aku segera mengangkat panggilan. Khuatir lena Auzai’e terganggu dek ringtone tersebut.

“Hello, assalamualaikum sayang.” pemanggil di dalam talian menyapa. Ah bahagia. Penat macam kena hempap batu berpuluh-puluh tan ghaib begitu aja. Kan dah cakap… heheh  

Saturday, July 23, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira (part 1)

“Abang kena duty weekend ni. Sorry sayang. Kita postpone dulu trip pergi pantai tu boleh?”

Aku segera melonggarkan rangkulan Ammar. Bersedia mengarahkan impuls seterusnya untuk menggerakkan otot-otot dimukaku membentuk satu jalinan halus didahi, mempamerkan reaksi protes terhadap kata-kata si dia sebentar tadi. Dia buat hal lagi… satu keluhan terpacul keluar dari bibirku.

“Leen boleh faham kan?” nada suara Ammar mencerun, ada riak bersalah tatkala melihat tampangku langsung tidak berubah sedari tadi.

“ Ya… Leen faham. Biasalah ni...”

Bernikah dengan seorang pegawai tentera, memang menjadi mimpi indah sejak aku pertama kali melihat seorang pengantin yang cukup cantik mengenakan gaun rona putih disamping leftenan hatinya, berpapasan beriringan sambil dilembayungi susunan pedang yang membentuk gerbang untuk mereka. Kira-kira hampir 16 tahun dulu. Waktu aku cuma berusia 10 tahun. Gila. Sejak dari hari itu, aku melakar angan-angan mahu menjadikan diriku pemegang status isteri seorang perajurit suatu hari nanti.  Menyarung gaun putih sambil erat memaut lengan cinta hatiku. Smart apa! Ya, mimpi indah yang berjaya buat aku terbayang-bayang tatkala aku menempuh zaman remaja dan alam percintaanku sehinggalah aku berjumpa dengan Ammar Rafiqin.

Ku anggap wanita sepertiku sudah cukup tabah, bahkan mungkin ada yang beranggapan tindakanku seolah-olah agak ‘kamikaze’ apabila berkeputusan untuk menerima lamaran Ammar Rafiqin.

“Kau biar betul Leen? Tabah gak laa kau ni, boleh tahan kena tinggal. Kalau dia keluar rumah ada misi apa-apa ke, berlayar ke, tak ada kat rumah selalu? Pergh ,tahan sental la weh! Kalau aku mau menangis tak berlagu dah!”

“Leen, lepas ni bukan laki kau je aku nak salute, ngan kau sekali aku tabik spring baik punya!”

“ Fuyohhhh, abang tentera tuu! Lepas ni kalau gaduh jangan main tembak-tembak guna M-16 pulak!”

Kata mereka, aku jenis wanita ‘berani mati’. Cuba beritahu aku, wanita mana dalam dunia ini rela diperlakukan sedemikian rupa? Maksud aku, tidak banyak masa dapat diluangkan bersama gara-gara kekangan kerja. Al maklumlah, tugas seorang tentera sudah cukup dibayangi dengan pelbagai tugasan untuk keselamatan negara, hingga keluarga dan isteri diletakkan dalam senarai prioriti entah tangga ke berapa. Berpuluh? Beratus agaknya.

Ditinggalkan demi tugas yang menanti. Ya, ini juga sudah aku maklumi. Contoh terdekatku, Mak. Mak juga bersuamikan seorang tentera. Suasana keluargaku yang menjadi seorang tentera dan berkahwin dengan tentera, seolah-olah menjadi tradisi dalam keluarga. Aku hanya menjadi penyambung legasi. Ah, perasan. Mungkin itu juga faktor pemangkin mengapa aku mahu memilih seorang tentera sebagai calon teman hidupku. Ayah juga menjadi penyokong tegar.

Kisah aku dan Ammar?

Ya, barangkali tidak seperti pasangan normal lain yang bercinta. Penuh dengan SMS, call, date dan sebagainya. Bukan nak kata hubungan kami ni abnormal, namun dengan keadaan superbusy, aku dan dia kadangkala tidak punya ruang untuk bermanja-manja bagai nak gila.

Kadang-kadang dah plan weekend untuk luangkan masa bersama baik punya, kena cancel. Gara-gara tugasnya kembali menguasai carta prioriti. Aku tersembam kalah.

Kata temanku, hubungan aku dan Ammar kelihatan hambar. Tidak punya banyak variasi dalam merancakkan perhubungan. Namun, aku selesa begini. Statement yang litar pintas dari Cik Adleen Nadzurah. Kekuatan aku untuk terikat dengan Ammar mudah sahaja. Kupercaya dia mampu melindungi dan membimbing aku. Saat bersamanya buat aku rasa selamat. Tidak pernah sesekali dia menyentuh aku, baik secara sengaja mahupun tidak, dia cukup menghormati sifat keperawanan yang aku miliki. Ammar juga bukan jenis lelaki yang banyak songeh, karakter ‘give and take’nya sangat supermantap! Dia bijak mengambil hatiku, dan berusaha untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perhubungan kami meski terpaksa berperang dengan hakikat tugas yang dengki akan perhatian yang diberikannya kepadaku.

Itulah kunci yang buat aku masih bertahan dengan Ammar Rafiqin. Meskipun sudang berulang-ulang kali diberi amaran olehnya,

“ Adleen sayang, jadi girlfriend tentera ni tak mudah tau. Banyak benda gila boleh jadi last minute, mental selalu teruji. Awak kena kuat sokong saya!”

Aku mengangguk tanda faham untuk kesekian kalinya. Entah, dah macam kena suntikan pelalian dah. Tahap imunisasi aku dengan gaya kerja Ammar dah kira hampir kebal dah.

“Sebab tu saya sayang awak. Tak ramai perempuan kat luar sana yang boleh faham, tugas seorang tentera macam mana. Walaupun diorang tahu dan faham, tapi belum tentu diorang boleh pilih dan sanggup untuk go through semua ni. Macam awak.” Itu jawapan keramat dari mulut Ammar. Cukup untuk dapat perfect score kenapa aku juga sayang dia. Pengorbanan. Suatu yang aku pelajari sepanjang menguliti detik-detik mengenali lelaki bernama Ammar Rafiqin. Bukan suatu yang mudah.

“Kenapa pilih saya?” soalku kembali.

“Saya mencari teman hidup. Bukan sekadar teman wanita yang sekadar boleh kongsi gelak ketawa saya. But in every ups and downs. Grow old with me. Enlighten my life not only as a girlfriend, but as a loyal wife and a beautiful incredibly strong mother to my children. That’s perfectly match to describe you in a glance.”

Aku dah tak larat reshape hati aku everytime Ammar keluarkan ayat yang boleh buat hati aku cair meleleh-leleh. Ammar bukan jenis lelaki yang sentiasa mengekspresi rasa melalui kata-kata, namun bila sekali keluarkan ayat macam ni, cukup buat aku terharu dan sebak. Ah, cengeng betul. He’s a man with action, not charming me by words. Biasalah tu, expectation dari seorang pegawai tentera. Gagah, macho dan kemas. Memang selera aku. Tampan? Sedap pada mata aku memandang sudahlah. Janji anak-anak aku tak ada yang hodoh gara-gara gen tak hensem terlepas kat anak-anak. Haa…. Apakah??? Merepek sudah.

Ah, nasiblah tapi. Siapa suruh awak buat saya crush kat awak? Heheh…

Takkan pernah aku lupakan saat itu, Ammar baru sahaja setahun ditauliahkan sebagai Leftenan. Sedang aku, masih di tahun terakhir pengajianku. Dinner kali ke-30 setelah menjalin perhubungan hampir 4tahun. Kali ke-30? Kalau kira blood count versi dating Adleen dan Ammar, ni memang dah tahap kritikal hampir nazak. Tapi nak buat macam mana, dah jarang jumpa punya pasal.

“Dr. Adleen Nadzurah, saya nak lamar awak jadi isteri saya. Lalu bawah pedang dengan Lt. Ammar Rafiqin jom?” Ammar merenung wajahku tanpa riak canda. Tersungging senyuman dibibirnya.

Terasa nak melompat dan meloncat. Sudu dan garfu ditanganku terhenti pergerakkannya bergeser dengan pinggan nasi goreng yang tersedia didepan mata. Aku mengangkat wajahku menala Ammar Rafiqin. Pipiku berona macam serbuk blusher tumpah satu bekas. Saat itu, terasa mimpi indah zaman hingusan kembali menerjah. Dah besar rupanya aku…dah sampai turn aku pulak nak lalu bawah pedang, dan ini bukan main-main! Mataku tak semena-mena membentuk butiran jernih hangat, menakung di tabir mata. Terharu. Sungguh tak percaya!

Hari yang diimpikan tiba. Ammar segak menyarung sut putih tanpa celanya, sedang aku disampingnya memilih gaun pengantin dari warna yang sama supaya nampak sepadan. Kulingkarkan jemariku memaut lengan kepunyaan Ammar Rafiqin, lelaki yang telah selamat menjadi suamiku yang halal dengan sekali lafaz sewaktu akad nikah tidak lama dahulu. Bising pancaragam bergema di luar dewan majlis resepsi. Gemuruh lagi dahsyat fluctuate daripada time nak akad hari tu. Bukan setakat rama-rama dalam perut dah ni, rasa macam iras-iras anak gajah menari dalam perut pun ada.

“Chill sayang, it’s show time.”  Ammar menggenggam tanganku.

Dengan lafaz bismillahirrahmannirahim, kaki kananku dan Ammar sama-sama menghayun di atas permaidani merah, pedang-pedang menjulang ke atas memayungi langkahku dan Ammar. Bahagia begini. Sempurna sudah impian zaman hingusan.

Tidak akan pernah aku lupa juga saat itu.

Itu cerita setahun dahulu. Aku dan Ammar masih bahagia sehingga kini. Sayangnya masih menghangatkan jiwaku. Tidak pernah dia gagal dalam memberikan kecintaannya kepadaku. Cuma satu yang tiada beza dari awal perkenalan sehinggalah sudah melangkah ke gerbang perkahwinan, jadual kerjanya masih sahaja sama. Last minute dan gila. Seperti sekarang. Ditambah pula dengan jadual on call ku yang juga tak kurang gilanya, tsunami jugalah yang membadai dijiwa.

“Kenapa ni sayang, moody sangat ni… abang minta maaf okay? Duty mengejut ni. Bukan tinggalkan sayang nak pergi berperang pun…hehe” Ammar memujuk sambil memeluk bahuku. Aku memang sudah sedia tarik muka tujuh belas sambil menyilangkan siku menghadap jendela. Tangan Ammar tak semena-mena bergerak ke perutku. Dielusnya perlahan. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya mendarat dibahuku. Aku bersandar di dadanya.

Tidak aku nafikan, memang aku moody dan stress belakangan ini. Bukan sebab pressure kerja je, morning sickness completing the package. Baru tujuh minggu, dah ada gaya sentimental tak pasal-pasal. Pembawakan budak agaknya. Ammar nak pergi kerja pagi-pagi pun time aku salam tangan and dia cium dahi aku dah menangis, habis hilang muka legend. Padahal bukan tak biasa kena tinggal. Ni kes nak batalkan trip pergi pantai pun aku dah nak emo. Leen… Leen…

“ Leen ok je ni. Macam tak biasa pulak. It’s okay. Hormon tak betul kot. “ sengihku kemudian sambil berpusing menghadapnya. Aku menarik tangan Ammar menuju ke dapur.

“Nak pergi mana?” soal Ammar.

“Makan aiskrim. Hazelnut chocolate sauce. Denda kena habiskan satu tube aiskrim dengan Leen, since tak jadi trip pergi pantai!” tingkahku. Ammar menepuk dahi. Hah, padan muka!

Dalam hatiku seringkali menyebut dan mengingatkan, tugas suami yang harus menjadi keutamaan. Jalan ini 
yang telah kupilih, inilah harga pengorbanan yang harus dibayar untuk mencintai seorang pegawai tentera, tugasnya bukan mudah. Banyak pahit yang harus ditelan, bukan sekadar hanya indah istiadat dipayungi pedang menjadi perencah rasa hati sebagai tanda cinta buat Lt. Ammar Rafiqin, namun motto kerjanya juga sebati menjadi sebahagian dari hidupku. Juga hidup para isteri tentera diluar sana. Atapun mana-mana wanita yang bergelar isteri.



SEDIA BERKORBAN.

Monday, July 4, 2011

akhir sebuah mujahadah (P2)

Rayyan Izdihar. Benar kata Mama. Lelaki itu juga menjadi salah satu sebab yang mendorongku untuk berubah. Namun aku bukan berubah kerana dia! Izdihar hanya pemangkinnya sahaja, lewat peringatan serta tazkirah yang diberikannya tanpa henti-henti terhadapku.


Namun antara aku dan Izdihar juga ada yang menghijabkan kami, tidak kira bagaimana sekalipun sokongan dan dorongannya terhadapku, aku tidak lagi boleh membiarkan keadaan itu terus terjadi. Dia bukan muhrimku dan apabila perasaan yang aneh mula menjalar dalam diriku terhadapnya, aku cepat-cepat beristighfar dan berpatah balik ke jalan yang sepatutnya. Aku sedar yang aku mulai menaruh perasaan terhadapnya, dan begitu juga dia. Namun cinta dunia yang sungguh indah itu merupakan suatu bentuk ujian juga buatku dan darinya. Melawan perasaan dan menghindari hubungan yang haram disisi Yang Maha Pemberi Cinta… Mujahadah yang bukannya senang untuk kulalui, sementelah pula mujahadahku untuk mentarbiahkan Mama masih lagi memerlukan kekuatan yang jitu .


Malam itu, ketika segala-galanya terbongkar dan diketahui Mama…itu merupakan malam terakhir aku berhubungan dengan Rayyan Izdihar. Akibat terlalu letih ,aku tertidur didepan skrin komputer dan segala kebenaran telah terhampar dihadapan Mama. Aku tidak pasti sama ada aku harus memberitahu Izdihar tentang perkara itu atau tidak. Setelah mendapat nasihat dari Najihah, aku cuba menghubungi Izdihar untuk mencari jalan penyelesaiannya.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Halily, izinkan saya untuk bertemu kedua-dua ibu bapa awak. Kalau awak tidak keberatan.  Sebab saya rasa masalah ini ada kaitannya dengan saya, biarlah saya yang bertanggungjawab juga. Saya akan cuba untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya pada Mama awak. Mungkin saya boleh ambil pendekatan ini untuk memperbetulkan fahaman dia yang selama ini dianggapnya salah…” Rayyan Izdihar bersuara.

Aku jadi gugup. Namun aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Beberapa hari selepas itu, aku memberitahu Mama bahawa aku ingin menemukan Mama serta Papa dengan Rayyan Izdihar. Mama pada mulanya berkeras namun setelah dipujuk Papa, Mama mengalah. Aku bagaimanapun masih belum mampu untuk tersenyum . Hatiku masih belum lega kerana aku benar-benar khuatir akan penerimaan Mama dan Papa terhadap Izdihar.

Akhirnya hari yang dijanjikan itu tiba. Rayyan Izdihar datang ke rumahku. Sewaktu kedatangannya, aku menjadi tidak tentu arah. Aku tidak tahu sama ada patut atau tidak aku menunjukkan muka dihadapan Izdihar ataupun tidak. Aku jadi malu. Meski dia rakan sekolejku, namun antara aku dan dia tidak pernah bertentang mata, ataupun bercakap secara langsung dengannya. Medium penghubung antara aku dan dia cumalah melalui alam maya semata-mata.

“ Assalamualaikum Pakcik, Makcik…” Izdihar melangkah masuk ke dalam rumah lalu menghulurkan tangan kanannya  kepada Papa. Mereka bersalaman. Papa hanya tersenyum. Dapat ku lihat riak wajah Mama yang sangat dingin. Papa mempersilakan Izdihar duduk. Papa duduk bersebelahan dengan Mama, dan Izdihar betul-betul duduk bertentangan dengan Mama.

“ Izdihar, makcik nak tanya elok-elok dengan kamu ni… apa yang kamu dah buat dengan Halily? Apa yang kamu dah rasuk pemikiran dia?” aku tidak sangka Mama begitu berterus-terang tanpa berbasa-basi.

“ Aisyah, kita ni nak berbincang elok-elok. Lagipun Izdihar tu tetamu kita. Sabar…” Papa memegang tangan Mama.

“ Baiklah, saya cuba taknak mengeruhkan keadaan lagi. Sebenarnya begini, saya  cuma mengingatkan dia tentang kewajipan dia sebagai seorang muslimah. The main thing yang selalu saya katakan padanya, jangan berasa selesa dengan Islam yang sedang dia amalkan selama hari ini, kerana tidak semuanya betul. Saya ambil pendekatan menegur Halily dari segi rasional dan logik, supaya Halily boleh berfikir dengan sendirinya. Kesedaran dan tindakan Halily, itu bergantung kepada pemahaman dan kekuatan dirinya untuk berubah. Saya faham bagaimana situasi keluarganya, jadi saya cuma memberi panduan kepada Halily untuk dia mengatasi masalah yang sedang dia hadapi,” petah benar Izdihar berhujah. Aku yang sedari tadi mengintai dari celahan daun pintu kamarku, berasa benar-benar kagum mendengarnya!

“ Kenapa Halily yang kamu jadikan sasaran nak berdakwah? Sedangkan ramai lagi student lain yang serupa. Kenapa kamu tak approach sahaja mereka yang lain?” duga Mama.

“ Pakcik dan Makcik seharusnya berasa bersyukur, kerana mempunyai anak seperti Halily. Dia seorang gadis yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dia ada sekarang, malah berusaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan dirinya. Sebagai ibu bapa Halily, memang Pakcik dan Makcik dah berjaya mendidik Halily. Namun janganlah disebabkan sedikit perubahan itu, Pakcik dan Makcik mempersoalkan tindakannya. Halily pun sudah matang, dia bijak membezakan antara  perkara yang sepatutnya dia lakukan ataupun tidak. Nabi sendiri pernah berpesan, seorang Muslim itu haruslah menjadi seorang yang lebih baik dari dirinya yang sebelumnya.

Mengenai approach saya pada student yang lain, saya sebenarnya secara umum sering berdiskusi tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan dakwah, mostly dengan student di kolej saya dan Halily juga salah seorang daripadanya. Jadi soal approach atau tidak dengan student lain itu bukan isunya, kerana bukan hanya Halily seorang sahaja yang menjadi mad’u saya. Lagipun saya percaya kepada niat saya untuk berkongsi ilmu dan selagi saya yakin apa yang saya buat tu tidak salah, insyaAllah segalanya tidak menjadi masalah…” lontaran kata-kata Izdihar begitu baik sekali.

“ Tapi apa yang Pakcik tahu dari Makcik, kamu ada menyimpan perasaan pada Halily?’ tanya Papa pula. Aku yang mendengar hanya mampu menepuk dahi. Alamak… kenapalah Papa dan Mama ni direct sangat?

“ Yang sebenarnya, jujur saya katakan bahawa saya memang tertarik padanya. Namun itu fitrah manusia. Meskipun begitu, saya sendiri faham dan tahu antara saya dan Halily ada hijabnya. Jadi, saya sebelum ini memang dah berniat untuk menjauhkan diri saya daripada Halily. Malah saya sedang usahakannya sekarang. Saya tak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan sebelum sampai pada masanya. Niat saya datang ke rumah Pakcik hari ni pun, untuk memperjelas kedudukan yang sebenarnya. Bukan semata-mata kerana Halily. Saya harap jelas segala penjelasan yang saya berikan pada Pakcik dan Makcik. Maaf seandainya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan Pakcik dan Makcik. Sesungguhnya saya cuba sedaya upaya saya untuk menjelaskan agar Pakcik dan Makcik berpuas hati…” jawab Izdihar dengan sopan. Aduh, tertib sekali cara Rayyan Izdihar. Tidak mustahil satu hari nanti dia mampu memenangi hati mad’unya dengan nasihat dan tutur katanya yang penuh hikmah.

“ Izdihar, maafkan Makcik. Sebelum ini memang Makcik ada tanggapan buruk pada kamu. Dari cara Makcik tengok kamu, Makcik percaya kamu orang yang baik. Teruskanlah berkawan dengan Halily. Makcik tak larang. Bimbinglah Halily. Asalkan masing-masing tahu dan pandai menjaga diri…” Mama tiba-tiba bersuara. Aku tersentak. Seolah-olah terasa seperti dipanah petir! Mamakah yang berkata sedemikian? Kutoleh ke arah wajah Papa. Tidak ada riak-riak membangkang dari air muka yang dipamerkannya.

“ Terima kasih atas kepercayaan itu Makcik,Pakcik. Tapi saya rasa Halily dah cukup kuat untuk membawa tarbiyah dalam dirinya. Saya akan serahkan segalanya pada dia secara total untuk membina jalan dakwahnya. Sekadar menyokong, saya doakan sajalah yang terbaik untuknya. Lagipun, saya dah cakap tadi. Saya takut timbul perasaan yang tak sepatutnya bukan kena pada tempat dan masanya. Sampai pada masa yang sesuai, insya Allah saya akan datang ke sini kembali bersama dengan orang tua saya. Tapi buat masa ini,  biarlah keadaan macam ni dulu. Bukannya apa, saya takut disebabkan itu, terhalang jalan dakwah saya. Hati ni perlu dijaga Makcik…” Izdihar memegang dadanya dan tersenyum ke arah Mama.

Selepas itu kulihat mereka berbual dengan begitu rancak sekali. Izdihar bijak menarik dan menjentik titik keserasian dalam hati Mama dan Papa. Aku bersyukur. Sangkaanku pada mulanya ternyata meleset. Malah, ia terjadi luar jangkaan ku, malah lebih baik dari apa yang aku jangkakan. Aku keluar menghidangkan minuman kepada mereka. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk menundukkan pandanganku terhadap Izdihar. Segan pula rasanya. Tidak lama selepas itu, azan Isyak berkumandang. Rayyan Izdihar meminta izin untuk solat dirumah itu lalu dia bangun dan menuju ke arah bilik air untuk berwudhuk.

Malam itu, setelah sekian lama rumah itu tidak berseri dengan solat jemaah, solat kami sekeluarga pada malam itu diimamkan oleh Rayyan Izdihar. Terasa syahdu sekali alunan suaranya mengalunkan tarannum. Aku hampir tidak khusyuk dibuatnya. Perasaan yang sama melewati hatiku setiap kali dia menjadi imam mengetuai solat di kolej. Bacaan doanya juga begitu mengasyikkan aku. Namun aku tidak terlepas berdoa untuk mendoakan, supaya Allah membuka pintu hati Mama dan sekaligus menentukan jalan yang terbaik buat aku dan Izdihar. Setelah selesai solat Isyak, kami menikmati makan malam bersama dan selepas itu, Rayyan Izdihar meminta diri untuk pulang.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pagi itu aku agak tergesa-gesa berkemas. Aku mahu pulang awal ke kolej, apabila memikirkan ada tugasan yang perlu segera kusiapkan. Setelah siap berkemas, kakiku menari-nari turun memijak anak tangga dan menghampiri dapur, hajatku mahu menolong  Mama menyiapkan sarapan.

“Lily, tolong Mama hidangkan sarapan ni kejap. Mama nak naik atas bersiap. Lepas sarapan, Mama dengan Papa akan hantar Lily terus pulang ke kolej…” arah Mama. Aku menuruti perintahnya.

Aku mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar dan meletakkanya di atas meja makan. Ku terlihat kelibat Papa yang sudah sedia menunggu di hadapan meja, menantikan sajian sarapan. Aku bergegas semula ke dapur untuk membancuh kopi dan mengambil pinggan untuk dibawa ke meja makan. Namun kali kedua aku menghampiri meja makan, Mama sudah sedia duduk disebelah Papa. Seolah-olah hampir terlepas  dulang yang berisi pinggan dan teko kopi yang kutatang, apabila terlihatkan Mama. Perlahan aku menghampiri meja makan tersebut, meletakkan dulang tanpa sedikitpun mataku berkelip memandang ke arah wajah Mama…


“Alhamdulillah Mama…” aku mengalirkan air mata kegembiraan lantas memeluk Mama. Mama membalas pelukanku.


Terima kasih Ya Allah! Kau mendengarkan permintaanku! Mama telah bertudung labuh kini Ya Allah… hidayah Allah telah sampai kepada Mama. Allah sudah mencampakkan perasaan keinginan dan pemahaman itu kedalam hati Mama.

“ Lily… Mama mungkin tak sempurna lagi menutup aurat. Kalau ada apa-apa yang perlu nak tegur Mama, nanti beritahu Mama ya?” Mama mengesat air matanya. Aku mengangguk laju. Aku benar-benar gembira!

“ Anak beranak ni buat drama lah pulak depan meja makan ni… sudah-sudah, kejap lagi sebelum Papa hantar Lily balik kolej, kita singgah mana-mana butik yang jual tudung dan busana muslimah. My treat today…okay? “ seloroh Papa. Berderai ketawaku dan Mama.


Terima kasih Ya Allah. Terima kasih juga buat Rayyan Izdihar. Tidak sabar rasanya aku mahu mengkhabarkan berita ini kepadanya. Sesungguhnya benar kata awak pada saya, Izdihar… permulaan cabaran memang susah dan tidak kiralah apa pun caranya…pengakhiran itulah yang lebih bermakna. Mujahadahku untuk mentarbiyahkan Mama ternyata tidak sia-sia. Meskipun aku faham bahawa Mama masih perlu masa untuk berubah, namun sekurang-kurangnya kesedarannya ke arah itu sudah ada. Azamku, aku mahu terus mentarbiyahkan lebih ramai orang yang kusayangi selepas ini, setelah ku merasai sendiri nikmat kemanisan yang Dia berikan apabila mampu tersenyum puas melihatkan perubahan dari tarbiyah yang telah diusahakan dengan penuh sukar…. Buat Rayyan Izdihar pula, biarlah Allah sahaja yang menentukan. Yang ku pasti kini, hatiku sedang tersenyum girang.

akhir sebuah mujahadah (P1)

“ Mama, err Lily rasa.. Lily nak pakai tudung labuhlah…” tuturku teragak-agak untuk menyatakan keputusanku itu pada Mama. Mama yang ketika itu sedang menghirup kopi buatannya tiba-tiba tersedak. Papa yang sedang membelek-belek surat khabar, terhenti pembacaannya. Lalu pandangannya dialihkan kepadaku.

                “ Apa Lily cakap ni?” Mama merenungku tajam. Dia menurunkan sedikit cermin matanya dan mencerun tepat ke arah iris mataku. Aku membalas renungan Mama dengan yakin sekali. Kuyakin tidak ada apa yang harusku takutkan kerana aku membuat keputusan yang betul.

                “ Mama, I think I’m doing the right thing. Pakai tudung labuh apa salahnya? Lagipun, labuhkan sikit je. Sempurnakan lagi aurat yang memang dah sedia ditutup pun. I hate you staring at me like that… macam Lily buat salah besar gila…” aku membalas.

                “ Lily, jangan nak berlagak alim dengan Mama. Pagi-pagi Ahad ni tak payah nak buat lawak dengan Mama dan Papa. Buat apa nak ikut fashion kolot macam tu? Pakai tudung labuh tu rimas tau tak? Selekeh and tak kemaslah Mama tengok orang pakai. Tak berkenan langsung Mama tengok. Sebab tu Mama tak pernah pakai pun tudung labuh-labuh macam tu… Apa, selama ni Mama ni jahil sangat ke? Bukannya Mama tak pakai tudung... ” tokok Mama kemudian. Nadanya sedikit marah dan tidak puas hati dengan kenyataanku sebentar tadi. Aku mendengus geram.

                “ Mama, tudung yang kita pakai sekarang ni tak cukup sempurna lagi tutup auratnya, Ma. Buat apa pakai tudung tapi sanggul terbonjol-bonjol. Buat apa pakai tudung kalau baju kita still jarang? Pakai tudung tapi tak labuhkan bahagian dada, konon nak tayang rantai yang panjang berjela-jela tu? Lily punya shawl yang berlambak-lambak kat dalam wardrobe tu pun Lily taknak pakai dah. Sebab apa? Jarang tau Mama…” jelasku pada Mama. Aku mengendurkan sedikit nada percakapanku. Takut- takut aku terlangkau sempadan sehingga aku dikira meninggikan suara terhadap kedua-dua ibu bapaku. Aku masih pandai menjaga adabku. Namun aku agak tercabar juga sebenarnya apabila Mama berkata sedemikian.

                “ Lily, jangan nak menjawab dengan Mama! Ni apa kes tiba-tiba dah pandai nak persoalkan apa Mama buat? Mama salah itu, Mama salah ini? Mama dah tak nak dengar lagi Lily sebut pasal benda-benda ni lagi dah…” tegas Mama.

 Aku merenung muka Papa yang sedari tadi hanya diam memandang pertelingkahan antara aku dan Mama. Aku mengundurkan kerusi dan berjalan meninggalkan meja makan itu. Perit sekali rasanya apabila reaksiku mahu berubah ke arah yang lebih baik diperlakukan sedemikian rupa. Yang paling ku kesali, Mama… tidak langsung memberi peluang kepadaku untuk berhujah lebih panjang tentang sebab dan mengapa aku harus berbuat begitu.

                “ Ni semua salah abang. Beriya-iya sangat nak hantar Lily belajar kat kolej tu. Saya dulu dah cakap dah, budak Lily tu akan terpengaruh jugak dengan kawan-kawan dia kat sana tu.  Saya suruh awak hantar dia belajar ke Australia, awak nak dia study kat sini dulu. Tengok apa yang dah jadi sekarang? Diorang ajar anak kita jadi ekstrimis! “ bentak Mama pada Papa.

                “ Hey, Aisyah! Syaitan apa yang dah merasuk awak pagi-pagi ni? Yang awak nak bising tak tentu arah ni kenapa? Biarlah budak tu nak bertudung labuh pun. Apa salahnya? Ekstrim sangat ke budak tu sampai dia nak bertudung labuh pun awak nak pertikaikan? “ marah Papa pada Mama. Tak kusangka, cadangan yang kukatakan pada mereka tadi telah mengocak ketenangan pagi Ahad itu. Pagi yang sepatutnya menjadi pagi yang ceria, apabila kami dapat berkumpul bersama-sama tiba-tiba bertukar mendung, gara-gara aku.

                “ No way Abang, I think something is not right with our girl. Dia tak macam tu dulu. Cakap saya ni tak pernah dilawannya Abang tau tak? Saya nak siasat tengok dengan siapa dia berkawan and siapa dah hasut dia untuk buat benda-benda ekstrim macam ni. Saya tak suka lah Lily terpengaruh dengan benda- benda macam tu. Rosak budak tu nanti… “ ujar Mama. Tegang sekali bunyinya.

                “ Suka hati awak lah Aisyah. Tak kuasa saya nak melayan perangai awak yang pelik ni. Anak nak berubah jadi baik, bukannya nak sokong. Fikir benda bukan-bukan pula. Saya tak faham betul  dengan perangai awak…” bingkas Papa dan meninggalkan meja makan. Meninggalkan Mama tercengang-cengang.

                Aku yang bersandar disebalik dinding, hanya mampu menangis mendengarkan tuduhan Mama yang sebegitu. Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “ Kadangkala Allah nak uji kita ni, dengan sesuatu yang kita sayang. Untuk uji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya.  Sesuatu yang kita sayang itu, contohnya macam orang yang kita sayang… kita akan ajak dia sama-sama cari redha Allah bersama-sama dengan kita. Kadangkala kita mampu nak tarbiyah orang lain, tetapi orang yang terdekat dengan kita sendiri kadang-kadang kita tak mampu nak tarbiyah. Semua tu ujian sebenarnya… macam firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 56…” kata-kata Ustazah Adawiyyah pada petang ketika aku menghadiri usrah mingguan itu sedikit sebanyak mencuit perasaanku.

                Alhamdulilah, sejak tinggal di kolej ini… hidayah Allah semakin dekat menghampiriku. Aku mula meneliti semula hidupku. Memperbetulkan arah tujuan dan sekaligus mendidik hati yang sudah semakin keras ini dengan perkara- perkara yang boleh mendekatkan aku kepada-Nya. Aku senang sekali menghadiri usrah,kuliah-kuliah agama yang menjadi sebahagian daripada program di kolej. Aku juga tidak berat hati untuk melangkah pergi berjemaah disurau. Sesuatu yang aku jarang dapati apabila berada dirumah.
Papa bukannya tidak bersolat dirumah, tetapi kami jarang berjemaah. Itu sahaja. Aku juga beruntung kerana mendapat teman sebilik yang selalu menjuruskanku ke arah program-program yang bercorak islamik ini. Secara kebetulan pula, mereka berdua merupakan naqibah yang mengendalikan program-program usrah bersama pelajar kolej. Aku sering mengambil kesempatan itu untuk pergi menyertai mereka dan berkongsi ilmu bersama dengan yang lain. Dari seorang Islam yang biasa, Islam yang hanya kupamerkan pada nama… aku cuba untuk berubah dan menghayati cara hidup Islam itu sendiri diamalkan dan lebih dibudayakan. Kata Izyan teman sebilikku, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Dalam dan tersirat sekali ayatnya itu seringkali membuatkan aku berfikir.

                Malah sejak aku menghadiri usrah serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Adawiyyah, hidupku lebih terisi. Rohaniku mendapat santapannya juga dan dalam masa yang sama menambah pengetahuanku terhadap sesuatu yang selama ini kupandang ringan. Pertanyaan dari Syaima kepada Ustazah Adawiyyah tiba-tiba menyedarkankan kekhayalanku sebentar tadi. Jauh benar fikiranku ini menjelajah…getusku perlahan. Aku tersenyum dan memandang Ustazah semula sambil memberi perhatian terhadap soalan yang ditimbulkan oleh Syaima sebentar tadi…

                “ Ujian Allah melalui orang yang kita sayang? Macam mana tu, Ustazah? Macam menarik je bunyinya…”

                “ Macam ni Syaima, sebab apa kita rasa nak berdakwah kepada orang lain? Sebab rasa cinta dan kasih sayang kita terhadap dia. Ujian nak mentarbiyahkan seseorang yang kita sayang itu lebih sukar sebenarnya, kerana kita lebih terdorong untuk berputus asa sekiranya kita tak dapat nak tarbiyahkan dia. Kenapa Ustazah cakap macam tu? Sebab ianya melibatkan perasaan sayang. Contohlah kalau kamu ada adik yang tak nak sembahyang, kesabaran yang lebih tinggi sebenarnya diperlukan untuk kamu istiqamah nak ajak dia berubah dan menunaikan solat.  Sebab kamu sayangkan dia kan? Ujian tu kan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi, betul kan Syaima?” terang Ustazah Adawiyyah kepada Syaima. Syaima mengangguk tanda mengerti.

                Aku mengangkat tangan. Ingin bertanya sesuatu kepada Ustazah Adawiyyah. Tergerak hatiku untuk bertanya kerana topik yang dibincangkan ini kena benar dengan diriku.

“Tapi kalaulah setelah dinasihati pun dia tak nak dengar nasihat kita? Apa kita nak buat ustazah? Mestilah kita rasa sedih kan? Sedihlah tengok orang yang kita sayang tapi hidupnya berdosa…” aku menyoal.

“Kadangkala, disebabkan kita sayang dia, dan kita tak nak dia terjebak dengan dosa dan kemurkaan Allah.. sebab tu kita nak dia cepat-cepat berubah dan dengar cakap kita. Tapi kita sebenarnya terlupa, hati dan hidayah itu milik Allah. Kita mahukan perubahan itu secara mendadak dan drastik, tentulah sukar bagi dia nak berubah. Rasulullah sendiri pun tak dapat nak tarik bapa saudaranya, Abu Talib yang sangat dikasihinya untuk memeluk agama Islam. Kamu pun tahu bukan ,betapa tingginya pengorbanan dan sumbangan Abu Talib dalam melindungi Baginda namun disebabkan hidayah Allah tidak menghampirinya, maka Abu Talib bukan tergolong ke dalam salah seorang ummat Nabi Muhammad yang beriman dengan Islam. Lihat Halily, di sini Allah nak tunjukkan kepada Baginda bahawa hidayah itu memang milik mutlak Allah. Jadi, cara yang terbaik ialah dengan memberikannya masa dan dalam masa yang sama kita jangan putus-putus berdoa, mudah-mudahkan Allah membuka pintu hatinya untuk berubah…Insya-Allah. Menjawab pertanyaan kamu tak, Lutfiana Halily? “ Ustazah Adawiyyah menjelaskan dengan begitu panjang lebar. Aku tersenyum tanda berpuas hati. Setelah itu Ustazah Adawiyyah menambah lagi dengan kisah-kisah zaman para sahabat yang turut berdepan dengan situasi yang sama ketika dalam perjuangan mereka meneruskan misi dakwah, sedikit sebanyak melegakan keresahan hatiku.

Sabar itu sebahagian daripada iman, Lily. Teruskan berusaha untuk jentik perasaan Mama kau! Azamku didalam hati.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “ Sejak bila dah pandai berstokin ni Lily? Mama hantar ke kolej tu suruh jadi doktor, bukan jadi ustazah!” perli Mama sewaktu aku pulang berhujung minggu dirumah. Ketika itu, aku mahu keluar untuk berjumpa rakan baikku yang baru pulang dari Mesir disebuah restoran untuk makan tengahari. Aku hanya mengenakan blaus longgar dan agak labuh serta tudung yang ku pin dikiri dan kanan bahuku. Buntang mata Mama melihatkan aku mengenakan handsock serta stoking yang membaluti kakiku itu.

                “ Mama, please don’t start it again. Lily kan pakai kasut so Lily pakailah stoking. Tak selesalah kalau pakai kasut tak pakai stoking. Mama ni, macam tak pernah tengok Lily pakai stoking pulak! Sebelum ni kalau Lily pakai stoking tak pernah pulak Mama nak bising…“ kataku sengaja mencari helah. Sebenarnya aku juga tak kuasa lagi hendak mencari gaduh dengan Mama. Hanya itu yang kunyatakan sebagai alasan, sedangkan hakikat sebenar aku mengenakan stoking itu adalah kerana ia sebahagian daripada auratku. Ku dituntut melakukannya jadi kulakukannya...lillahi Taala.

                “ Jangan ingat Mama tak tahu yang Lily berubah ni mesti sebab budak lelaki tu kan? Dia yang suruh Lily pakai tu, pakai ini… jangan buat itu, jangan buat ini. Sampai sekarang dah berani nak melawan cakap Mama kan?” kata-kata dari Mama membuatkan aku tersentak. Terhenti langkahku tatkala aku mahu membuka pintu Myvi yang diparkir di depan rumah. Aku berpaling dan memandang kearah Mama. Aku berjalan mendekati mama semula. Mama sekadar tercegat berdiri dimuka pintu sambil mengangkat keningnya. Lelaki? Dari mana Mama dapat tahu?

                “ Lelaki mana pulak ni Mama?” soalku pura-pura tidak mengerti.

                “ Siapa Izdihar?” soal Mama kembali. Aku menelan air liurku. Soalan yang bertubi-tubi menerjah ke benakku sekarang…Dari mana Mama dapat tahu tentang Izdihar? Rayyan Izdihar…

                “ Izdihar mana pulak ni Mama? Nothing la Ma, kalau ada pun he’s a friend of mine. Bukan siapa-siapa pun. Please Ma, jangan buat assumption yang bukan-bukan…” rayuku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Mama mengetahui siapa Rayyan Izdihar.

                “ Last night I went to your room. I thought you stay up late buat kerja. Ended up I found something. Mama nampak Lily tertidur depan komputer tu. When I came closer, Mama nampak ada YM conversation between Lily and Izdihar. From the content yang Mama baca and I scrolled it down, enough for me to know and understand everything that happened now… you’ve changed a lot because of him right? Tell me the truth Lily…!” desak Mama. Ternyata Mama telah mengetahui segala-galanya. Tiada apa lagi yang mampu kusembunyikan kini.

                “ Mama, I promise we’ll discuss about this later okay? I’m already late so let me go now. Assalamualaikum Mama…” aku mencium tangan Mama seraya berlalu pergi.

                Sepanjang pemanduanku untuk berjumpa dengan Najihah Syauqina, aku benar-benar terganggu. Namun aku cuba untuk bertahan dan meneruskan pemanduanku dengan hati-hati. Setelah berjumpa dengan Najihah, barulah kuhamburkan segala-galanya beserta dengan linangan air mataku. Najihah yang mengetahui segala-galanya mengenai aku hanya mampu memelukku dan memujukku supaya aku bersabar. 

Friday, June 10, 2011

hingga saat itu (P5)

Selesai menelaah tajuk Kinematics untuk dijawab dalam kuiz Fizik yang bakal diadakan esok, aku cepat-cepat menghidupkan komputer ribaku yang berjenama Acer itu. Secebis kertas yang mengandungi link blog milik Afifah beserta nama blognya yang kuperolehi daripada Addura beberapa hari lepas segera kukeluarkan dari poket seluarku yang bersangkut di belakang pintu. Kulihat Faqar dan Adif mula merebahkan diri di atas katil setelah lights-off (aku pun tak faham kenapa nak kena buat lights-off lagi kat kolej. Oh lupa, ni kolej berasrama penuh laa bukan Kolej Mak Saya). Esok hari Jumaat, budak-budak IB ni ada CAS time. Patutlah depa tidoq awai!




Maysa.

Macam brand Hana Tajima je. Aku tergelak kecil. Si Afifah ni gila brand tu ke sampai letak nama kat blog dia? Aku klik pada paparan blog kepunyaan Afifah. Nak mula dari mana ni? Erm okay, start dengan bulan Disember dulu. Birthday aku. Hehe…

PARTY LIKE THIS!
15 December 2008. 2:00 a.m

Penat keluar dengan Joey. Damn.. awesome gila party tu! Silap besar la Kiki ngan geng-geng dia tu tak join. Oh ya by the way, today was a bless. Seeing Naz again. A silver pendant was in return bila Naz balik dari China pergi family vacation that day. Babe, I love you!what do I gave him as an exchange? Ohho… its an untold secret here…dear blog, you tak boleh tahu! Haha. Well… more surpise to come in two weeks time. It’s New Year! Okay dear, I’ll wait  for the next surprise Naz! Wuargh.. penat! Penat! Let’s call it a day. Bed is yelling..Bye2 Maysa! Mmmmuaahhh~

Posted by FifyAzizi. 0 comment.

Terkebil-kebil mataku tatkala membaca post pertama itu. Erk… Khairunnisa Afifah kah ni? Parti? Cara penulisannya juga jauh benar bezanya dengan karakter yang dipamerkan oleh Khairunnisa Afifah yang kukenali. Siapa Naz? Oh mungkin boyfriend Afifah agaknya. Namun aku masih mengingati pesanan Addura, jangan sesekali cepat melatah ataupun jump to conclusion sewenang-wenangnya. Aku meneruskan pembacaanku ke post yang seterusnya. Kali ini, aku memilih untuk membaca post bulan Januari 2009. Barangkali kejutan yang dimaksudkannya itu ada dalam post bulan Januari.

HATE YOU.
7 January 2009. 8:00 p.m

I hate you Naz! I hate you! That was the worse New Year Celebr8tion ever! Sanggup you buat I macam ni. Sanggup you nak buat benda tak senonoh tu kat I?? Shit! I benci you! You claim that you love me, by dong such a thing? Guess what, I never wanted to see your face again! I hate you! And jangan sesekali harap I akan maafkan you! Tak guna!

Posted by FifyAzizi. 1 comment.

Jane_kiddodido : Babe, kau sabar lah weh. Naz tu memang stok lelaki tak guna. Thank god, kau xjadi pape that night.

Apa yang nyaris terjadi pada Afifah malam itu? Debarku kian kuat menggoncang naluri lelakiku untuk terus mencungkil rahsia yang satu-persatu terungkap. Tanpa sedar, sudah hampir satu jam, mataku tidak lari dari bergelumang dengan aksara-aksara yang terpapar di blog Afifah. Aksara yang sedang ‘bermain-main’ dengan susunan yang pelbagai, dalam menterjermahkan suatu kisah… sisi lain gadis itu, Khairunnisa Afifah…

KEMBARA MAYSA.
Posted 27 February 2009 1:30 a.m

Kembara Maysa = Suatu kembara yang bermaruah.Maysa ertinya yang bermaruah. Ya… aku mahu mengembara dan mencari semula identiti diriku. Atau lebih tepat lagi, meraih semula maruah diriku. Harga diriku sebagai seorang gadis yang bergelar muslim. Aku mahu dalam setiap langkahku yang menapak, adalah sederap menuju cinta dan redha Ilahi. Susur hitam itu membuatkan hatiku benar-benar galau, kadangkala buatku tak daya lagi mahu melangkah. Ya Allah, terus berikan aku kekuatan. Walaupun kurasakan kekuatan yang menampan semakin memudar, iman yang tersisa semakin menipis… jangan kau palingkan hatiku ini dari terus tulus merindui-Mu Ya Khaliq… aku tahu, dengan lumpur dosa yang membaluti tubuhku ini tidak selayaknya aku mengemis kasih-Mu namun kau kekalkan dan tetapkanlah hatiku untuk terus mencari redha-Mu, Ya Rabbul Izzati…

Posted by AfifahAzizi. 3 comments.

Aku menelan air liurku perlahan. Aku terus menggerakkan tetikus untuk membaca komen yang ditinggalkan untuk post itu.

Nur_kasih91 : Be strong ya sis, Allah bersama orang yang sabar. La tahzan. Minta kekuatan dari-Nya sentiasa! =)

MissQ: Awak kene kuat! Don’t let the past haunt you. Move on!

AfifahAzizi : to Nur_kasih91 n MissQ = thanks a bunch..insya Allah. I know, to have the future to come in, I have to let go off the past. I’m trying. Praying hard too.

Khairunnisa Afifah ternyata gadis yang cekal. Setelah ku membaca beberapa (kukira bukan beberapa, namum hampir keseluruhan post di blognya) barulah ku mengerti mengapa dia bersikap sedemikian rupa.
Rupa-rupanya dia pernah liar suatu ketika dahulu.

Dia pernah teruk suatu ketika dahulu.

Setiap hamburan kata-katanya lewat blog yang ku baca, dia kembali insaf setelah mengalami satu peristiwa hitam yang hampir meragut maruahnya.  Dia juga bukan datang dari keluarga yang sangat menitik beratkan perihal agama. Meski datang dari keluarga yang senang, kekayaan melimpah ruah, namun dia ternyata tidak benar-benar bahagia dengan gaya hidup sebegitu. Aku terpana dan tersandar di kerusi sambil mataku terarah menghadap laptop diatas meja belajarku. Aku meraup mukaku perlahan. Tiba- tiba aku terasa malu bercampur segan terhadap Afifah. Ternyata gadis itu, benar- benar lain daripada yang lain. Aku malu kerana berperasaan sebegitu terhadap Afifah.

            Dari blognya juga aku mula faham, betapa dia sedang berusaha untuk menjadi sebenar-benar muslimah yang menjaga dirinya. Seorang muslimah yang kuat serta istiqamah melawan kehendak nafsunya. Dapat kurasakan bahawa, bukannya mudah baginya untuk berperang dengan kehendak nafsu, tatkala hati masih lagi berkocak dengan kesilapan masa lalu. Semua itu menjadi benteng kekuatan mengapa gadis pemilik nama Khairunnisa Afifah itu benar-benar nekad tidak mahu lagi melakukan sebarang tindakan yang memungkinkan dia mengulangi kesilapan yang sama. Tersilap langkah, dia mungkin terjerumus semula ke lembah yang bisa menghancurkan dirinya itu.
Aku menutup skrin laptopku perlahan. Terus ku berbaring dikatilku. Sambil mendakap bantal pelukku, aku membayangkan wajah Afifah. Jauh benar beza kita, Afifah. Tak layak rasanya saya nak berdampingan dengan awak. Hidayah Allah begitu indah terlahir buat awak.

Aku malu kerana tidak pernah aku menyangka Afifah setabah itu. Dia sangat istimewa. Islam yang diperolehnya bukan sepertiku. Walaupun aku tidak pernah pergi sejauh seperti apa yang telah dia perbuatkan, namun di mana kekuatan ku untuk cuba berusaha menjadi muslim yang lebih baik? Tidak mengharapkan kepada Islam yang kuperolehi dari kedua ibu-bapaku semata-mata? Kadangkala aku merasa bahawa nasibku lebih baik daripadanya kerana aku mempunyai keluarga serta ibu bapa yang sangat menitik beratkan soal didikan agama, tidak seperti Afifah. Namun, aku…? Aku…. I always take that thing for granted! Tidak seperti Afifah yang mencari setiap cahaya hati yang diperlukannya untuk kembali bernafas, dan bersemangat meneruskan hidup.

Aku sungguh malu!

Tanpa aku sedar, butiran jernih dan hangat mula menitis dari kelopak mataku. Masih terbayang-bayang sedikit potongan ayat yang seolah-olah berupa doa yang kubaca didalam blog itu tadi. Terkesan benar hatiku ketika membaca ayat itu. Sayu sekali. Aku dapt merasakan betapa tulusnya hati Khairunnisa Afifah apabila berdepan dengan Rabbul Izzatinya.

“AKU YAKIN JANJI TUHAN YANG MAHA MEMELIHARA. SESSUNGGUHNYA AKU DIDALAM PELIHARAAN-NYA SELAGI MANA AKU MEMELIHARA-NYA DIDALAM HATIKU. JIWAKU, HATIKU MILIK-MU YA ALLAH. PELIHARAKANLAH IA SEBAGAIMANA AZAMKU UNTUK MENJADI SEBAIK-BAIK WANITA YANG TERPELIHARA. AKU MOHON YA ALLAH. TIDAK PERNAH DALAM SUJUD TANGISKU KEPADA-MU, AKU LUPA UNTUK MENZAHIRKAN KEINGINANKU UNTUK MENCINTAI-MU SETULUSNYA YA ALLAH…”

Aku teringat kata-kata Ustaz Farhan dalam suatu kuliah Maghrib di Surau Al-Furqan yang kuhadiri tidak lama dahulu. Sesungguhnya barangsiapa yang Allah kehendaki beriman, Allah akan mengurniakan kefaqihan (kefahaman) dalam beragama kepadanya. Subhanallah… Afifah…

Aku berdoa pada Allah, mudah-mudahkan kau dikurniakan kekuatan, istiqamah dan pemahaman yang mendalam untuk meneruskan perjuanganmu Afifah. Semoga Allah bersama disetiap keberadaanmu. Amin.

BERSAMBUNG...