CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 22, 2012

Hakikat Seorang Wira Samudera

 (SEMPENA MENYAMBUT HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA YANG KE 78)

“Abang pergi tak lama, sayang. Sue tunggu abang balik ya. Jagakan Imran buat abang. Sue pun kena jaga kandungan dan kesihatan baik-baik. Insya-Allah Abang akan selalu kirim khabar dan telefon Sue untuk tanya khabar keluarga dan anak-anak nanti.” Aku mengucup dahi Suhaily dan anakku Syafiq Imran, lantas memeluk kedua-duanya kedalam dakapanku.

“Sue akan kuat demi Abang dan anak-anak. Insya-allah, Sue doakan Abang selamat pergi dan selamat pulang. Sue dan anak-anak akan tunggu Abang balik.” Kulihat bibir Suhaily bergetap menahan tangis. Masih jua menggagahkan dirinya untuk tersenyum dihadapanku.

Sungguh, berat bahagian hatiku yang bergelar ayah dan suami ini untuk pergi meninggalkan isteri yang sedang hamil 3 bulan beserta anak yang baru mula pandai berjalan jatuh itu. Namun apalah dayaku, dalam masa yang sama..tanggungjawabku terhadap negara turut terpikul di atas bahu ini. Semua demi kehendak perkhidmatan,tuntutan amanah ibu pertiwi serta hidupku menjunjung cogankata yang satu, Sedia Berkorban. Lalu aku kuatkan jua.

***

Jam ditanganku hampir pukul 0400H. Aku baru sahaja selesai ‘radar shift’ bersama anak buahku serta seorang pegawai, Lt. Faisal lalu mereka mengajak aku untuk minum kopi bersama. Namun pelawaan mereka kutolak secara baik, cadangnya aku mahu bersendirian melepaskan lelah. Aku melangkah menuju ke buritan kapal untuk merenung gumpalan buih yang terhasil daripada pintalan propeller. Mencium bau laut yang sebati menjadi kehidupanku. Suatu senyuman tersungging dari bibirku. Indah dan menenangkan. Aku duduk lalu mengeluarkan sepucuk sampul surat yang baru sahaja ku terima tengahari tadi. Namun ketika itu, aku masih belum sempat membacanya.

Sambil ditemani bulan yang terang, aku membuka sampul kiriman Noor Suhaily bt. Sulaiman itu perlahan-lahan. Ku tarik isinya berhati-hati. Ada sepucuk surat beserta dua keping gambar yang kuterima. Tak semena-mata pelupuk mataku terasa mahu bergenang, satu foto Suhaili beserta Syafiq Imran dipangkuannya, kuyakin itu gambar terbarunya kerana kulihat anakku itu sudah besar sedikit daripada sewaktu aku meninggalkan dia bersama ibunya. Sekeping foto lagi, gambar seorang bayi perempuan yang comel yang ku agak baru berusia hampir sebulan.

Lantas kubaca isi surat itu.

Kehadapan suamiku yang dirindui, Sue mendoakan Abang moga selamat dan sejahtera di bumi Itali sana. Agaknya sudah berapa kali Abang nyatakan yang Abang rindukan masakan air tangan Sue, bukan lagi tiap hari disajikan dengan pasta mahupun pizza yang Abang sudah muak itu.

Abang,

Ini surat kali ke-10 yang Sue tuliskan buat Abang. Sue dan anak-anak serta keluarga di sini sihat semuanya. Untuk pengetahuan Abang, Sue sudah selamat bersalin secara normal pada 7 Jun lepas, jam 4.25 pagi. Alhamdulillah, zuriat kita yang kedua kali ini perempuan, bang. Mata dan hidungnya persis milik Abang. Mengikut sunnah hari ke-7, Sue namakan anak kita Syazreen Imanina bt. Ikhmal. Semua urusan pendaftaran kelahiran diuruskan adik Abang, Ikram sepertimana yang Abang amanahkan. Semuanya telah selamat dan lancar. Sue masih dalam tempoh berpantang, namun Sue tetap menulis surat untuk Abang dan mengirim foto Syazreen untuk tatapan Abang di sana. Sue berharap…

Pembacaanku terhenti apabila CPO Ahmad Hisyam menegurku. Segera ku mengelap air mata yang hampir tumpah tatkala membaca surat kiriman isteriku. Enggan ketara sekali ternampak dek anak buahku yang aku sedang merindui anak, isteri serta kampung halaman.

“Eh Tuan, buat apa duduk kat sini sorang-sorang? Melayan perasaan ke?” gurau CPO Hisyam.

“ Yelah chief… saya baru habis ‘radar shift’ tadi dengan Lt. Faisal dan PO Latif, diorang pergi minum kopi tapi saya datang duduk kat sini sambil baca surat isteri saya kirim. Feeling sekejap lah jawabnya. Isteri saya baru bersalin anak kedua kami,” balasku sambil tersenyum.

“Oh, tahniah Tuan! Memang rasa nak cepat-cepat balik je kan tengok anak dan isteri, Tuan? Sabarlah, kita pun dah tak lama nak balik. Saya pun rindu masakan isteri saya dah ni Tuan. Tahap kempunan dah ni..” CPO Hisyam menepuk bahuku perlahan. Ku rasakan CPO Hisyam mampu meneka isi hatiku kerana dia jauh lebih berusia dariku, sudah lama berada dalam perjawatan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan pastinya sudah lebih banyak melalui pengalaman meninggalkan keluarga tercinta demi kewajipan tugas.

“Tak apalah, nak buat macam mana. mujurlah tugas kita disini hampir selesai. Dalam dua bulan lagi kita bakal berangkat ke tanah air semula. Harapnya semoga Allah permudahkan urusan kita.” ujarku.

Sue… Abang rindukan Sue dan anak-anak. Nantikan Abang. Desis hati kecilku.

***
Pagi itu, lebih kurang 2 jam sahaja lagi KD Laksamana Tun Abdul Jamil bakal tiba di Jeti Pangkalan TLDM Lumut. Aku dimaklumkan ada majlis sambutan besar-besaran bagi menyambut ketibaan kedua-dua kapal korvet KD Laksamana Hang Nadim dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil. Kapal yang ditugaskan dalam skuadron korvet ke-24 milik TLDM ini adalah Korvet Kelas Laksamana yang dibangunkan hasil kepakaran Ficantieri, Breda dan Marghera yang berasal daripada Itali telah digunakan oleh flotila serangan TLDM yang asalnya dipesan Tentera Laut Iraq pada tahun 1981 dan diambil alih oleh Kerajaan Malaysia.

Aku merupakan sebahagian anggota TLDM yang telah dihantar ke Itali untuk menjadi warga perintis KD Laksamana Tun Abdul Jamil ini setelah Kerajaan Malaysia menyatakan hasrat mahu mengambil alih kapal ini pada Oktober 1995 setelah PBB mengenakan sekatan terhadap Iraq akibat Perang Iran-Iraq yang telah tercetus. Setelah beberapa ‘project team’ dihantar ke Itali terlebih dahulu dan proses ‘refit’ di Muggiano barulah aku bersama sekumpulan yang lain menyusul berangkat ke sana pada Julai 1996, setelah termeterainya kontrak pembelian kapal tersebut untuk latihan selama tiga bulan di Itali dan beberapa buah negara dalam pelayaran pulang ke Malaysia yang memakan masa hampir setahun sehingga September 1997.

“Jauh termenung Tuan!” lamunanku terhenti dek terkejut sergahan CPO Hisyam. Aku yang berdiri di anjungan melaung ke arahnya.

“Secantik-cantik negeri orang, tempat sendiri juga yang kita rindu. Tak sabar bila kapal ini mula menghinggap tebing Jeti Lumut sebentar lagi.” ujarku kepada CPO Hisyam.

“Betul tu, Tuan. Biarpun kita dah merasa keadaan iklim 4 musim semasa kita berada di Itali dahulu, tetapi nikmatnya tetap tidak sama. Oh ya, Tuan sejam lagi kita akan masuk base. CO dah beri arahan supaya semua anak kapal bersedia, kerana sebaik sahaja isyarat kita memasuki kawasan pangkalan, kita diarah untuk berbaris di atas geladak dan memberi tabik hormat.” Kata CPO Hisyam.

“Ya, semalam saya diberitahu tentang itu oleh Lt Faisal. Terima kasih Chief.” Tokokku kemudian.

***

Kapal memasuki perairan Pangkalan TLDM Lumut lebih kurang jam 11.30 pagi, ketika itu anak-anak kapal semuanya sudah bersiap sedia berbaris di atas geladak. Terdengar satu das tembakan peluru berbunyi, laungan ‘Gempur Wira’ berserta tabik hormat berkumandang menggegar samudera raya. Oh pesisir pantai ibu pertiwi…aku sudah kembali untukmu.

Sebaik sahaja sauh diturunkan, anak-anak kapal turun ke jeti dan disambut meriah oleh anggota-angota TLDM yang terdiri daripada LLP sehinggalah pegawai serta kehadiran Laksamana Madya yang memerintah armada Pangkalan TLDM Lumut juga turut ada. Setelah bersalaman dengan beberapa anggota serta pegawai, aku meluru ke arah khemah ahli keluarga para anak kapal yang sudah sedia menanti ketibaan kami sejak awal pagi lagi.

Kelihatan belahan jiwaku sedang memangku puteri kecilku, Syazreen beserta seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun setengah sedang duduk bersebelahan ibunya. Imran, Ayah rindu padamu nak. Perlahan-lahan aku menghampiri Suhaily. Dia yang tergamam melihatku terus bangun dan tangan kanannya meraih jari-jemariku lantas menciumnya sementara tangan kirinya mengendong Syazreen. Aku mendukung Syafiq Imran.

“Assalamualaikum, Abang. Selamat pulang wira samudera Syafiq Imran. Sue terlalu rindukan,Abang…” Suhaily bersuara. Aku gagal menahan sebak, lantas kumenarik mereka bertiga ke dalam dakapanku. Kami empat beranak berpelukan. Tiada yang lebih membahagiakan dari saat-saat ini yang setelah sekian lama kunantikan.

“Waalaikumsalam sayang. Ya, Abang juga rindukan Sue dan anak-anak.” Tiada kata lagi yang mampu kuucapkan melainkan syukur kerana aku selamat kembali kepangkuan keluargaku yang tercinta.

Setelah setahun dua bulan berjauhan, dipisahkan lautan dan benua… Itulah kali pertama aku mampu menyentuh puteri sulungku. Mendukung dan menciumnya, ku berikan dia dakapan seorang ayah. Ketika itu jugalah aku dapat melihat keletah Syafiq Imran setelah setahun lebih tidak ketemu. Cuma dia kelihatan sedikit kekok dan tidak biasa dengan keberadaanku meskipun aku ayah kandungnya. Ya mungkin..apalah anak kecil itu bisa mengerti. Dia masih belum mengerti apa-apa sewaktu aku berpamitan ke itali. Mungkin dia menganggap aku ini orang asing bersama ibunya. Walaupun telah beberapa kali aku cuba mendekati, namun anak sulung lelakiku itu nampak gayanya seperti susah mahu membiasakan dirinya denganku.

“Sekarang, Abang kena panggil Imran ni Along, sebab dia dah ada adik. “ Suhaily memberitahuku. Aku mengelus lembut pipi Imran tetapi ditepisnya. Sungguh naluri kebapaanku benar-benar tersentuh dan terasa sebak, namun aku faham, aku harus bersabar. Kerenah anak-anak memng begitu. Susah membiasakan diri dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Imran, panggil Ayah cepat. Salam tangan Ayah, sayang,” pujuk Suhaily kepada Syafiq Imran.

“ Sape ni Bu? Acik Ayah?”. Imran menyebut menggerakkan bibirnya sambil memandang wajahku. Dia menghulurkan tanganya bersalaman denganku seperti yang diarahkan ibunya. Suhaily hampir tergelak,sambil memandang wajahku. Mungkin dalam pelatnya Imran mahu menyebut Pakcik Ayah agaknya. Ya Allah… erti perkataan ‘Ayah’ itu terasa dalam sekali maknanya bagiku ketika itu. Setelah itu dia berlari, menyorokkan badannya dibelakang tubuh ibunya.

“ Abang, bagilah Imran masa. Dia terkejut lagi tu kut. Padahal bukan Sue tak biasa tunjuk gambar abang, hari-hari tunjuk dan Sue suruh dia sebut  ‘Ayah’ tapi dia belum biasa agaknya. Nanti lama-lama okay lah tu. Masa abang pergi sana dulu kan dia kecik lagi, mana nak kenal orang sangat.” Suhaily menggosok-gosok lenganku perlahan. Aku menggangguk kecil tanda faham.

***

“Acik Ayah, Along nak pakai topi Acik Ayah boleh?” susah payah Syafiq Imran menuturkan dalam pelatnya. Ketika itu dia mula sudah membiasakan diri berada bersamaku. Topi yang kuletakkan di atas dashboard kereta, berada dipangkuan Syafiq Imran. Berminat sungguh nampkanya dia dengan topi putih itu. Ketika itu aku sedang memandu dan Syafiq Imran berada di kerusi sebelah pemandu dan Ibunya duduk dibelakang sambil menyusukan Syazreen.

“Along nak pakai topi Ayah ye? Boleh sayang. Sebut A.Y.A.H dulu,” aku cuba berkompromi dengan Syafiq Imran dengan lembut.

“Acik Ayah laaa…”

“Bukan sayang, cuba sebut A….yah.” aku menyebutnya satu persatu sambil menarik pipinya.

“A…yah! Hehehe. A…yah?” Syafiq Imran mula merasakan aku cuba berjenaka dengannya. Aku pantas menggeletak pinggangnya.

 “Haa..macam itulah! A..yah!” kemudian kami sama-sama ketawa. Suhaily hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kami.

Sesampainya di rumah, Suhaily  menyuruh aku membaringkan Syazreen yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya kerana Syafiq Imran pula minta dibuatkan susu. Aku mengambil Syazreen daripada pangkuan ibunya dan menuju ke bilik. Setelah meletakkan Syazreen, aku kembali turun ke bawah dan berdiri di pintu dapur sambil merenung ke arah Suhaily.

Sungguh ketika ini, aku merasakan pilihanku ternyata tidak pernah salah sama sekali memilih Suhaily menjadi teman hidupku. Suhaily seorang wanita yang tabah, tidak keterlaluan untuk aku katakan. Isteriku itu sanggup berhenti kerja menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memastikan aku dan kebajikan anak-anak terjaga. 

Sepeninggalan aku ke Itali, dia hamil anak kedua. Entah bagaimana emosinya berperang tatkala sepanjang ketiadaan aku disisinya, bersalin tanpa kehadiran aku bersamanya. Ketika itu jugalah dia belajar memandu untuk belajar berdikari menguruskan anak-anak tanpa aku. Sungguh, pengorbanan sebegitu… telah aku redhakan syurga buatnya. Tiada yang lain buatku selain daripada Noor Suhaily. Tidak ramai wanita mampu mengharung dugaan seperti dia, apabila dia berkeputusan mengemudi bahtera rumahtangganya bersama seorang pegawai tentera.

“Ehem Lt. Ikhmal… jauh termenung nampak?dari tadi asyik tengok Sue semacam aje?” usik Suhaily.

“Tak ada apa-apalah…jom Abang tunjukkan hadiah yang abang beli buat Sue dan anak-anak sebelum Abang balik ke sini.” Aku merangkul pinggang Suhaily dan sama-sama berpapasan menuju ke ruang tamu.
Kitaran hidup yang sering berjauhan daripada keluarga dek kerana hakikat tugas, serta impaknya terhadap itu, kukira itu suatu bentuk pengajaran yang Tuhan kurniakan buat aku dan Suhaily dalam melayari hidup bersama. Masing-masing antara kami sudah ditakdirkan begitu. Jalan ini tidak dipilih, namun hanya Yang Maha Esa yang menentukan. Dalam hati kuberdoa, moga dicekalkan hati dan selamanya dipermudahkan segalanya oleh Allahu Rabbi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN TLDM YANG KE-78.
27th APRIL 2012.


selesai 0758H.

menghapus dosa kelmarin... part 2

“ Maaf, Diha. Untuk terima you semula dalam hidup I, perkara tu sangat mustahil. Pergilah you jauh-jauh dari hidup I dan Amani, sebagaimana I tak pernah ganggu hidup you sebelum ni. I tak boleh pertimbangan sedikitpun permintaan you tu. Maaf, kalau you anggap keputusan I ni macam kejam. Tapi, I tak boleh… Amani tak perlu tahu yang dia ada ibu macam you. I seorang je dah cukup untuk dia, untuk beri kasih sayang seorang ibu dan ayah…” aku mengeraskan nada suaraku. Kuselitkan unsur ketegasan agar Ilina Madiha mengerti. Aku mahu kekal berpijak dengan pendirianku dan keputusanku itu, enggan mahu digugah oleh sesiapa pun.

        “ Fine, Firdaus Muttaqin! Fine! I cuba nak compromise this matter dengan you secara baik-baik, you tak nak. Like what I said just now, kalau I tak boleh dapatkan Amani dengan cara ni, I akan dapatkan Amani dengan cara undang-undang yang sah. You tunggu lah nanti. I akan uruskan segala-galanya. Yang pasti, I akan tuntut Amani Faqihah dari you. As a lawyer, I’m sure you pun tahu, hak penjagaan anak akan lebih diutamakan pada ibunya, bukan?” talian diputuskan. Aku benar-benar bingung. Diugut dengan cubaan untuk memisahkan aku dan Amani Faqihah? Ya Allah…


20 Disember 2015… 

        Mahkamah sudah bersidang. Aku sendiri sebagai peguam sukar mempercayainya. Hak penjagaan Amani Faqihah kini menjadi milik Ilina Madiha, bekas isteriku. Dalam erti kata yang lain, Amani Faqihah bakal berpisah denganku. Ya Allah… separuh jiwaku hampir gugur ketika hakim memutuskan perebutan hak penjagaan Amani Faqihah.

        Pulang sahaja ke rumah,aku melihat  Amani sedang nyenyak tidur. Mak Temah, pembantu rumahku meminta izin untuk pulang setelah aku sampai di rumah. Bibirku bergetar menahan sebak. Bagaimanakah agaknya Amani suatu saat nanti andai dia tidak bersamaku? Selama ini dia hanya mengenal akulah satu-satunya pelindungnya. Hatiku digamit kegusaran yang pastinya mampu membuatkan air mata lelaki yang bergelar Ayah ini jatuh tanpa ditahan-tahan. Aku enggan berpisah dengan Amani Faqihah, satu-satunya puteri yang menjadi sebab mengapa aku terus berjuang untuk hidup!   

        Tanggal kelahirannya yang ke-4 bakal menjelma dalam 3 hari lagi. Ternyata tamparan hebat ini rupa-rupanya menjadi hadiah kejutan buatku untuk Amani Faqihah. Apa lagi yang harus Ayah lakukan, sayang? Ayah tak mahu Amani pergi tinggalkan Ayah!

        Aku segera menghubungi Ilina Madiha. Meminta dia mempertimbangkan permintaanku untuk meluangkan masa bersama Amani Faqihah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya buat kali terakhir. Mujur Ilina Madiha tidak menolak. Entah kapankah lagi aku bakal bertemu dengan puteri kesayanganku itu? Ilina Madiha benar-benar nekad untuk membawa Amani Faqihah pulang ke Australia. Kutahu, dia pastinya sengaja mahu meletakkan jurang pemisah antara aku dan Amani.


22 Disember 2015…

        “Ani saaaaaaayannnnnnnggggg Ayah!!!” lantas dia mencium pipiku tatkala kuhulurkan hadiah hari lahirnya. Alhamdulillah, Amani membesar sebagai seorang anak yang telah terdidik untuk tahu menghargai buku dan ilmu. Koleksi buku cerita sirah Rasulullah SAW dan para sahabat itu didakap seerat-eratnya didada.

        “ Lepas ni Amani kena belajar sendiri baca buku tu tau. Takkan asyik-asyik Ayah je nak bacakan untuk Amani everytime Amani nak tidur?” sengihku sambil mencuit hidungnya. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu bersungguh-sungguh mengangguk tanda faham. Ketahuilah nak, sebentar lagi ibumu bakal tiba dan membawa kamu pergi jauh dari Ayah. Ayah dah takkan ada peluang nak bacakan buku cerita pada Amani lagi. Tak ada kesempatan nak dodoikan Amani tidur, usap rambut Amani and pujuk Amani kalau Amani nangis… perasaan sebak mula menyerbu dadaku.

Kurang dari 10 minit lagi Ilina Madiha akan tiba dan membawa Amani pergi. Segala barangan keperluan Amani Faqihah telah Ilina Madiha ambil semalam kerana dia memaklumkan akan terbang pulang ke Australia pada malam itu juga. Tiket sudah ditempah, segala persiapan sudah diatur rapi. Hanya tinggal mereka untuk berangkat pergi. Hatiku benar-benar lirih. Aku lantas mengeluarkan kotak hadiah yang kedua buat Amani Faqihah. Tanda kenang-kenanganku untuknya.

        “Ni nak uat ape, yahh? Besarnyeeee!! Ani kecik agiii. Tak leh pakai ni…” aku melilitkan sehelai selendang sutera biru itu ke lehernya. Selera Amani sama sepertiku. Penggemar warna biru. Sengaja ku pilih selendang biru itu sebagai tanda kenang-kenangan supaya dia mengingati aku setelah ketiadaanku nanti. Aku ketawa kecil. Anak kecil itu kehairanan. Keningnya dikerutkan mempamerkan tanda tanya.

        “ Nanti Amani dah besar, Amani pakai la. Ayah bagi sekarang, nanti Amani simpan ok? Suka tak selendang tu?” aku bertanya.

        “Suka!” Amani Faqihah tersenyum sambil menampakkan barisan gigi susunya yang teratur dan putih.
Kelibat Ilina Madiha menerpa masuk ke dalam restoran berdingin hawa itu dan menuju ke arah meja aku dan Amani sedang duduk. Sambil menanggalkan cermin mata hitamnya, Ilina Madiha pantas mengambil tempat di sebelah Amani Faqihah.

        “ Jom ikut Ibu, Amani…” Ilina Madiha cuba bermesra dengan Amani Faqihah. Meskipun aku pernah menemukan Amani Faqihah dan Ilina Madiha sebelum ini, namun aku amat mengerti ‘fiil’ anak daraku yang seorang itu. Amani Faqihah amat jujur mempamerkan ketidakselesaannya walaupun pada hakikatnya dia seorang anak yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menghampirinya. Aku juga cuba menerangkan bahawa Ilina Madiha adalah ibunya dan menyuruh Amani Faqihah membahasakan Ilina Madiha sebagai Ibu. Namun, apalah anak sekecil itu bisa mengerti? Anak kecil itu menjauhi tubuhnya dari Ilina Madiha. Ilina Madiha cuba merapati Amani Faqihah, namun dia tetap sahaja menolak.

        “Ani takmau!” anak itu menggeleng-geleng. Hatiku makin pedih. Ilina semakin lama, semakin tidak kuasa memujuk lalu diraih tangan Amani Faqihah lantas mendukungnya. Amani meronta-ronta kerimasan dalam dukungan Ilina Madiha, minta dilepaskan.

        “ I akan contact you dari semasa ke semasa beritahu perkembangan Amani pada you. Thanks again Firdaus. Selamat tinggal” segera Ilina Madiha berlalu keluar dari restoran. Aku tidak sanggup melihat Amani Faqihah pergi lantas memalingkan wajahku ke arah lain.

“Ani nak ayahhhhhhh!!! Nakkk Ayahhhh! Takmau Ibuuuuu! Takmauu!” teriak Amani Faqihah. Sayup-sayup kedengaran suara teriakan Amani Faqihah, hingga tidak kedengaran lagi.
 Aku benar-benar terpana sebentar. Tenggelam punca. Perpisahan yang berlaku, lebih menyakitkan daripada perpisahan antara aku dan Ilina Madiha dahulu. Aku terduduk semula di atas kerusi itu dengan penuh kelesuan, lalu mataku terpandangkan selendang yang tertinggal di atas kerusi. Selendang milik Amani! Aku bergegas mencapai selendang itu lalu cuba mengejar mereka.

        Sreeeeettttt….Dammm! Kedengaran satu dentuman yang agak kuat tidak jauh dari tempat aku berada.Terus aku bergegas menghampiri kawasan kejadian. Ada orang dilanggar kereta! Pabila kuamati…itu ternyata anakku, Amani Faqihah! Aku meluru ke hadapan untuk mendaptkannya lalu memangku kepala Amani Faqihah yang berlumuran darah merah yang pekat membuih-buih itu. Ilina Madiha seperti terkejut, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

        “ I baru lepaskan Amani tak sampai 10 minit! Look, apa you dah buat ni Diha????” jerkahku. Ilina Madiha menangis dan menggoncang-goncang tubuh kecil Amani Faqihah. Tubuh Amani Faqihah tidak bergerak-gerak lagi. Aku memeriksa denyutan nadinya, ternyata denyutan itu lemah sekali. Ya Allah, sekiranya Kau ingin mengambil nyawa anakku, ambillah nyawaku sekali. Selamatkanlah anakku!

        “ I…I…. I tak tahu, Ferd! Tadi masa I nak lintas jalan, Amani meronta-ronta then tiba-tiba dia gigit bahu I. Then dia terlepas dari dukungan I. Dia berlari nak balik ke arah you…and..and..masa tu lah dia kena langgar…. Amani, please jangan tinggalkan ibu!” Ilina Madiha menangis semahu-mahunya.  

Selendang biru itu kugunakan untuk membalut kepala Amani yang semakin galak keluar darah merah segar yang membasahi hampir separuh baju kemeja yang kupakai. Aku mengangkat tubuh Amani Faqihah dan berlari menuju ke kereta untuk kukejarkan ke hospital. Ilina Madiha membuntutiku. Semasa aku memandu, Ilina Madiha berada disampingku dan memangku Amani Faqihah yang semakin lemah.

        Sesampainya di hospital, aku berlari sambil mendukung Amani Faqihah. Muka Amani Faqihah sudah semakin pucat. Tangannya sudah menjadi sejuk. Ku letakkan Amani Faqihah di atas stretcher di bahagian bilik kecemasan  lalu doktor serta petugasnya pantas menolak stretcher itu masuk ke ruangan kecemasan. Aku dan Ilina Madiha tidak dibenarkan masuk. Bibirku tidak putus-putus berdoa…Allah selamatkanlah Amani Faqihah!

        Tidak lama kemudian, doktor itu keluar daripada ruangan kecemasan dan mempamerkan wajah yang sugul. Aku tersandar di dinding. Aku sudah dapat membaca dari riak wajah doktor itu. Amani Faqihah….

        “ Maafkan kami,Encik Firdaus. Bersabarlah ” Doktor muda itu menepuk-nepuk perlahan bahuku.

        Ilina Madiha meraung dan menangis untuk kesekian kalinya. Selendang biru itu masih berada ditanganku. Benar, selendang biru itu kini memang menjadi satu-satunya tanda kenangan perpisahan antara aku, Ilina Madiha dan Amani Faqihah… dihari lahirnya yang terakhir, dan hari terakhir juga dia sempat bernafas bersamaku di dunia ini…

TAMAT.

Friday, April 20, 2012

menghapus dosa kelmarin... part 1

14 Julai 2015…
Selumbar itu kembali menusuk. Luka yang hampir sembuh itu bernanah kembali. Enggan kembali kepada kebejatan lalu, meski kudrat yang menampan semakin memudar. Kekuatan itu harus diraih semula. Meskipun susurnya menerbitkan kegalauan di hati, namun keyakinan harus digandakan! Aku tidak boleh tunduk. Tunduk kepada rancangan untuk merenggut sinar kebahagiaanku! Renungan kosong itu kembali kuhadapkan pada anak kecil itu. Kelihatan dia sedang bermain-main dengan anak patung yang kuhadiahkan semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-3 pada hujung tahun lepas. 22 Disember 2014. Anak itu benar-benar polos. Tiada dosanya. Anak kecil itu pernah menghuni kantung rahim wanita yang menjadi belahan jiwaku tidak lama dahulu… Keletahnya kini mampu mengusaikan segala kekusutanku, malah menjadi menjadi kekuatanku untuk terus berada disampingnya. Melangkah dan mengasuhnya. Puteri tunggal kebanggaanku. Namun kini… aku kurang pasti, masih adakah kesempatan yang berbaki untuk aku telusuri?

                “Ayah…!” Amani meluru ke arahku. Kulingkarkan pelukanku ke tubuhnya. Dakapan erat, seolah-olah aku enggan melepaskannya lagi. Manja sekali. Tiba-tiba kelopak mataku bergenang. Irisku tiba-tiba berkaca tak semena-mena.

                “Ayahh angiss?? ” Amani memandangku separuh kehairanan. Dalam pelatnya, dia tetap petah berkata-kata. Aku tersenyum tawar. Cuba mengaburi mata jujur anak kecil yang suci tanpa noda itu. Aku pantas menggeleng.

                “ Mana ada, mata ayah masuk habuklah…” pendek aku menjawab. Insiden tengah hari tadi membuatkan fikiranku benar-benar terganggu. Amani meraih tanganku, lalu menarikku menuju ke kamar tidurnya.

                “Ayahh, jom acuk bilik.  Ani nak ido la yahhh…. Nantok..” kemudian dia lantas menguap dan mengenyeh-genyehkan matanya yang bundar itu. Comel. Sepasang mata hazel milik Amani benar-benar mirip wanita itu. Buatkan aku terhiris sekali lagi. Kasihan pula kulihat Amani. Dia benar-benar sudah mengantuk.


5 Mei 2011…

“Apa susah? I nak gugurkan. Soal duit, soal klinik you jangan risau. I akan uruskan semuanya… “ ujar Ilina Madiha. Aku yang mendengarkannya tersentak. Hampir luruh jantungku mendengarkan cadangannya.

        “ Please, Diha. Please nikah dengan I. Kandungan you baru around two months. Anak ni takkan jadi anak haram if you nikah dengan I sekarang. Even, I boleh binkan anak tu dengan nama I. After you lahirkan anak tu, I akan ceraikan you. I taknak you lahirkan anak yang tak sah taraf! Lagi pula dari benih I sendiri!” pujukku separuh merayu. Andai disuruh melutut sekalipun, aku akan melakukannya. Ini semua kulakukan demi benihku yang dikandungkan Ilina Madiha. Buah cinta kami yang sedang memekar dalam uterusnya.

        “ Mana you tau yang anak ni boleh dibinkan dengan nama you?”

        “ I tahu, Diha. I pun bukan jahil. I ada belajar agama juga. Lagipun ada juga I bertanya pada orang…”

        “Belajar agama? Then, bila I bagi body I kat you… agak-agak part mana yang you belajar dalam agama yang benarkan you buat macam tu? Tak pula you menolak?” pintas Ilina Madiha separuh mengejek. Aku terkelu. Meski apa yang dikatakannya itu pahit, namun terselit kebenaran yang menyakitkan. Maruahku juga ternyata diinjak-injak apabila dia berkata sedemikian.

        “ You tau something tak, Ferd? At first, I thought you ni alim gila lah. I respect kat you. Berketayap 24 jam, rajin pergi berjemaah kat masjid. Solat terjaga. Puasa sunat lagi…. Yelah, anak pak imam lah katakan. But look at you now. Look! You ni sama je macam lelaki lain, even you lagi teruk dari diorang sekarang. I dah hamil anak you… sedangkan I bukan bini you. Susah juga nak elak bila dah dirasuk syaitan ni kan?” tujah Ilina Madiha bertubi-tubi. Aku gagal membendung air mataku lagi. Aku hanya mampu merayu, dan terus merayu. Memintanya supaya dia mengahwiniku. Meski apapun yang terjadi, cuma nikah sajalah jalan penyelesaian yang tinggal. Meski aku sayangkan Ilina Madiha, namun aku juga prihatin tentang nasib yang akan menimpa anak yang bakal lahir itu. Itu adalah darah dagingku.

        “ I tak peduli you nak cakap apa pada I, Diha. I tak nafikan, memang I salah. Tapi bukan salah I sorang. You pun terbabit sama dalam hal ni. Please, jangan rumitkan lagi keadaan. I taknak tanggung dosa bunuh pulak, lepas dah berzina! The best solution is kita nikah, itu aje. Tolonglah, Diha. I tak minta you lebih-lebih. Just carry on your pregnancy, then lepas you lahirkan anak tu… I akan ceraikan you and I akan bela anak tu.” cadangku sekali lagi. Aku enggan mengalah dan tunduk kepada kemahuan Ilina Madiha untuk menggugurkan anak itu.

        “ You gila? You nak suruh I pregnant sampai 9 bulan? Badan I jadi gelebeh sana, gelebeh sini gara-gara anak haram ni? I yang kena bersakit-sakit muntah sana-sini. Nak kena control lifestyle I? Hey, I nak pindah ikut parents I ke Australia and semua tu jadi kacau bilau because of budak ni? Sial betullah!” Ilina Madiha menumbuk-numbuk perutnya. Aku pantas menggenggam tangannya.

        “Diha, kita nikah hujung minggu ni juga! I know parents you dah migrate ke Australia. They don’t have to know about this! Soal siapa nak nikahkan you dengan I, biar I uruskan. You juga yang cakap, I kan anak imam. So don’t worry! Biar I uruskan! Soal urusan you lepas ni, I akan tanggung. I akan cari rumah, beri nafkah pada you setiap bulan. I buat semua ni demi anak tu. Ingat dan dengar cakap I ni, Diha! I janji akan ceraikan you lepas you lahirkan anak tu nanti…” aku ternyata tiada pilihan. Pujukanku secara aman tidak berkesan, aku terpaksa menggunakan kekerasan dan autoritiku sebagai lelaki. Maaf Diha.

Hujung minggu itu juga, Ilina Madiha sah menjadi isteriku. Meskipun majlisnya hanya ala kadar, aku hanya ingin menyempurnakan tuntutan yang wajib sahaja. Padaku, pernikahan itu hanyalah sekadar untuk menyelamatkan nyawa anak itu. Juga kerana…. Aku terlalu cintakan Ilina Madiha. Mujur kami berdua berada jauh diperantauan, maka kukhabarkan pada orang tuaku bahawa aku bernikah dengan gadis pilihanku kerana untuk mengelakkan masalah bersekedudukan. Ayah juga maklum tentang perkara ini sebelum dia menghantar aku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia sudah memberikan keizinan padaku untuk bernikah di sana andai suatu hari perkara itu tidak dapat dielakkan…
         
  26 Disember 2011…

        “Diha! You pekak ke? Tak dengar ke anak tu menangis?” marahku apabila sekembalinya aku dari kelas. Kulihat Ilina Madiha sedang berkemas-kemas mengeluarkan pakaiannya dari dalam almari dan memasukkannya ke dalam beg . Rambutnya tidak lagi disanggul tinggi dan dahinya juga tidak lagi berpilis seperti semalam. Anak yang menjerit-jerit menangis kelaparan minta diberikan susu di atas katil enggan dipedulikan. Aku segera mencampakkan beg dan bukuku ke atas meja lalu merangkul susuk kecil itu. Hampir kebiruan wajahnya akibat dibiarkan menangis terlalu lama. Aku bergegas ke dapur dan membancuh susunya. Kudodoikan dan menyumbatkan puting botol yang berisi susu formula itu yang telah kubancuh. Anak itu diam semula. Aku kembali semula ke bilik dan mendapatkan Ilina Madiha.

        “ You ni ibu jenis apa? Biar anak menjerit-jerit separuh mati… you nak bunuh anak you sendiri ke apa, hah?” aku benar-benar kesal dengan tindakan Ilina Madiha. Aku merentap tangannya dan merenung matanya dalam-dalam.

        “ Firdaus Muttaqin! I nak pergi dari rumah ni! I dah muak la dengan you! Bosan ikut cakap you! You nak apa lagi? You suruh I mengandungkan anak you tu, I dah buat. I dah selamat beranakkan anak haram tu pun! Apa lagi yang you tak puas hati?” bentak Ilina Madiha.

        “ Anak haram you kata?Dia sah anak kita. You lahirkan dia lepas 7 bulan menikah dengan I. Kasihan la kat Amani ni Diha. Dia perlukan ibu. You baru 3 hari lepas lahirkan dia. Badan you pun lemah lagi. You nak ke mana?” aku mengendurkan nada percakapanku. Enggan menegangkan lagi situasi yang sudah sedia rapuh.

        “Dia bukan anak I. I tak ingin pun ada anak haram macam tu! It’s okay you tak payah nak sibuk-sibuk pasal I. I tahu nak jaga diri I. Yang I tahu, once I keluar je dari rumah ni, secara tak langsung yang kita dah bercerai dan I bukan isteri you lagi, dan you jangan berani claim yang Amani ni anak I. Kalau betul you lelaki, you ceraikan I sekarang jugak. Jangan cakap tak serupa bikin!” cabar Ilina Madiha. Mendengarkan jerkahan Ilina Madiha, Amani Faqihah yang sedang leka menyusu terkejut lantas menangis.

        “ Kalau itulah kemahuan you, I dah tak boleh nak cakap apa lagi. I pun tak nak jadi orang yang tak tepati janji I. So, mulai dari hari ni, I ceraikan you dengan talak satu. Pergilah dan buatlah apa yang you suka. Jangan pernah muncul di hadapan I lagi. Jangan cari I and Amani lagi. Amani tak perlukan ibu macam you ni!” balasku sedikit beremosi. Aku melepaskan pegangan tangan Ilina Madiha. Dia merentap bagasinya diatas katil dan berlalu pergi.

        Sambil memujuk Amani Faqihah, air mata lelakiku jatuh jua merembes membasahi pipi. Benar, aku sayangkan Ilina Madiha, namun untuk membiarkannya untuk terus hidup bersamaku tanpa kerelaannya, bukanlah suatu tindakan yang wajar. Biarlah dia pergi mendapatkan apa yang dia mahukan. Padaku, nasib Amani Faqihah yang perlu aku utamakan sekarang.  Aku tidak mahu lagi terus-terusan menambah dosa yang telah kuperbuatkan kepada mereka berdua.

        Amani Faqihah binti Firdaus Muttaqin. Semoga kau beroleh ketenangan dan kefahaman yang tinggi dalam hidupmu, nak. Membesarlah menjadi puteri yang menjadi kebanggaan Ayah. Ayah janji nak, kamu takkan pernah kekontangan kasih sayang daripada Ayah. Takkan pernah sama sekali!

14 Julai 2015…

        “I sedar dulu I silap. Lepas I tinggalkan you and Amani, hidup I memang bahagia. Lepas bercerai dengan you, I was married to an Australian man. Tapi tu semua sekejap je. Setahun kemudian, I dan dia terlibat dalam satu kemalangan. I was pregnant at that time and disebabkan cedera teruk, rahim I terpaksa dibuang. After dia tahu I dah tak boleh berikan dia zuriat lagi, dia ada skandal dengan perempuan lain dan dia ceraikan I. Waktu tu baru I sedar, mungkin inilah balasan yang I dapat bila I buat macam ni pada you dan Amani. Since that I cuba cari you semula, Ferd. I tahu you pun by that time dah pulang semula ke Malaysia lepas you dah habis belajar. Maafkan I , Ferd…” luluh hatiku apabila suara Ilina Madiha menyambar gegendang telingaku tengahari itu. Terasa menyesal pula mengangkat panggilan telefon yang tidak bernama itu.

        “ Maafkan you? Senang je you minta maaf. I tahu, kita pernah sama-sama buat silap dan terlanjur. You ingat tak apa yang you pernah cakap kat I dulu? Kenapa baru sekarang you nak mengaku yang Amani tu anak you? Mana you pergi selama ni waktu dia memerlukan kasih sayang dari seorang ibu? You ibu kandung dia, Diha! Tapi kenapa sekarang you muncul balik dalam hidup I dan Amani? Apa yang you nak sebenarnya? Kalau you harapkan I dan Amani kembali dalam hidup you, memang you silap besar,. Perkara tu takkan pernah terjadi pun…” balasku dengan sedikit sinis. Benar aku simpati dengan keadaanya, namun apa yang telah Ilina Madiha perbuatkan pada Amani Faqihah, bukanlah sesuatu yang mudah sekali untuk kuterima.

        “ Tolonglah terima I balik dalam hidup you, Ferd. Tolong jangan buang I. I janji, I akan jadi ibu yang baik pada Amani. Berilah peluang pada I untuk tebus kesalahan I pada you, pada Amani.  Terimalah I semula sebagai isteri you. Kalaupun you tak mahu rujuk kembali dengan I, sekurang- kurangnya berikanlah I peluang untuk I tumpahkan kasih sayang I pada anak kandung I juga. At least, she still needs a mother. I’m her biological mother! Please?” Ilina Madiha masih terus-terusan mencuba nasib. Aku hanya membatukan diri. Tetapi entah mengapa, hati lelakiku sudah memejal, sedkitpun tidak berkocak dan terpujuk dengan rayuannya. 

bersambung....

Monday, November 21, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira. final

Bergelar tunangan kepada Lt. Ammar Rafiqin, cukup membuatkan mentalku hampir-hampir lebur. Kata orang, dugaan tempoh berdarah manis lebih hebat cabarannnya lebih dari masa-masa bercinta tatkala ditenggelami gula hati yang melimpah ruah. Lagipula ketiadaan Ammar bersamaku, sejurus seminggu setelah majlis pertunangan gara-gara dia harus ke Pangkalan TLDM Lumut melaporkan dirinya ke KDSI merupakan suatu hakikat yang perlu ditelan, terasa seperti mengunyah pasir.  Sungguh, kali ini aku benar-benar terasa kehilangannya. Maka kembali berulanglah rutin sewaktu zaman pra-klinikalku, sewaktu Ammar ke Lumut lebih kurang 6 minggu untuk kenaikan pangkat Pengawai Kadet Kanan (Midshipman).

Segala mesej dan call, cuma tinggal harapan untuk dibalas. Ketika itu aku terasa ibarat menyandang jawatan penunggu pulau yang tidak berdaftar. Si dia di medan samudera, sedang samudera hatiku tidak kurang juga galak membadai.  Ketika itu, aku ibarat kelumpuhan separuh dari jiwaku, dibawa bersama Ammar ke sana. Hanya yang termampu ku lakukan, titipan doa yang tidak pernah putus  buat sang tunang tersayang. 
Kehidupan normalku sebagai pelajar perubatan sudah memasuki tahun keempat. Setahun sahaja lagi. Setahun sahaja lagi Leen!

Ya setahun lagi impian ‘sword barrel’ itu bakal terlaksana. Segulung ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan juga bakal tergenggam dalam tangan ini. Setahun sahaja lagi aku juga punyai peluang meletakkan gelaran ‘Dr.’ itu di pangkal namaku. Seperti mana aku pernah bercanda dengan Ammar, aku takkan biarkan hanya nama dia sahaja punya gelaran di dalam kad undangan perkahwinan kami kelak. Ah berangan. Ammar Rafiqin suka benar mengusik, katanya aku punyai impian yang tinggi melangit. Memang pun.

Setahun lebih bertunang. Ketika itu aku dan Ammar terasa sebentar bagaimana seksa menanggung rindu percintaan jarak jauh. Suatu perkara yang agak membengangkan aku, cara Ammar bercinta memang tradisional. Nak ajak dia Skype? Memang harapanlah. Takkan pernah dia buat gila nak ber ‘skype’ apabila diajak. Time datang semilir malas menghembus ke Pelabuhan Lumut, kemalasan dia menekan keypad HP untuk mendail nomborku juga berlipat kali ganda berhembus. Text? Lagi tambah menjengkelkan. Kesabaran aku ketika itu memang sudah tahap dewa.

Kenyataannya hidupku benar-benar dramatic, seminggu sebelu hari pernikahan Ammar masih sibuk di kapal. Persediaan perkahwinan, semuanya diuruskan Mak kami berdua. Sementelah pula aku yang sibuk, siri tragis dan coretan hidup aku sebagai Houseman officer (HO) juga telah bermula. Seminggu sekali atapun dua minggu sekali barulah kupunya masa untuk bersua dengan Ammar. Tapi cuma di corong telefon. Bersua muka? Gamaknya, hari berrnikah baru berjumpa. Dan memang benar telahanku.

And 5 tahun punya cerita terlaksana sudah setahun lalu. Segala sudah tercapai. Tambah melengkapkan, kehadiran Harris Auzaie dalam hidup aku dan Ammar.

“Leen, tak boleh jawab soalan abang tu. Tujuh hari tujuh malam pun takkan habis kenapa and macam mana Leen boleh jatuh cinta dengan abang. Cuma , apa yang Leen belajar dari abang, macam mana nak stand up jadi a wife seorang pegawai tentera ni. Banyak sangat dugaannya, abang. Up until today, Leen tak tahu macam mana Leen boleh dapat kekuatan macam ni untuk terus bersama abang.”

Ammar tarik muka. Hampir tujuh tahun aku kenal Ammar Rafiqin ni, nampak sangat dia tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan mengapa aku boleh jatuh cinta padanya dan memilih untuk terus bertahan dengan dia sehingga kini.

“Dah tu abang nak Leen jawab macam mana lagi?” aku meraih tangan lelaki itu. Ku genggam kemas sambil sebelah lagi tanganku memangku Harris yang mulai menyembamkan wajahnya ke dadaku. Kesian anak Ibu ni, mengantuk dah ye anak bujang Ibu ni?

“Abang tahu, Leen takkan mampu beritahu abang, sebab dah terlalu banyak yang Leen dah hadapi selama bersama Abang. Abang kan pernah cakap dulu, Leen anugerah terindah dalam hidup abang. Abang tak menyesal sikit pun sejak pertama kali abang pilih Leen. Abang tahu, Leenlah wanita yang tepat buat abang. Selayaknya jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang. There’s nothing more that I can expect from you, my dear Adleen Nadzurah.” Ammar meraih tubuhku rapat ke dadanya. Harris Auzaie turut menjadi mangsa. Berkerut-kerut dahi Harris, tidurnya terganggu dek tindakan Ayahnya.

 “Terima kasih abang.” Tuturku perlahan. Tepat irisku bertentang dengan sepasang mata milik suamiku yang tersayang itu.

“For?”

“Sebab jadi imam yang satu buat Leen, sebab jadi Ayah buat anak yang Leen lahirkan. Leen nak abang tahu yang Leen bangga dapat lahirkan zuriat untuk abang, Leen bangga dapat anak yang one day dia ada ayah yang dia boleh banggakan, sebab ayah dia somebody that belongs to the nation. Tak semua orang dapat peluang macam tu. Leen harap, abanglah jodoh Leen sampai bila-bila. Even sampai ke syurga nanti.” Hampir sebak aku menuturkan kata-kata itu. Pergh Leen jiwang. Ahh pedulilah… bukan selalu geli-geleman dengan laki sendiri. Hoho

“Leen adalah yang terakhir buat abang. Percayalah sayang. Ini janji abang. Tapi ada satu benda je yang abang tak boleh janji…” mimik muka Ammar terus berubah.

“Huh, apa dia?” aku bertanya separuh kehairanan.

“ Abang tak boleh janji  yang Harris Auzaie tu anak abang dengan Leen yang terakhir. Kesian Harris, kena lah bagi dia adik-adik yang ramai. Haa baru meriah!” Ammar mengusik nakal. Ammar, kau memang. Sejak dari zaman bercinta, lawak kau memang kasar. Main sebat je tak kiralah time aku tengah PMS ke tidak, kau redah aje. Aku merajuk, ended up akulah yang pujuk diri sendiri. Sampailah dah kahwin pun still sama jugak?

Aku seraya mencubit lengan Ammar. Geram dengan usikannya. Ehh keras gila! Tak boleh cubit pun! Dasar tentera, tangan nak muscle aje! Huh!

Ammar ketawa lagi. Ehh geram pulak aku.

Apapun, aku tetap bahagia begini bersama Ammar, satu-satunya perwira dihatiku. Selagi mana nafasku berhembus dan bergelar isteri kepada Lt. Ammar Rafiqin, selagi itulah ceritera cinta isteri seorang perwira ini akan turut terlakar. Indah. Harapanku, biarlah begini selamanya…


TAMAT.

Monday, October 17, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira. part 6


Sekejap benar 3 tahun. Masa berlalu begitu pantas. Aku juga telah mengharungi fasa pra-klinikal ku dengan jayanya. Kini aku sedang di tahun ketiga pengajianku, sedang Ammar pula  sedang dalam tahun terakhir menghabiskan sarjana mudanya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Selepas pentauliahan, barulah Ammar akan memakai pangkat Leftenan di pangkal namanya. Alhamdulillah, urusan kami di permudahkan olehNya bagi mengejar impian masing-masing. Dua tahun lagi baki yang perlu kuhabiskan sebelum aku boleh benar-benar tersenyum bahagia bergelar seorang doktor. Ammar sudah melangkah ke batalion Zulu, menjelang tahun akhir dia bergelar pegawai kadet.

Dalam tempoh 3 tahun bergelar buah hati Ammar, katakan sahaja apa ‘perang’ yang belum pernah aku dan Ammar hadapi , baik ancaman dari anasir yang tidak senang melihat aku dan Ammar bahagia, namun itu semua tidak meninggalkan kesan, kerana Ammar bijak mengawal situasi. Ada juga beberapa siri godaan dan cubaan untuk membuatkan Ammar Rafiqin jauh daripadaku. Aku bukan mahu menyinggung mana-mana pihak, namun ancaman utama yang aku gagal nafikan adalah dari pegawai kadet wanita UPNM sendiri. Bergelen juga air mata ini tumpah gara-gara Ammar Rafiqin yang satu itu. Demam rindu, krisis bercinta ibarat garisan selari yang seakan-akan tiada penyudahnya itu pun telah ku harungi dengan tabahnya sepanjang mencintai Ammar Rafiqin. Ikatan hati itu harus dibina atas dasar kepercayaan, saling memahami dan merasai perasaan yang sama. Itulah yang selalu diulang Ammar Rafiqin. Orang sabar dapat lebih. Itu juga kata-kata yang sering bergema di gegendang telingaku dalam menanti detik dan waktu untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Ammar memang cukup kaya dengan pelbagai ayat memujuk, sekaligus membuatkan tahap rinduku padanya sudah hampir kebal.

“Nanti hari saya commissioned, awak datang ya Adleen?”

“ Saya memang nak datang pun. Tak jemput pun saya nak datang tau!” aku berjenaka. Aku terdengar Ammar tergelak kecil di hujung talian.

“Nanti saya kenalkan awak dengan parents saya. This time properly la kan. Kak Ammani pun nanti nak datang hari tu. Boleh lah awak jumpa bekas lecturer kesayangan awak tu...” Ammar bergurau nakal namun bersahaja menuturkan ayat yang buat aku tersentak sebentar. Macam kena tujah dengan peluru yang kau selalu tersasar tembak waktu latihan. Tapi…jumpa parents dia??? Bercandakah engkau?

Kau tak main-main dengan aku kan Ammar? Tertelan air liur sebentar. Terdiam. Jumpa family dia? Gila. Aku terlupa sebentar, hari penting sebegitu haruslah keluarga pegawai kadet yang ditauliah akan turut dijemput bersama. Aku ni siapa je nak datang menyibuk? Terasa kerdil sebentar, aku bukan siapa-siapa melainkan hanya datang menggunakan tiket untuk memperkenalkan diri  sebagai teman wanita Ammar Rafiqin. Sudahlah sebelum ini pun, aku gagal membuang perasaan seganku setiapkali Ammar mahu mengundangku ke rumah keluarganya. Sumpah aku tak pernah pergi walau sekalipun! Baik raya atau rumah terbuka, atau sebarang majlis di rumahnya, aku tidak pernah menghadirkan diri. Ada sahaja alasanku, bukan apa aku masih punya perasaan malu dan segan yang menebal. Cuma aku masih lagi berhubungan baik dengan Kak Ammani meski aku hanya bekas pelajarnya sahaja.   

“Adleen, kenapa diam? Cuak la tu!” usik Ammar Rafiqin. Sengal ubi betul pakcik navy yang seorang ni.

“Weh, confirm la saya cuak kot. Dah la saya tak pernah jumpa parents awak!”

“Tipu! Habis tu masa wedding Kak Ammani dulu tu apa, sembang baik lagi dengan Mak saya time tu..bukan main ramah lagi doktor yang sorang ni! Comel aje saya tengok dari jauh…hehe” Ammar…okay kau memang, pantang dapat chance mengusik aku, memang kau suka buat aku ‘berbulu’ tahap permadani bulu kambing kaw-kaw punya.

“Ammar Rafiqin! Lawaklah sangat tu kan? Saya last jumpa parents awak pun kat wedding Kak Ammani. But read, itu cerita 3 tahun lepas. Time tu saya pergi as student dia, but now kalau saya turned up that day..saya nak pergi as apa? Seganlah!”

“Awak bakal isteri saya, bakal ibu kepada anak-anak saya. Tu pun susah nak cakap ke? Let this be a surprise for both of them and you as well. Don’t worry la, parents saya okay aja. And on that day nanti saya ada benda nak cakap sikit dengan awak.  So awak wajib datang tau, tak ada tapi-tapi.”

“Tengoklah kalau tak clash dengan jadual klinikal saya. Now tengah klinikal kat O&G department, bukan senang-senang boleh lepas macam tu aje…“ aku mencari helah.

“Saya commissioned hari Selasa,dua minggu lagi. Dah la dulu waktu saya konvo awak kena stay back kat Manjung, posting clinical Pediatrics, kan? Tak apa, okay aja, kali ni awak dah balik posting kat Putrajaya. Saya tak kira awak kena datang jugak. Ok sayang? No compromise dah. Saya nak orang-orang penting dalam hidup saya ada bersama saya pada masa yang penting dalam hidup saya.”

Noted wahai Lt. Ammar Rafiqin. Aku cuba juga datang. Aku janji aku akan cuba datang. InsyaAllah.

Dua minggu berlalu. Hari Selasa yang dimaksudkan tiba. Perutku terasa seperti ada anak gajah menari-nari, bukan lagi seperti rama-rama. Oh tidak, anak dinosaur rasanya. Gemuruhnya dahsyat sekali, mengalahkan sewaktu pertama kali aku melangkah ke dalam dewan bersalin ketika sedang melakukan klinikal menyambut kelahiran bayi. Pagi-pagi lagi Ammar sudah menghantar mesej, mengingatkan kedatangan aku berada di dalam senarai wajib kehadirannya.

Datang tau Adleen. ;)

Ketika itu aku sudahpun keluar dari rumah, awal pagi lagi. Pesan Ammar, jika mahu datang, kena datang seawal yang mungkin. Bimbang sesak dan tidak ada tempat nanti ketika mahu duduk  melihat perbarisan lintasan hormat. Entah mengapa Tuhan seperti memudahkan dan melapangkan urusanku pada hari itu. Waktu klinikalku berada disebelah petang, itupun hampir lewat petang. Masa yang ku ambil untuk memandu ke Sg. Besi juga sekejap sahaja, kerana trafik lalu lintas seolah-olah membenarkan aku untuk sampai ke Kem Perdana Sg. Besi seawal jam 8.00 pagi sedangkan istiadat pentauliahan cuma akan bermula sekitar jam 9.00 pagi. Inikah takdir yang Tuhan telah aturkan? Ya Allah, dalam debar aku memohon supaya Allah melancarkan segala urusanku pada hari ni untuk bertemu dengan kedua-dua orang tua Ammar Rafiqin.

Istiadat pentauliahan itu dimulai dengan perbarisan lintas hormat oleh kadet UPNM cukup mengujakan aku. Aku cukup tertarik sekali melihat rupa diri mereka yang segak dan kemas mengenakan uniform yang nampak sungguh eksklusif. Ku rasakan kerana ciri-ciri itu yang terlihat dalam diri Ammarlah yang membuatkan aku mudah tertarik padanya.

Tidak lama kemudian, acara kemuncak istiadat penanugerahan watikah tauliah kepada pegawai muda bermula. Aku sabar menanti sehingga aku melihat kelibat lelaki yang menjadi kesayanganku segak berpakaian uniform putih bersihnya naik ke atas pentas. Terpapar di skrin besar namanya tatkala dia melangkah ke atas pentas.

LT. AMMAR RAFIQIN BIN ABDUL RAZAK. TLDM.

Saat itu, seakan mahu terbit air mata dari pelupuk mataku melihatkan Ammar. Tahniah sayang.

Selesai sahaja istiadat itu, aku terasa debarku makin kencang. Kelibat ibu bapa Ammar belum juga terimbas di lensa mataku. Kelihatan para pegawai tentera yang telah selamat ditauliah berpusu-pusu mendapatkan keluarga serta orang kesayangan masing-masing.Telefon bimbit kugenggam kemas dalam genggaman terasa bergetar. Panggilan dari Ammar Rafiqin. Sambil berdehem mengosongkan kerongkong, aku mencari nada ala-ala hampa bercampur sedikit sedih, konon kerana gagal menghadirkan diriku di hari istimewanya.

“Adleen, mana awak? Awak datang tak ni? Saya cari awak tak jumpa pun.”

“Saya kat hospital ni. Tak dapat datang. Maaf Ammar.”

“Oi, sampai hatinya buat kat kita macam ni. Kan saya cakap no matter what awak kena datang
jugak.”

“Nak buat macam mana. Saya bukan suka-suka je taknak datang. Sorry lah Ammar.”

“Habis spoil plan saya. Tak apalah Adleen. Go and get back to your work. Have a nice day dear.” Mendatar sungguh suara leftenan cinta hatiku yang satu itu.

“Ammar, saya dekat je dengan awak ni. Dekat sangat.”

“Dekat hati? Memanglah.”

“Lt. Ammar Rafiqin, sila celik bijik mata tu luas-luas. Saya ada tak kurang dari 10 meter dari tempat awak berdiri pun. Tu lah mata melilau sana-sini, saya yang tercangak depan mata pun tak boleh nak nampak!”

Target dikesan. Ditengah keramaian orang membanjiri Dewan Tun Templer, Kem Perdana Sg. Besi Lt. Ammar Rafiqin itu berlari mendapatkan aku. Ammar, kau ni buat drama lah pulak. Buat malu aku je!

“Adleen, awak tahu tak? Nak gugur jantung saya tadi nampak awak. Datang jugak kan awak hari saya commissioned. Thanks sayang.” Ammar melirik senyum. Ahh sudah Ammar, kau ni kalau boleh nak senyum membunuh je kat aku. Tak larat aku nak mati hidup balik sebab terbunuh asyik tengok kau senyum. Hehe…

Aku hanya membalas senyuman Ammar yang dua kali ganda boleh membunuhnya semula. Hehe.. kau ingat kau sorang je ada senyuman membunuh?

“Jom my princess. Jumpa parents saya. Diorang ada kat bawah khemah sana.” Langkah aku dan Ammar Rafiqin sama-sama dipacu menuju ke arah sepasang suami isteri, En. Abdul Razak dan Pn. Ruslina.

Mukaku pucat tak semena-mena. Erk ala..kenapakah ini dan saatnya semua ini harus berlaku? Oh tidak!!

“ Ayah, Ibu . Kenalkan ni kawan Am. Adleen Nadzurah.”

Aku meraih tangan Pn. Ruslina dan mengucup tangannya yang hangat. Berlawanan sekali dengan jari-jemariku. Seram sejuk semacam! Ah kantoilah lah kau Leen. Cuak jumpa diorang! Kepada En. Abdul Razak ku lemparkan senyuman tanda mesra, memulakan perkenalan rasmi sebagai bakal menantu keluarga itu. Bakal menantu? Oh no, kau jangan buat hal Leen! Belum confirm lah!

“Makcik dan pakcik sihat ke?” aku cuba berlagak ramah. Enggan merasa kekok dengan keadaan yang sungguh asing. Keilhatan mereka menggangguk ramah dengan sapaanku. Warm person.

“Ibu dah tau lah siapa Adleen ni, Am. Kak Ammani dah cerita kat Ibu dah. Ibu dok tunggu je bila Am nak kenaikan my next daughter in law ni kat Ibu dengan Ayah.” Seloroh Pn. Ruslina. Pekat sungguh loghat Kedahnya. Darah tak semena-mena menyerbu pipi comelku. Apakah? Kak Ammani dah bagitau? Berganda-ganda lah kantoi nampak gayanya!

“ Hehe… bukan Am takmau kenaikan Adleen ni kat Ibu dari dulu lagi, tapi dia ni yang segan nak jumpa Ibu dengan Ayah. Lepas tu kena time dia sibuk, menteri pun kalah kalau Ibu nak tau. Haa takpa, lepasni Ibu dengan Adleen boleh lah kawan baik punya, dia satu geng dengan Ibu la. Orang Kedah piau punya!” giliran Lt. Ammar Rafiqin membahan aku sambil ketawa mengusik. Ya teruskan Ammar. Teruskan bahan aku. Aku memang suka kena bahan dek kau pun.  Mukaku merona merah hanya mampu tersenyum mengawal perasaan cuak dan maluku.

“Adleen, sembang-sembang lah dulu ye. Saya nak pergi tandas kejap.” Oh Ammar! Don’t leave me here! Dah la kak Ammani pun takde, seganlahhhhh!!! Namun aku mencuba mengawal perasaanku.

“ Oh Ammar kata Kak Ammani pun datang? Mana dia Makcik?” soalku ramah.

“ Entahlah Adleen. Makcik pun taktau. Tadi anak dia meragam. Rimas kot ramai orang ni, tu dia pi bawak anak di pi mana pun taktau lah. Adleen cuti ka hari ni? Ka takdak kelas? Adleen dok tang mana? Jauh ka mai sini…?” ya allah Ammar, mak kau memang ramah betul. Seronok pulak nak menyembang.

“ Leen free pagi ni. Sat lagi lepas lunch nak kena balik Putrajaya dah. Klinikal petang ni. Ammar yang nak sangat-sangat Leen mai jumpak Makcik dengan Pakcik. “ aku menjawab sopan. Seganku masih bersisa.

“ Kiranya Leen ni medical student dah year berapa? Ammar jarang cerita pasal Adleen sebenarnya. Banyak dok korek-korek cerita pun dari Kak Ammani dia lah. Katanya Adleen dulu student Ammani lah masa kat Kolej MARA Seremban tu?” giliran En. Abdul Razak pula memulakan sesi soal siasat sambil tersenyum. Oh ‘terujanya’!

“Leen dah 3rd year Pakcik. Kira sekarang ni tengah clinical years. Ada lagi 2 tahun nak habis. Penat jugak clinical phase ni, asyik berulang ke hospital ja. Ni pun mujur ada masa sikit boleh selit-selit keluar.” Aku membalas mesra.

Ralit berborak, bahuku disapa dari belakang. Aku menoleh dan ternampak kelibat Kak Ammani,  bekas pensyarahku. Kami lantas berpelukan. Lama benar aku tidak berjumpa dengannya.

“ Kau dengan adik aku jugak kan, Leen. Macam tak percaya je. Ni semua gara-gara kenduri kahwin aku lah. Kalau tidak, takdenye korang ni nak bercinta sakan sampai sekarang ni. Hehe!” usik Kak Ammani.

“Ala Miss, mana ada..hehe” aku tersengih-sengih. Aduh, kena bubuh lagi. Weh Ammar, mana kau ni. Lamanya kau pergi tandas pun!

“ Ahh tak payah nak ber ‘Miss’ sangatlah dengan aku. Panggil Kak Ammani je okay. Tak lama dah pun nak jadi adik ipar aku Leen oi.” Kak Ammani masih sahaja sama seperti dulu. Masih gila-gila walaupun sudah bergelar Mama kepada seorang puteri comel.

“ Jom semua, pergi lunch. Nanti ramai orang pulak. Lagipun takut Adleen tak sempat nak balik pulak nanti. And ada benda Am nak cakap.” Lt. Ammar  Rafiqin tak semena-semena muncul dan menjadi penyelamat keadaan.Nasib baik. Oh no, hari itu cukup untuk membuatkan aku menjadi mangsa bahan dengan maha dahsyat sekali!

Selesai makan tengahari di kafe berdekatan dengan Pusat Kolam Renang UPNM, kulihat Ammar lebih banyak mendiamkan diri sementara aku berbual dengan Kak Ammani serta kedua ibu bapanya. Ala cepatlah Ammar, tadi nak bagitau sangat-sangat dah. Apa kebendanya? Aku pulak berdebar menanti.

 “Ayah, Ibu and Kak Ammani… Am, nak bagitau sesuatu ni.” Tiba-tiba sahaja Ammar Rafiqin bersuara.

“Apa dia, cakap lah Am.” tutur En. Abdul Razak sambil menantikan apa yang bakal diperkatakan oleh anak lelakinya itu.

“ Kalau tak keberatan, bersaksikan Kak Ammani … Am nak Ibu dan Ayah masuk meminang Adleen untuk Am. Am dah fikir masak-masak. Am nak ikat Adleen jadi tunang Am sebelum Am masuk KDSI. Sebelum Am pergi Lumut, kalau boleh Am nak sangat Adleen dah jadi tunang Am.” Ammar Rafiqin meluahkan isi hatinya. Ibu dan Ayahnya tersenyum. Kak Ammani juga sama. Aku yang sedang duduk di sebelah Ammar terkedu. Ammar, inikah surprise yang kau cakapkan tu? Ini surprise sakan sangat ni. Aku macam tak boleh percaya tahu tak?

“Am jangan risau. We’ll talk about this matter in a proper way. Ayah dan Ibu tak ada bantahan. Ayah tengok muka Adleen tak habis terkejut lagi tu. Adleen, takpa, nanti Pakcik akan rundingkan perkara ni dengan orang tua kamu ya?” balasan yang cukup untuk membuatkan hatiku berbunga riang.

Ammar Rafiqin… mula dari saat ini, aku sayang kau lebih. Tahu? Speechless.

Saturday, October 8, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira. part 5

Aku terus bahagia menguliti detik-detik bersama dengan Ammar sejak dari pertemuan mengejut itu. Memori manis bagaikan gula. Takut pula terjangkit diabetes mellitus versi orang bercinta. Itulah alasannya mengapa aku enggan bertemu dengan Ammar pada mulanya. Kerana aku akan mulai belajar bagaimana untuk merindu.Sudahlah pula aku ini fast track learner..advance lagi. Hehe… Setiap kali aku mulai merindu, segala impian bakal kubayangkan…terlakar indah di atas kanvas angan-anganku. Impian Ammar turut menjadi sebahagian daripada lakaran angan-angan itu.  Kadangkala, tatkala menatap gambar-gambar sel dalam buku Histologi ku…boleh pula terbayangkan Ammar Rafiqin.Mengapakah? Ini benar-benar sudah keterlaluan.

Pertemuan seterusnya? Aku jarang menggantungkan sebarang harapan, meskipun hati sentiasa dihambat rasa mahu terus ada dekat dengan si dia. Kerana apa? Kerana CO di UPNM yang menjadi pemisah utama. Tanpa lampu hijau daripadanya, berkecailah harapan. Punahlah impian.

Persediaannya ?Just to list a few… Sabar kena tebal dalam diri, tabah kena mantap bila tibanya setiap hujung minggu. Overnight? Weekend? Outing? Kena sentiasa bersiap sedia. Aku tidak boleh memilih.  Kalau tidak segala harapan dan rancangan yang kurencanakan semuanya itu layak dicampak ke laut, kusedekahkan pada jerung-jerung yang menanti buat santapan. Bila UPNM kerap buat jadual gila, mental dan fizikalku sentiasa harus bersedia untuk diuji dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal terjadi.

Seingat aku, cuma berapa kali sahaja aku bersua dan menghabiskan masa bersama Ammar dalam tempoh 3 tahun Ammar bergelar penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal UPNM. Sementelah pula,  bergelar seorang pelajar perubatan ini benar-benar  mencabar keimanan aku untuk berdiri teguh sebagai seorang kekasih sang adiwira uniform rona putih yang satu itu. Jadul kami kerap berselisih, jarang sekali bertindih. Apa mungkin boleh kukatakan sekiranya jadualku dan Ammar bertembung, itu maknanya keajaiban Tuhan sedang berlaku! Mana tidaknya , tatkala aku sibuk menenggelamkan diriku bersama ribuan nota untuk turun berperang di medan exam Mid Block dan End Block yang bersilih ganti, dia sedang bersenang lenang  menghabiskan weekend yang hambar tanpa kehadiranku disisi. ketika giliranku mahu berfoya-foya meraikan kepuasan End Course Exam yang telah berakhir, Ammar terdampar kebengangan dan terkandas di lapang sasar kerana jadual ketenteraannya memerlukan dia mengikuti latihan menembak yang ditetapkan oleh CO. Sungguh sadis sekali.

Pernah juga aku ke sana bertemu dia. Sehingga ke tahap itu panggilan rinduku padanya. Boleh dikatakan tahap itu aku sudah rindu separuh mati mengenangkan Ammar. Jiwa celaru tak boleh nak belajar, baik… satu sahaja penyelesaian, andai kunci pelerai rasa rindu itu ada pada Ammar Rafiqin.  Kedatangan dengan penuh kejutan membawa spaghetti bolognaise kesukaannya, tentunya air tanganku sendiri  sambil duduk di hadapan pavilion menghadap padang UPNM, itu rutin apabila dia gagal meloloskan diri untuk berjumpa denganku. Bercanda denganku buat sejam dua. Cukup untuk memberikan suntikan booster dose yang sangat berkesan untuk kujalani kuliah sepanjang minggu berikutnya.

“Awak ingat lagi waktu saya datang visit awak waktu convofest last year? Kat tepi padang sana tu… 
Remember?” sengihku kepada Ammar sedang dia asyik menikmati spaghetti yang kubawa.Ya Rabbi… mengalahkan budak tadika yang makan… Mulut berlemoih!

Sambil mengesatkan mulutnya, Ammar mengenyitkan sebelah matanya yang kuyu itu kemudian tersenyum.

“Payung berterbangan tatkala angin kuat kat tepi padang UPNM. Berdua basah kuyup. Waktu first time doktor buah hati saya ni jejakkan kaki kat UPNM. Kesian. “ dia menjuihkan bibirnya lalu meneruskan suapan. Arghhh…benci la, potong stim punya Ammar! Tapi dimaafkan lah, sebab awak ingat lagi rupanya…

Begitu lah Ammar. Sangat spesifik dan precise. Tidak pernah ada suatu pun memori yang terpadam dan hilang dari pangkalan data percintaan kami berdua. Siapa sangka, dia seorang yang sangat menghargai tarikh dan setiap detik yang kami luangkan bersama.

Beberapa kali keluar bersama, aku terperasankan sesuatu. Bagaimana hampir sekalipun Ammar berada dekat denganku, tidak pernah sesekali lapisan epidermis kulitku bersentuhan secara langsung dengannya. Ku diamkan perkara ini, kerana ku pasti fiil tentera ini tidak jauh lari bezanya dengan stail tentera yang kumaklumi. Jenis pantang dapat peluang bila perempuan sudah meletakkan dasar kepercayaan yang tinggi kepada mereka. Tipikal. Aku rasakan, belum masanya dia mahu menunjukkan taring yang sebenarnya, walaupun sudah ku risik perangainya dari Kak Ammani. Namun selagi belum teruji, aku enggan mempercayai kata-kata Kak Ammani.

Sebagai seorang yang bergelar teman wanita, bohonglah jika aku katakan tidak ada tempias perasaan yang bergelora mahukan physical contact dari seorang lelaki yang bernama teman lelaki. Namun akal warasku segera mengingatkan, dia belum halal lagi bagiku. Pernah juga beberapa kali aku sengaja meletakkan tenganku di posisi yang mudah untuk dia capai, apatah lagi sewatu berkereta bersama. Harapan tinggal harapan, Ammar lebih rela untuk tidak tertarik dengan medan magnet yang kupancarkan untuk dia menyentuh aku.

Kenapa Ammar?

“Awak tak pernah pun sentuh saya, Ammar.” luahku saat aku berpapasan mengheret langkah di Sogo. Ketika itu aku nekad keluar untuk berjumpa Ammar sebentar walaupun dia cuma mendapat kelepasan outing pada hari Ahad. Ammar yang berjalan disebelahku tiba-tiba terhenti langkahannya, berpaling menoleh menatap tampangku.

“Teringin? Saya boleh buatlah kalau awak nak, Adleen. Kalau awak nak, tinggal beritahu saya je.” Selamba badak air Ammar menjawab. Tiba-tiba hatiku dipagut rasa panas, tak kuduga itu jawapan yang terpacul dari bibirnya.

“ Hoi, saya tak desperate macam tu sangat lah Ammar! Saya just compare kita dengan pasangan yang bercinta yang lain kat luar sana. Cuba awak tengok kat sana tu, selamba je boyfriend tu peluk and pegang tangan girlfriend dia. Genggam tak lepas-lepas pulak tu.” Aku sengaja mencucuk jarum provokasi. Aku mahu lihat, apa hujahnya.  Yes, yes yes…ada dah modal nak bergaduh ni. Akhirnya!

“Awak cantik sangat. Tapi jangan pakai otak lembu bila bercakap. Know your stand while you are talking,Adleen. Saya tak suka awak tau nada awak cakap macam tu…” Ammar seolah-olah sedikit kecewa melihat reaksi aku begitu. 

“Kenapa awak tak pernah sentuh saya, Ammar? Tipulah kalau lelaki normal macam awak yang bernafsu macam ni tak teringin langsung nak pegang saya. Kenapa tak gunakan hak awak sebagai teman lelaki saya untuk sentuh saya, pegang saya?”

“Hak apa yang saya ada? Cuba beritahu saya Dr. Adleen Nadzurah?” suara Ammar mula keras. Tanda dia nyata sedang menuju fasa serius dalam berdiskusi.

“Awak ni cakap berbelit-belit la Ammar. Cuba directly je jawab apa yang saya tanya tadi tu, boleh tak?” aku mula meninggikan suara.Ammar Rafiqin dengan spontan terus memegang kedua-dua belah bahuku. Aku kaget.

“Listen here, Adleen! Saya nak awak tu jadi isteri saya, awak faham tak! Saya nak lindungi awak, jadi sebenar-benarnya pelindung. Jadi sebenar-benarnya pembimbing awak! Boleh je saya nak pegang awak, sentuh awak, buat semua benda yang awak mention tadi, tapi saya tak sampai hati, awak boleh faham tak? Saya hormat awak. Jadi boyfriend awak tak bermaknanya saya sewenang-wenangnya punya tiket nak perlakukan awak sesuka hati saya. Saya tak ada hak pun ke atas awak untuk buat semua tu…“

“Erk?” aku menelan air liur. Terkedu. Serius benar Ammar kali ini. Bengang sungguhkah dia padaku?

“Seperkara lagi, tolong lah letak stick pad kat forebrain awak tu, yang saya sayangkan awak sangat-sangat. Takkan lah saya nak biar orang yang saya sayang buat dosa sama-sama dengan saya? Bohonglah kalau saya tak teringin Adleen,saya macam lelaki normal juga ada nafsu semua tu, tapi common sense Adleen, you need to differentiate between love and lust. Sayang, awak nak hubungan kita ni berkat kan? So kena lah jaga tu semua. You are clever enough to think about this Adleen, I don’t need to explain it any further, right?” Ammar lantas mengukir senyum semula. Senyum memujuk. Dia tahu barangkali, aku kecut perut melihat wajahnya yang berubah menjadi serius apabila aku mendesaknya.

Sumpah aku malu gila bila dengar Ammar cakap macam tu. Berdesing gegendang telinga.

“ Tahu pulak awak pasal forebrain?”

“Dah hari tu awak menggigau waktu saya call nak wish good luck for exam. Tu lah, kuat sangat study sampai termimpi-mimpi. Forebrain la, middle brain la, hindbrain la. Nasib saya tak record je time awak mamai cakap dengan saya tau. Hehe…” usik Ammar kembali.

"Adleen?"

"Ya saya?"

"Maaf."

 "Huh? kenapa?"

"Saya pegang bahu awak tadi. sorry sangat. tapi still berlapik kan. saya janji tak buat macam tu dah."

Semakin lama aku mengenali susuk pemilik nama Ammar Rafiqin ini, aku semakin gagal menyangkal kenyataan dan fakta bahawa dialah pilihan yang terbaik buatku. Ku yakin dia mampu menyayangiku, melindungiku dan membimbingku sebagai seorang lelaki yang menghargai setiap wanita yang hadir dalam hidupnya. Menghormati fitrah kesucian seorang wanita.

Pulang sahaja ke rumah malam itu, sedang aku mengemas nota untuk kuliah pada keesokan hari, ada mesej menyapa inbox daripada Ammar Rafiqin.


“Online tak? Bukak youtube. Tengok link ni http://www.youtube.com/watch?v=1e6c0ORtfXE. Hayati betul-betul bait lirik tu. Itu lah isi hati saya yang sebenar-benarnya buat awak. Ok sayang, have a good rest. Terima kasih sebab luangkan masa dengan saya tadi. Walaupun sekejap but  it do means a lot. Good night. Love you eternally.”

Pantas aku mencari link yang dimaksudkan. It’s a song.


PENGHUJUNG CINTAKU…
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu…

Aku menekup bibirku yang sudah mulai bergetap menahan sendu. Tangisku ini bisa tertitis dari tabir mataku pada bila-bila masa sahaja.

Dan akhirnya, titisan air mataku merembes jua. Ammar Rafiqin, kau memang…